
BloggerDan Sukarelawan Anak Yatim | Majlis Sembang TehTarik Projek Iqra' di Bangi Kopitiam |"Ya Allah, Kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah". Tiada erti dan tiada guna kalau hidup tidak berbakti kepada yang memerlukan.
![]() |
Taklimat scadule projek Iqra' 2014 |
Semalam 28 Disember 2013 wa dan beberapa sahabat Blogger sempat menghadiri Majlis Sembang TehTarik Projek Iqra' di Bangi Kopitiam di Taman Melawati. Dengan nikmat kemudahan yang Allah berikan , kami sahabat blogger sampai di Majlis Sembang TehTarik Projek Iqra' di Bangi Kopitiam sepertimana yang dijanjikan. Alhamdulillah.

Kami seramai 9 orang blogger yang hadir menyokong sepenuhnya usaha Projek Iqra'[klik]untuk mencari sukarelawan dan membantu golongan anak yatin dan golongan miskin [klik] di Malaysia. * Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita, Insyaallah

Sambil sembang, sambil la ambil peluang untuk makan kan. *kata sesi teh tarik kan ekekkeke

Sesi ramah mesra antara orang kuat Projek Iqra Kakak Sharifah Sharina bersama blogger +Nurramizah fadzil +Norain Yusoff dan +Dik bee

Ini pula sesi ramah mesra dengan Che Mie, juga salah seorang, orang kuat Projek Iqra. Memag khusyuk habis blogger kita dengar penerangan dari che mie. +Mk Syahir +Tinta Asyraf +Kaki Sembang +Nazlan Nasir +Tengku Syukri .

Insyaallah Satu hari nanti ada program untuk kami komuniti blogger bersama menjadi sukarelawan membantu Projek Iqra' untuk menolong anak yatin. Insyaallah amin.

Kami sudah , korang bila lagi? Jom daftar di sini untuk menjadi sukarelawan Projek Iqra'projekiqra.com/daftar-sukarelawan [klik] . Dan untuk mendapat tahu update semasa tentang program yang di buat oleh Projek Iqra nie boleh ke Facebook Fanpage Projek Iqra [klik]. Dan follow Instagran mereka @projekiqra . Insyaallah usaha murni kita mendapat tempat keredhaan Allah. Amin
.