PELAYARAN STAR CRUISE LIBRA BERSAMA PAK NIL |
PHUKET SHORE EXCURSION| Sedar tak sedar dah hari ke tiga kami berkampung kat atas
STAR CRUISE LIBRA ni.
*apa ya agaknya aktiviti kami hari ke-3 ni?
![]() |
Gelagat Pak Nil bersama peminatnya - foto Santai Travel |
Seawal 9.00 pagi kami dah mula Morning Dancercise bersama cruise staff di pool deck, deck 9 dan terus kepada aktiviti “FUN WITH PAK NIL”.
![]() |
aktiviti bersama Pak Nil |
Hahahaha gelak je bila tengok diorang ni *tapi yang penting diorang ni memang sempoi, sporting habis. Memang terbaiklah. Lepas je aktiviti habis, terus lunch dan bersiap-siap nak berjala-jalan di PHUKET. *yeay, PHUKET aku datng hohohoho.
![]() |
Bergambar dulu sebelum naik bas |
PHUKET SHORE EXCURSION | Ini merupakan pertama kali MY menjejakkan kaki di bumi PHUKET. Memang tak pernag terfikir akan sampai ke PHUKET ni dengan menaiki STAR CRUISE LIBRA. Alhamdulillah.
![]() |
Perjalanan ke Patong Beach |
Destinasi pertama kami adalah ke T-Shirt outlets. Dikhabarkan di sini harganya sangat murah berbanding di tempat lain di PHUKET. Dan yang paling penting, kualiti nya adalah sangat bagus
![]() |
Di bilik pameran T-Shirt outlet |
Telan air liur tengok pelbagai design yang di pamerkan di dinding kedai ni. If berkenan just tunjuk kat pelayan kedai tu nanti dia kan tolong korang ambil.
![]() |
Di T-shirt outlet |
Yang menariknya pakaging T-shirt kat sini adalah dalam bentuk plastik yang berbentuk silinder. Memang sesuai la if nak bagi hadiah kat kawan-kawan ke apa kan.
*tak perlu nak bungkus dah.
![]() |
Jungceylon |
Seterusnya kami dibawa ke
JUNGCEYLON dan sekitarnya. Jadi dari sini juga kami mengambil peluang ke Patong Beach.
![]() |
Sepanjang jalan ke Patong Beach |
Sepanjang perjalanan kami dari JUNGCEYLON menuju ke PATONG BEACH. Sempat juga menyinggah usha-usha cenderahati mana tau ada yang berkenan kan. *akhirnya teratai layu di tasik madula, sebab duit bawak tak banyak huhu. Tengok sambil gigit ibu jari huhu.
![]() |
Banana Walk |
Banana Walk, serius cantik tempat nie. Sesuai sangat jadi tempat lepak-lepak budak-budak muda kan.
![]() |
Di Patong Beach |
Yeay, akhirnya sampai juga di Patong Beach. *wowo mat minah salleh berbikini ouch. tetiba rasa runtuh iman ni. huhu.
![]() |
Bersama media yang turut serta dalam percutian nie |
![]() |
Sekitar Patong Beach |
Bila dah penat berjalan, perut pun dah berkeroncong. *apa lagi masa untuk makan la kan. Memandangkan duit tak banyak, kami ke KFC berdekatan je. Alhamdulillah, dapat alas perut un dah ok .
![]() |
KFC THAILAND |
Okay masa sangat mencemburui kita, so apa lagi jom balik ke bas. *kan nanti lambat-lambat kena tinggal.
![]() |
dalam perjalanan ke bas |
Sempat juga tourguide kami bawak kami round-round PHUKET. Walaupun mata dah mengantuk tahap gaban, MY gagahkan jua.*yelakan rugi kalau tak gunakan peluang betul-betul. Bukan selalu dapat ke sini.
![]() |
Pasar Malam |
*ayoooo ada pasar malam ker? Betol-betol dekat dengan cruise kami ada pasar malam. huhu.*okay abaikan, buat-buat tak nampak je.
![]() |
Ambil gabar sebelum naik atas kapal |
Kami naik awal atas kapal. Bersiap-siap untuk aktiviti malam ni pulak.
*eh kbai huhuh
Entry berkaitan: