Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

[TRAVEL] Bercuti di Atas Air | Agropelancongan Chalet Terapung

$
0
0

[TRAVEL] Agropelancongan Chalet Terapung Merbok | Chalet Terapung Hutan Paya Bakau | Mencari Damai Yang Tenang . *Di mana tu? Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok adalah jawapannya, di sini merupakan sebuah destinasi agropelancongan yang unik dan cantik dengan berlatar belakangkan panorama hutan paya bakau Sungai Merbok. * woah sangat asyik sekali.


Perjalanan kami Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia [klik] diteruskan ke Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok. Perjalanan darat 12 kilometer dari Pekan Merbok menghala ke Sungai Gelam, Bujang dan 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 minit menaiki bot dari Jeti Semeling.

Kami Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia [klik] ke sini adalah untuk makan malam sambil berpeluang melihat sendiri suasana sekitar Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok ini.


Pelbagai kemudahan ada di Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbokini.


Kedatangan kami Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia [klik]disambut meriah oleh penduduk kampung. Menandakan kedatangan kami tersangatlah dialu-alukan.


Sebahagian dari  Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia [klik] yang turut serta.


Kelihatan Laluan Utama untuk ke Chalet Terapung.


Banyak aktiviti menarik yang boleh di buat di sini termasuk memancing,menyusuri Sungai Merbok [klik], melawat Kampung Nelayan, melawat Tanjung Dawai, Melawat Pantai merdeka, dan berkelah di Lata Tupah. Untuk info dan gambar yang lebih lanjut boleh kechaletterapungaktiviti [klik] .


Ini adalah antara gambar yang wa sempat ambil mengenai suasana penginapan Chalet Terapung tersebut. Memang cukup selesa dan lengkap. Untuk info dan gambar yang lebih lanjut boleh ke chaletterapungpenginapan [klik].


Temuramah media bersama pengurus Chalet Terapung.


Kehadiran Pak Long, iaitu penulis sebenar lirik lagu "Cinta Pantai Merdeka". *Sangat teruja. Beliau sangat ramah dengan peminat.


Sempat wa mengambil peluang yang ada untuk bergambar kenangan dengan beliau, selama nie tahu menyanyi je lagu "Cinta Pantai Merdeka" yang dianggap mempunyai spirit yang tersendiri tu. tapi sekarang berpeluang pula bersemuka dengan pencipta liriknya.

Untuk maklumat lanjut tentang Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok ini bolehlah ke website mereka iaitu chaletterapung.weebly.com [klik]

.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359