Had pergerakan di musim wabak coronavirus ni akan memberi masa luang yang sangat banyak kita semasa berada di rumah. Solusi terbaik kepada hal ni adalah dengan menonton movie pilihan sama ada seorang diri atau bersama keluarga. Tetapi, seleksi movie yang ada di TV sangat terhad dan tidak boleh dipilih kecuali kalau kita memilih untuk menonton movie melalui aplikasi streaming yang legal secara atas talian.
Disini saya nak kongsikan tiga (3) aplikasi streaming yang legal secara atas talian yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Ianya adalah Netflix, iflix dan Viu.
- Netflix
Harga langganan Netflix ialah :
Bulanan SD – RM 33
Bulanan HD – RM 42 – pada 2peranti
Bulanan UHD – RM 51 – pada 4 peranti
Layari laman web www.netflix.com untuk mula menonton atau muat turun aplikasi mudahalih di Apple Appstore dan Google Playstore.
- iflix
iflix boleh diakses secara PERCUMA. Semua pengguna mendaftar dan terus boleh menonton kandungan yang ada pada platfom iflix, tetapi yang dilabel Free sahaja. Jika korang ingin akses ke seluruh kandungan iflix, korang perlulah melanggan akaun premium yang masih kekal dengan kadar RM10/bulan atau RM96/tahun untuk kegunaan 5 peranti.
Layari laman web www.iflix.com untuk mula menonton atau muat turun aplikasi mudahalih di Apple Appstore dan Google Playstore.
- Viu
Viu boleh daftar secara PERCUMA. Semua pengguna mendaftar dan terus boleh menonton kandungan yang ada pada platfom iflix, tetapi yang dilabel Free sahaja dan akan ada iklan setiap 10 minit sekali. Jika korang ingin akses ke seluruh kandungan Viu, korang perlulah melanggan akaun premium menggunakan telco yang korang guna, sebagai contoh telco CELCOM dengan kadar RM10/bulan macam tu.
Viu boleh diakses menerusi telefon mudah alih dan tablet serta komputer dengan memuat turun aplikasi Viu di Google Play atau layari www.viu.com.my pada browser komputer anda.
Jadi ketiga-tiga platfom ni mempunyai yuran dan kelebihan masing-masing. Tengok pada kehendak korang yang mana satu lebih sesuai dengan minat korang. Tepuk dada, tanya selera.