Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

Malam Anugerah Ejen Pelancongan 2013-2014 | Pelayaran Singkat Bersama Star Cruise Libra

$
0
0

Malam Anugerah Ejen Pelancongan 2013-2014 | Pelayaran Singkat Bersama Star Cruise Libra | Star Cruise Libra menjadi tuan rumah untuk majlis gilang gemilang “Malam Anugerah Ejen Pelancongan 2013-2014″ untuk mengiktiraf ejen pelancongan Malaysia yang menyumbang tahap tertinggi sokongan kepada syarikat perkapalan terkemuka itu sejak dari tahun 2013 lagi.


Lebih dari 30 wakil-wakil ejen pelancongan menghadiri acara tersebut di mana ejen-ejen pelancongan yang berpangkalan di Malaysia dan  telah dianugerahkan pingat dan cek berdasarkan jumlah sokongan perniagaan cemerlang mereka kepada Star Cruise pada tahun 2013.


Program ini juga bertujuan untuk menghargai peranan industri perdagangan pelancongan dalam mendekati dan menggalakkan pelanggan untuk berlayar dengan Starcruise dalam suasana eklusif dan menikmati permandangan yang mengujakan.


ASIA CATHAY TRAVEL SDN BHD memenangi Anugerah TOP 10 BEST PERFORMANCE AGENT AWARD 2013,VACATION HUB TRAVEL & TOURS SDN BHD memenangi Anugerah BEST PRODUCT MANAGER manakala AIRLINK TRAVEL& TOURS SDN BHD pula memenangi Anugerah MILLION DOLLARS AWARD 2013.

Untuk info anugerah seterusnya boleh rujuk di Trek Selebriti [klik]





Gambar telah diambil dengan menggunakan Kamera Sony Alpha 5000 [klik]



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359