Menarik Dekat Karnival Jom Cuti-Cuti Malaysia 2022 Di AEON Mall Kota Bharu Kelantan | Pada 23-25 September 2022 yang lalu Tourism Malaysia dengan kerjasama 24 pengiat pelancongan domestik (Kelantan & sekitar semenanjung Malaysia) telah mengadakan program pameran dan jualan Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow di AEON Mall Kota Bharu, Kelantan.
Karnival ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBrs. En Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan Bahagian Domestik & Acara pada hari ke-2 berlansungnya karnival ini iaitu pada 24 September 2022 di pentas utama karnival yang terletak di center court AEON Mall Kota Bharu.
1# 24 Pengiat Pelancongan Tempatan
Pameran dan jualan Jom Cuti-Cuti Malaysia 2022 ini disertai oleh 24 pengiat pelancongan tempatan seperti sekitar Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Johor dengan menawarkan berpuluh pakej menarik khas untuk pengunjung yang datang.
2# Persembahan Kebudayaan
Persembahan nyanyian rakyat dan tarian kebudayaan yang cukup menarik dan bertenaga dari Kumpulan Kesenian JKKN Kelantan.
3#Penampilan Khas Aiman Kecek Kelate
Penampilah selebriti Aiman Kecek Kelate, yang mana pernah tular satu ketika dulu dengan video beliau dan kawan-kawan mat saleh dia di UK bercakap bahasa Kelantan. Aiman merupakan seorang anak muda berdarah Kelantan (ayah) campuran Britis (Ibu) membesar di UK dan kini menetap di Kuala Lumpur .
4# Belon Percuma Untuk Kanak-Kanak
Kanak-kanak yang datang dengan ibu bapa juga akan diberikan belon Tourism Malaysia secara percuma.
5# Cabutan Bertuah
Dengan syarat mudah iaitu like, follow or subscribe mana-mana social media Tourism Malaysia. Pengunjung layak untuk masuk "lucky draw". Cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti pakej penginapan dan percutian dari vendor yang terliba. Tiga (3) kali setiap hari sepanjang tempoh roadshow berlansung.
6# Tawaran Promosi Pakej Sehingga 70%
@projektravel Har8a Sal3 50-70% untuk penginapan di #BayouLagoon, #Melaka. Tawaran hanya berlansung di Karnival #JomCutiCutiMalaysia2022 yang sedang berlansung di Aeon Mall, #KotaBharu dari 23-25 September 2022. #Travel#CutiSekolah#Kelantan♬ original sound - projektravel
7# Hadiah Exclusive Dengan Pembelian Pakej Min RM100
Macamana, menarik bukan? Diharap pihak Tourism Malaysia dapat berkunjung lagi ke Kelantan pada masa akan datang dengan karnival-karnival sebegini.
Bagi saya, ini adalah salah satu usaha yang sangat baik dari pihak kerajaan selepas menjelangnya fasa endemik Covid-19, untuk membantu pengiat pelancongan mempromosikan pakej terkini dan secara tak lansung dapat memulihkan semula industri pelancongan di negara ini.
Jangan lupa untuk hadir ke Karnival Jom Cuti-Cuti Malaysia 2022 seterusnya yang akan berlansung di AEON Mall Tebrau City di Johor Bahru.