Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

Sukarelawan Projek Iqra | HIMPUNAN BESAR BLOGGER MALAYSIA 2013

$
0
0
Sukarelawan Projek Iqra

Sukarelawan Projek Iqra | HIMPUNAN BESAR BLOGGER MALAYSIA 2013 | Dah lama dah rasanya keinginan untuk membantu orang kurang berkemampuan especially dari golongan kanak-kanak yatim piatu. Tapi bukan daya diri wa untuk menderma beratus-ratus mahupun beribu-ribu.

Bak kata orang membantu bukan hanya dri wang ringgit, tapi banyak benda. Rasanya korang sendiri tahu. Dan sekarang wa teringin nak mempunyai satu group blogger yang sependapat dengan wa. *Nak tolong mereka-mereka seperti ini. Menjadi sukarelawan untuk membantu mereka dalam apa-apa program.

Wa harap ramai lagi blogger kat luar sana mempunyai niat macam wa. Bukan diperlukan wang ringgit sahaja, jika mampu memberi waktu kita hanya beberapa ketika untuk turun padang menjadi sukarelawan untuk program mereka pun dah memadai.

Jadi nilah peluang baik kita, sempena HIMPUNAN BESAR BLOGGER MALAYSIA 2013 [klik] kat mines nie. Projek Iqra' ada membuka booth untuk mencari para blogger untuk mendaftar menjadi sukarelawan mereka.

Sukarelawan Projek Iqra

Saya dah mendaftar sebagai sukarelawan Projek Iqra'. Anda bila lagi, jom membantu menyumbangkan apa yang terdaya kepada mereka yang memerlukan. Insyaallah usaha kita tak sia-sia. 

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.(Al-Baqarah 2:261)

Jom daftar jadi sukarelawan Projek Iqra' di www.projekiqra.com [klik]

Rujuk website www.projekiqra.com [klik] untuk maklumat lanjut dan aktiviti-aktiviti sukarelawan Projek Iqra di facebook ProjekIqra [klik].

.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359