Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

REVIEW FILEM ABANG LONG FADIL | FILEM KEDUA SYAFIQ YUSOF

$
0
0

Filem Abang Long Fadil

REVIEW FILEM ABANG LONG FADHIL | FILEM KEDUA SYAFIQ YUSOF | Bakat dari pengarah muda yang pernah memenangi anugerah pengarah harapan suatu ketika dulu Syafiq Yusuf terserlah lagi dengan kemunculan filem keduanya iaitu FILEM ABANG LONG FADIL.

Syafiq Yusof
Syafiq Yusof
Jika pertama kali kemuncullannya dia cuba membawa sesuatu yang agak berat, tetapi pada kemunculan buat kali keduanya ini membawa sesuatu yang berunsur komedi dan mudah untuk difahami kepada peminat-peminatnya.

Syafiq Yusof
Aksi pengarah muda
Syafiq Yusof

Gangster komedi berbentuk parodi adalah genre filem ABANG LONG FADIL ini adalah sebuah spin off yang diambik dari filem abangnya sendiri iaitu KL GANGSTER yang pernah mencipta sejarah kutipan ‘box-office’ tertinggi dalam industri perfileman tanahair pada tahun 2011.

Filem Abang Long Fadil
Turut dibintangi oleh Syamsul Yusuf
Dan hasilnya, filem lakonan Zizan sebagai hero ini boleh dikatakan sedang membawa satu revolusi baru pada dunia perfileman Malaysia. Kelihatan bagaimana visi pengarah muda menggabungkan 60% efek Kesan Khas Visual (CGI) untuk membentuk sebuah filem yang betul-betul merevolusikan dunia perfileman Melayu.

Filem Abang Long Fadil
aksi hebat dalam filem ini
Selain itu ABANG LONG FADIL juga turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Kamal Adli, Soffi Jikan, Tauke Raja Lawak, Yassin Senario, Arman Graseka, Harun Salim Bachik dan ramai lagi bagi memantapkan persembahan cerita ABANG LONG FADIL.

Filem Abang Long Fadil
ABANG LONG FADIL bersama kuncu-kuncunya
Sinopsis filem ABANG LONG FADIL“ABANG LONG FADIL” Mengisahkan tentang kehidupan Fadil (Zizan) setelah sahabat baiknya Malik (Aroon Aziz) dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster dan mahu bebas dari geng Shark (Syamsul Yusof), tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster. Shark iaitu musuh dalam selimut kepada Malik tidak senang dengan Fadil, maka Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani .

Filem Abang Long Fadil

Kampung Berani adalah penempatan orang Melayu yang sedang menghadapi krisis hak milik tanah peneroka dengan syarikat-syarikat kapitalis yang telah mengupah sekumpulan gangster untuk mengugut penduduk kampung. Dalam masa yang sama, kawasan itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya.

Filem Abang Long Fadil
peristiwa Kampung Berani
Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Secara tidak sengaja, Fadil bertemu dengan Adam (Kamal Adli) yang merupakan anak seorang pendekar dan mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka bergabung untuk melawan samseng-samseng di kawasan tersebut, akhirnya berdepan dengan ketua gangster paling besar di situ. Mampukah mereka menewaskan kumpulan gangster tersebut? Adakah tanah Kampung Berani akan tergadai? Mampukah Fadil mendapat kebebasan? 

Filem Abang Long Fadil
turut di lakonkan oleh Kamal Adli
Pandangan MY | Banyak aspek yang MY suka tentang FILEM ABANG LONG FADIL. Pertama sekali, pemilihan pelakon adalah cukup berjaya sekali, sangat sesuai dengan genre komedi filem ni. Pemilihan watak utama Zizan sangat-sangat memberi kejayaan kepada filem ini. Disamping itu pelakon sampingan iaitu Kamal Adli juga sangat-sangat beraksi di dalam filem ini. Watak yang dipegang oleh Kamal seakan-akan beliau adalah hero di dalam filem nie. Tambahan pula kemunculan pelakon hebat Aroon Aziz, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Tauke Raja Lawak, Yassin Senario, Arman Graseka, Harun Salim Bachik , Pablo dan ramai lagi sangat-sangat menimpakkan lagi FILEM ABANG LONG FADIL.

Filem Abang Long Fadil
Bersama Ujang dan MK Syahir
Keduanya, apa yang korang akan lihat dalam FILEM ABANG LONG FADIL ni ialah bagaimana cara Syafiq Yusof cuba mengolah taktik dengan filem-filem kesukaannya yang hebat seperti  Transformers, Stephen Chow, dan beberapa filem superhero ke dalam filem ini. Walaupun ada kekurangan dari segi kesan-kesan sampingan itu ia tidak mencacatkan filem arahan Syahiq ini.

Filem Abang Long Fadil
Bersama Zizan
Walaupun sebegitu, MY cukup berbangga dan yakin Syafiq bakal mengubah dunia perfileman melayu di masa akan datang. Jadi jangan lengahkan peluang anda untuk menyaksikan Filem “ABANG LONG FADIL” telah ditayangkan di 81 pawagam secara serentak di seluruh Malaysia pada 29 Mei 2014.

bersama Kamal Adli
Bersama Kamal Adli
Apapon moh tonton TRAILER FILEM ABANG LONG FADIL.


Bersama Syafiq Yusof
bersama pengarah muda hebat Syafiq Yusof.
Tahniah, bro Syafiq! Hebat memang hebat. #ilovemalaymovie ! Jadi, MY bagi 4.99/5 bintang untuk  FILEM ABANG LONG FADIL.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359