Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

Ayam Ghantari | Olahan Citararasa Nusantara

$
0
0
Ayam Ghantari- kredit fotowww.budakpacak.com [klik]
Ayam Ghantari | Olahan Citararasa Nusantara | Makan.. makan.. makan dan makan lagi. *eh tipula kalau korang tak makan kan?haha Okay apa yang special pulak untuk review makanan untuk kali ni? *jauh-jauh lagi dah ada bau-bau iga bakar. eh huhu . Ha kali ni kami datang untuk review tentang Ayam Ghantari. Resepi yang dikatakan merupakan olahan citarasa Nusantara

"Kepakaran kami adalah menyelesaikan masalah anda untuk mencari Ayam Kampung Bakar yg paling bermutu,suci dan sedap hingga membuatkan anak tekak anda menjerit2 kehausan sampai anda tak ingat nak mandi..500 kali lebih sedap dari ayam bakar,ayam perchik ataupun ayam golek yg pernah anda nikmati..!!!! "Ghanta" bermaksud kehendak/kemahuan dlm bahasa jawa yg menterjemahkan kemahuan kami utk mencipta sesuatu yg luar biasa utk dipersembahkan pada semua tentang ayam kampung & selera asia nusantara.
"Ri" diambil bersempena nama salah seorang pengasas Ayam Ghantari iaitu saudara Jasri.
Ayam Ghantari satu produk ayam kampung bakar yg mengetengahkan ayam kampung organik 'baby" (anak kecil) & ayam kampung organik dara (muda)..keistimewaan Ayam Ghantari terletak pada empuknya ayam kampung yg kami tampilkan disamping bumbu2 khas kombinasi malaysia & Indonesia pada harga yang sungguh tak masuk akal"
_Ayam Ghantari

Ayam, iga, puyuh dibakar- kredit fotokisahtatie.blogspot.com[klik]
*cuba korang bayangkan, bau-bauan dia. pergh Memang mengujakan. Mana nak dapat nie? Ha korang perlu tahu, kali ni kami mencuba sesuatu yang lain. Ayam Ghantari ! Ha, mungkin ia berada berdekatan dengan anda. Sekarang dibuka di Medan Selera Lokas Makana, Puchong. *amboi pelik benar nama medan seleranya kan.

Stall Ayam Ghantari- kredit fotowww.budakpacak.com [klik]
*Apa yang special dengan Ayam Ghantari ni? Ayam Ghantari hanya menggunakan ayam kampung organik [klik] tanpa suntikan sebagai bahan utamanya. * mohon teruja beramai-ramai Menurut pemilik Syam dan Azuhuri, Ayam yang digunakan untuk resepi mereka diambil terus dari ladang ternakan di Negeri Sembilan. Manakala Iga (tulang rusuk) pula dari pembekal yang sama dengan restoran Tony Roma’s [klik]. *mohon teruja lagi

Ayam, Iga [tulang rusuk], dan puyuh adalah bahan utama yang available buat masa sekarang. 
Pilihan Nasi Kukus (berserta kerepek tempe dan kerepek paru) atau kentang goreng.- kredit fotowww.nazlannasir.com[klik]
Selepas memilih Ayam/iga/puyuh. Pelanggan perlu membuat  pilihan lagi sekali samada ingin makan dengan nasi putih kukus yang disertakan bersama kerepek tempe dan kerepek paru atau dengan kentang goreng ala Perancis.

Apa yang specialnya di Ayam Ghantari ni. Tempe dan  Paru yang dihidangkan adalah dala bentuk kerepek. *memang sedap. Bak kata pemilik Ayam Ghantari, selain dari rasa sedap dan lain dari yang lain. Jika Tempe dan Paru ni di buat dalam bentuk kerepek, ia boleh disimpan lama.

Ghantari (kanan)lebih manis manakala Taliwang (kiri) Lebih Pedas- kredit fotokisahtatie.blogspot.com[klik]
Apa yang memberikan kelainan dan specialnya Ayam Ghantari ni, sudah semestinya sos yang sangat special. Serius korang  kena rasa. Kedua-dua sos ni ada kelebihan tersendiri. *bagi yang suka pedas menyegat boleh la cuba Taliwang.Serius ada sesuatu dengan sos-sos nie.

 Pilihan Ayam Taliwang [ RM7.00 ]
Ok kalau dah rasa okay dengan citarasa anda, boleh la menjamu selera dengan senang hati. 

Antara blogger yang hadir
- kredit foto: www.ayamghantari.biz[klik]
Anda jangan risau, harga sangat berpatutan *memang mampu milik, eh mampu makan. Malam tu MY mencuba menu Barongan iaitu kombinasi ayam dan iga (beef ribs) bersama sos menyegat Taliwang. *sory pada yang lain. hahahaha. Untung la kita kan +Nazlan Nasir dapat set Barongan. ekekeke. 

Harga adalah sama untuk nasi dan kentang goreng.

Set Ayam Bakar RM7
Set Burung Puyuh RM7
Set Barongan RM20
Set Iga Bakar RM12.90

Terdapat juga set kombo:

Pakej Berdua (2 hidangan) : RM 13
Pakej Bertiga (3 hidangan) : RM19.50
Pakej Berlima (5 hidangan) : RM32.50
Iga Bakar Full Rack (4 ketul tulang rusuk) : RM35

Kalau korang nak bungkus bawa balik pon boleh. Dan ia akan di bungkus dalam pakaging yang sangat cantik iaitu kotak *ala-ala dah oder delivery pizza hut dah eh. huhu

Untuk menyemak senarai menu yang available kat Stall Ayam Ghantari, Puchong ni korang leh semak diwww.ayamghantari.biz [klik]

Gambar kenangan bersama En. Azuhuri dan En. Syam - kredit fotokisahtatie.blogspot.com[klik]
Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Ayam Ghantari atas pelawaan food review ini. Bagi sesiapa yang nak rasai keenakan ayam bakar di Ayam Ghantari ini, bolehlah berkunjung di Medan Selera Lokas Makana. Alamatnya :


Medan Selera Lokas Makana
No 15 A, Jalan PU 13/2, 
Taman Puchong Utama, Puchong, 
Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasinya mengikut waktu operasi Medan Selera Lokas Makana
6 petang - 12 malam

Facebook Ayam Ghantari :

Website Ayam Ghantari :

Twitter dan Instagram :
 @AyamGhantari

Jangan lupa untuk gunakan hashtag #ayamghantari bila anda kongsikan gambar hidangan bersama Ayam Ghantari dilaman media sosial anda.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359