![]() |
Kehilangan Pesawat MH370 |
Update Terkini Misteri Kehilangan Pesawat MH370 | Info Pesawat MAS MH 370 | Sudah heboh bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga mungkin di seluruh dunia. MY terpanggil untuk buat sesuatu, * hanya sesuatu yang mampu.
![]() |
Pesawat yang membawa penumpang seramai 239 termasuk dua orang bayi sektor Kuala Lumpur Beijing, berlepas pada 12.41 pagi dan seharusnya tiba di destinasi pada 6.30 pagi. Namun, pada jam 2.40 selepas penerbangan 2 jam, pesawat itu hilang daripada radar. Bagaimanapun, sekitar 2.40 pagi, tiada isyarat yang dapat dikesan setelah kali terakhir pesawat ini dikesan pada kedudukan longitud 065515 utara dan latitud 1033443 timur.
![]() |
Posisi terakhir Pesawat MAS MH 370 |
Penerbangan MH370 menggunakan pesawat Boeing 777-200 merupakan pesawat canggih dengan kelengkapan alat perhubungan yang terkini.
Masihkah ada sinar? Masihkah ada harapan? Insyaallah, kita mesti selalu pegang dan ingat bahawa Allah sentiasa bersama kita. Setiap apa yang berlaku atas kehendak dari NYA, ada hikmah disebalik semua kejadiannya.
Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia.
Kepada keluarga mangsa, kuatkan semangat dan sama-samalah kita berdoa supaya semuanya baik-baik. Amin