Blogger Prihatin Mangsa Banjir Kuantan | Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) | Sepertimana yang semua dah ketahui bencana alam banjir besar telah menimpa bumi Kuantan Pahang beberapa hari yang lepas. Kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari mengambil peluang untuk menghulurkan bantuan dengan apa yang termampu.
Usaha kami dari kelab blogger ben ashaari adalah bermula dengan idea untuk memgumpul derma dan ia diteruskan dengan kerjasama ahli-ahli kelab yang lain.

Usaha diteruskan dengan membeli barang-barang keperluan untuk mangsa banjir mengikut dari senarai barang yang kurang dan permintaan tinggi oleh mereka melalui hebahan laporan mangsa banjir di Facebook.

Usaha kami mendapat kerjasama dari pihak MYDIN Putrajaya. Alhamdulillah.

Sabtu lepas, wakil dari kelab blogger ben ashaari, saudari Nurramizah Fadzil bersama dengan pasukan sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Jaringan Siswazah Malaysia telah diberi kesempatan untuk bersama-sama mengagih dan membantu kerja-kerja pembersihan kawasan yang dinaiki banjirdi Sungai Isap, Kuantan, Pahang.
Dikatakan pasukan sukarelawan berdepan pelbagai kesukaran dalam perjalanan untuk sampai ke kawasan bencana alan banjir tersebut, namun dengan izin Allah, mereka telah berjaya dan berjalan dengan lancar.

"wsalam..kami tgh membungkus brg2 utk agihan..insyaAllah kalau ada peluang akan terus bg by hand..tp rkn2 yg lain tgh membeli brg utk membersih rumah" _sukarelawan
bantuan banjir

" akak ni mangsa banjir dan mereka ditempatkan dekat msjd ni..susu beras minuman bersih hanya akan diberi pd yg betul2 memerlukan sahaja..ada org berkuasa yg akan beri kebenaran utk bagi / sementara di msjd ni smpt beri bantuan utk asingkan baju2 sumbangan.. . " _sukarelawan bantuan banjir

" keadaan rumah mangsa banjir" _sukarelawan bantuan banjir

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pasukan sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Jaringan Siswazah Malaysia yang sudi menumpangkan sumbangan kami yang tidak seberapa itu.
Kepada yang ingin membantu....
MISI BANTUAN BANJIR SIRI 2
Jaringan Siswazah Malaysia (JASA) memerlukan tenaga sukarelawan untuk membantu membersihkan kawasan/kediaman mangsa-mangsa banjir.Lokasi di Kuantan dan sekitarnya. Oleh itu JASA dengan ini membuka kepada ahli-ahli jasa dan orang ramai untuk menjadi sukarelawan JASA utk ke sana. Konvoi JASA akan bergerak pada Selasa, 10 Disember (malam). Kita bekerjasama dgn Unit Amal Pahang di sana. Bagi sahabat2 yg ingin menjadi sukarelawan boleh bagi nama, nombor telefon di status ini atau terus pm saya, Natrah Mohamed (01127016822). Kami hanya menerima sumbangan wang kerana misi kali ini adalah untuk membersihkan rumah mangsa serta menyampaikan sumbangan wang tunai bagi membeli keperluan sekolah anak-anak dan rumah. Sumbangan boleh dimasukan ke Akaun berikut:
Maybank 562263503118 Persatuan Jaringan Siswazah Malaysia
CIMB 12150001226107 Jaringan Siswazah Malaysia
Azizone/Gjone 0127412380
norazizone.norhan@gmail.com
Sila Mention-Mangsa Banjir. Terima kasih.
Tahniah dan syabas kepada semua!
.