![]() |
Bersama Sahabat Media |
Petik Buah Strawberi di Kebun Strawberry | Genting Strawberry Leisure Farms | Kali ni MY nak bawak korang jalan-jalan ke Genting Strawberry Leisure Farms. *wah kat Genting pom ada Strawberry Farms ke? Meskipun ia terletak di Bandar Gohtong Jaya, iaitu di Genting Highlands, tapi kawasan ini adalah milik Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan ini adalah ladang strawberry yang terbesar di Malaysia dan sudah semestinya yang pertama di Genting Highlands.
![]() |
laluan untuk pengunjung merasai pengalaman memetik buah strawberry sendiri |
Kat sini bukan hanya terdapat kebun strawberry je, terdapat juga beberapa tarikan lain seperti lavender farm, vegetable farm, organic bean sprout, mushroom farm, kafetaria dan beberapa booth yang turut menjual produk strawberry. Bagi korang yang duduk kat KL nie, lepas ni tak payah la susah-susah nak pergi ke Cameron Highlands semata-mata nak memetik buah strawberry kan, kat sini pun ada.
![]() |
Buah strawberry yang sangat fresh |
Tak silap MY, harga untuk memetik dan membeli strawberi ni adalah RM6 100gram. Kami tak beli, sebab kami dijemput untuk liputan media, so dapat petik free la. Jadi apa lagi, petik satu masuk mulut, petik dua masuk dalam plastic box yang kami dapat. *hahaha aci dop?. Ada yang manis, ada yang masam. Much more better dari Cameron Highlands? Yang tu MY tak tahu sebab MY tak pernah pergi Cameron Highland huhu .
![]() |
Hasil daripada petikan MY hahah. selebihnya dah selamat ke dalam perut. eh kbai |
Untuk keterangan lanjut korang leh lah singgah ke website dia merekawww.gentingstrawberry.com [klik] atau boleh ke facebookGenting-Strawberry-Leisure-Farms [klik] atau terus berkunjung ke alamat dibawah nie.
Genting Strawberry Leisure Farms Sdn Bhd
No 1, Lot 3707, Jalan Jati 2
Bandar Gohtong Jaya,
69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur
Tel: +603 6100 1121 / 6100 1152