Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG

$
0
0

KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG
Keretapi Sarong
KERETAPI SARONG 2014 |BERANI SARONG | SARONG ni biasanya kita kaitkan dengan VillagePeople je kan. Tapi siapa sangka tanggal 26 April 2014 lepas Bandaraya Kuala Lumpur di banjiri dengan manusia ber SARONG. *dah kenapa kan? . Tapi korang jangan terkejut, ini bukan kali pertama berlaku di Kuala Lumpur. Malah ini adalah kali ke 3.

KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG
Gelagat Peserta
Selepas kejayaan penganjuran KERETAPI SARONG sebelum ini, acara ini telah kembali menemui penduduk Lembah Klang di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar dan Dang Wangi sebagai meet point.

KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG
Keretapi Sarong
Yang lebih mengujakan MY, lebih membanggakan, 11 bandar di seluruh dunia seperti Lyon dan Besancon di Paris; Melbourne, Australia; New York City; Dublin serta Tokyo, Jepun tertarik membawa konsep sama ke negara mereka tahun ini.

KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG
#KeretapiSarong 2014 New York City - foto RandomAlphabets - RA
KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG
#KeretapiSarong 2014 Melbourne - foto RandomAlphabets - RA

Untuk melihat lebih banyak foto boleh rujuk di Facebook RandomAlphabets [klik] .

Acara KERETAPI SARONG kali ketiga sejak 2012 ini dikatakan bertujuan untuk mengajak orang ramai yang menaiki perkhidmatan LRT menggunakan kain sarung batik mahupun pelekat sebagai tanda memupuk semangat kekitaan dan kebudayaan. Ia juga dapat mempromosikan budaya tradisi batik dan sarong di Malaysia. 

Acara ini dikatakan  inspired by no pants subway luar negara dan ianya ditukarkan ke sarong yang menunjukkan identiti tradisi masyarakat di Malaysia. Nanyian lagu rakyat seperti Rasa Sayang dan Wau bulan secara beramai-ramai juga menjadikan acara ini lebih bermakna.

Jom layan Video Rasa Sayang dari bro Sham Hardy [klik] nie.


Antara gambar telatah peserta di Malaysia. Mereka sangat kreatif dan sporting. * cayalah

KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG
Tidak kira budaya
KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG
Mat Saleh pun join 
KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG
Gelagat Peserta
Sangat kreatif kan diorang, *hurmm rugi rasanya MY tak dapat join. Terima kasih kepada sahabat MY, Shawn Razaleigh [klik] sebab sudi buat liputan dan berkongsi foto. Untuk melihat lebih banyak foto boleh rujuk di Facebook RandomAlphabets [klik] . Atau #keretapisarong #beranisarong.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359