Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

PETA DAN MAKLUMAT RINGKAS KLIA2 | KEMUDAHAN PARKING KERETA DAN MOTOR DI KLIA2

$
0
0
di KLIA2
foto igersmalaysia
PETA DAN MAKLUMAT RINGKAS KLIA2 | KEMUDAHAN PARKING KERETA DAN MOTOR DI KLIA2 | Baru-baru nie, MY berpeluang ke KLIA2 untuk INSTAMEET#IGERSMALAYSIA. Bukan apa , pertamanya nak kenal-kenal orang kan. mana tahu kot-kot dapat kawan baru ke kan. *silap-silap dapat jodoh. eh kbai. 

Yang keduanya sebab nak ambil peluang kenal KLIA2 tu ha. Dengar cerita havoc habis kan. Jadi, nila masanya yang kami ambil. * alang-alang orang kata 

di KLIA2

Serius kat sini MY nak cerita kat korang, KLIA2 ni memang betul-betul mengujakan sesiapa saja yang datang ke sini. Dari segi reka bentuk KLIA2 tu sendiri, sehinggalah kemudahan-kemudahan yang ada di KLIA2 ni. 

layout KLIA2
KLIA2 Layout Plan
Kami datang menggunakan perkhidmatan ERL dari stesyen Putrajaya/Cyberjaya yang tiketnya hanya berharga RM6.20 sehala. Tapi kalau korang dari KL Sentral ada tips nak dapat murah. Kalau tak tambang ke sini dari KL Sentral boleh mencecah RM 35. *ha mau ketaq lutut nak bayar kan. Kat entry Cara Jimat Menaiki ERL ke KLIA & KLIA 2 | KLIA EKSPRES & KLIA TRANSIT TRAIN [klik] ni ada jawapannya untuk korang jimat.

Peta ke KLIA2
peta ke KLIA2
Tapi untuk pengetahuan pengunjung yang menggunakan kereta. KLIA2 ni boleh di diakses melalui 6 lebuh raya iaitu: 
Lebuhraya ELITE 
Lebuhraya LDP 
Lebuhraya KESAS 
MAJU Expressway 
Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah 
Baru Lembah Klang (NKVE)

Kemudahan Parking Kereta di KLIA2 | KLIA2 juga menyediakan kemudahan termasuk tempat letak kenderaan yang komprehensif dengan keselamatan dan kemudahan sebagai keutamaan. KLIA2 menempatkan 8 tingkat parking lot yang secara langsung bersebelahan Terminal Utama, dan menempatkan lebih 6,000 kenderaan.

 parking di KLIA2
kemudahan parking
Terdapat 6,490 tempat paking bertutup, dengan 5,690 ruang kereta dan 800 ruang motosikal. Di samping itu, 52 tempat letak keretauntuk pemandu mesra OKU telah dikhaskan di setiap peringkat tempat letak kereta di kedua-dua Blok A dan B.

harga parking di KLIA2
parking counter
Bayaran letak kereta boleh dibuat di mesin Autopay pada tahap 1, 4 dan 7 dan di kaunter yang telah ditetapkan. Tempat letak kereta adalah berpagar sepenuhnya. Kakitangan keselamatan beroperasi 24 jam, membolehkan pelancong untuk meletak kenderaan mereka untuk sehari , atau lebih beberapa hari.

harga parking di KLIA2
KLIA2 parking rate
Dari tempat letak kereta, anda boleh terus berjalan melalui pusat membeli-belah untuk memasuki kawasan berlepas terminal iaitu di Aras 3.

KLIA2
pintu masuk ke shopping mall dan terus ke terminal berlepas
Untuk maklumat lanjut mengenai parking di KLIA2 ni, korang boleh rujuk di www.klia2.info[klik] .

Disini MY ada letakkan ringkasan mengenai KLIA 2 nie. Harap boleh menggambarkan la seringkas mungkin mengenai KLIA2 nie.

ringkasan mengenai KLIA 2
Untuk pengetahuan korang KLIA2 akan menempatkan 10 jenis syarikat penerbangan kos rendah iaitu :
  • AirAsia (9 May 2014 onwards)
  • AirAsia Zest (9 May 2014 onwards)
  • AirAsia X (9 May 2014 onwards)
  • Thai AirAsia (9 May 2014 onwards)
  • Indonesia AirAsia (9 May 2014 onwards)
  • Lion Air
  • Tiger Airways Singapore
  • Cebu Pacific Air
  • Malindo Air
  • Indonesia's Mandala Airlines
Lepas ni MY nak bercerita mengenai kemudahan yang lain pulak. So tunggu entry berikutnya ya.

Kredit info dan gambar di : www.klia2.info


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359