Di Kelantan misalnya, pasar malam merupakan lokasi yang sangat ideal untuk pengunjung mencari makanan tradisi Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang Kelantan, laksam, dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional Kelantan. Kebanyakan pasar malam beroperasi seawal jam 5:00pm sehingga ke jam 10:00pm.
Antara lokasi pasar malam di sekitar Kelantan yang cukup meriah adalah di Bandar Machang yang berlangsung pada setiap hari Jumaat malam Sabtu. Berikut merupakan beberapa gambar sekitar Pasar Malam di Bandar Machang Kelantan.