Baru-baru ni, LEGOLAND® Malaysia Resort telah melancarkan filem 4D serba baharu mengenai "LEGO® MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA" di taman tema mereka. Pengunjung boleh merasai pengalaman JOURNEY TO MYTHICA bermula dari 11 November 2022. Saya sendiri cukup rasa bertuah telah menjadi antara yang terawal merasai pengalaman hebat menonton filem 4D ini.
Secara ringkasnya mengenai filem ni, ia mengisahkan seekor Alicorn kecil'Bobs' yang sangat berani dalam pengembaraan ke dunia yang belum ditemui, di mana makhluk-makhluk LEGO menjadi nyata. Hakikatnya, ia sebenarnya merupakan alam fantasi yang telah dicipta oleh kuasa imaginasi kanak-kanak.
Pelbagai rintangan dilaluinya dengan berani merentasi rimba yang mempersonakan, amukan laut bergelora, gua tersembunyi, lautan api dan ais yang penuh dengan kejutan dan cabaran sambil melarikan diri dari Chimera berkepala tiga. Dengan bantuan Maximus the Sky Lion yang berbadan & bersayap putih beserta Duo the Hydra dapat menyerlahkan kuasa sebenar yang dimiliki Bobs.
Pengalaman menontoh tayangan filem 4D ni lebih interaktif dengan jelas melalui visual multi dimensi disamping efek khas seperti percikan air, semburan salji dan semestinya adunan bunyi yang terperinci cukup melengkapi pengembaraan ini menjadikan ia sebuah pengembaraan 4D seakan nyata!
Seronok sangat! Kalau korang dan keluarga ke Legoland Malaysia, jangan lupa untuk merasai sendiri pengalaman menonton filem 4D LEGO® MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA ni.
FLASH SALE 11.11 ~ DISKAUN 40%
Untuk lawatan anda seterusnya ke LEGOLAND Malaysia dengan pembelian tiket 1-Day Single Park, 1-Day Double Park atau 1-Day Triple Park. Bawa empat( 4) orang tersayang atau keluarga dan nikmati penjimatan sehingga RM450 melalui tawaran ini.
WEBSITE : https://www.legoland.com.my/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/legolandmalaysia/