![]() |
Makanan untuk minum petang |
Pentingnya Minum Petang | Elak Makan Malam Berlebihan | Adakah di antara pembaca-pembaca blog MYni yang mengamalkan hi tea atau minum petang . Kenapa agaknya wujud istilah minum petang itu sendiri? Apa makanan yang biasa kita akan nikmati untuk minum petang ni? *eh banyak pulak soalan da.
Bagi MY minum petang ni adalah menjadi satu perantaraan antara waktu makan wajib bagi kebiasaan kita iaitu makan tengahari dan makan malam. Biasanya minum petang ini adalah bermenukan sesuatu yang simple dan bukan dari ketogori "makanan berat". * just lite lite jer
Ianya juga menjadi salah satu sebab kukuh untuk melengkapkan suatu diet sihat bagi seseorang. Jika kita sudah menjamah "minum petang" secara logiknya kita tidak akan terlalu lapar sehingga tibanya waktu "makan malam". Dan ia juga dapat mengelakkan kita untuk mengambil makanan berlebihan ketika makan malam. *sudah pasti amalan makan malam adalah wajib bg setiap orang eh huhu
Jadi perjalanan diet sihat kita kan teratur dan lengkap . Insyaallah