Etika Penggunaan Gambar Untuk Komersial | Hak Gambar Yang Mempunyai Watermark| Tak sangka gambar dari satu entry MY berkaitan dengan Selfie nie menjadi tumpuan untuk online shop untuk dijadikan sebagai gambar penarik untuk jualan monopod mereka. Rujuk entry : Alat Bantu Selfie | Monopod Untuk Smartphone Dan Kamera [klik]
![]() |
Tapi apa yang mengecewakan MY adalah bila gambar yang diambil itu dibuang watermark asal blog MY. Rasanya bukan MY sorang je pernah menjadi mangsa. Bila ditegur apa jawapan diorang?
![]() |
jawapan dari email yang dihantar oleh rakan blogger eazyizzuddin |
Senang kan, tak pernah ada rasa bersalah langsung, diorang ingat berkat sangat ke berniaga kalau buat macam tu? Kalau korang, apa tindakan korang untuk diorang yang berperangai macam nie?
Hukan hanya satu kat atas nie je. Ada banyak lagi website jualan online dan instashop yang menggunakan foto MY tu untuk jualan monopod mereka. *watermark dibuang dan diganti dengan watermark mereka.
Tapi ada juga yang email personally untuk minta izin menggunakan gambar tu. Alhamdulillah. Sangat rspect dengan orang seperti ni.
![]() |
Kalau sesiapa nak ambil gambar kat blog nie untuk komersial ke apa ke. MY tak kisah, just inform first. Silap-silap MY boleh tolong promote lagi business korang. Kalau korang nak foto original pun MY boleh bagi.
Korang semua kalau nak beli apa-apa leh la ke www.banyakdeal.com . Diorang ni kita boleh nampak cara berbusiness dengan jujur. Terima kasih kepada owner banyakdeal kerana peka kepada hal ini.