LeGEO ART RESTAURANT SETIAWANGSA | Restoran Berdekatan LRT | Food review kami kali ini adalah di Setiawangsa. Sangat berhampiran dengan LRT Setiawangsa iaitu LeGEO ART RESTAURANT, Setiawangsa. Lokasi yang MY rasa sangat strategik berdekatan dengan kemudahan pengangkutan seperti ini menjadikan tarikan untuk pengunjung datang dan merasai makanan disini.
![]() |
Ruang tertutup restoran |
LeGEO ART RESTAURANT, Setiawangsa bukan calang-calang restoran, ini kerana ia juga merupakan tempat yang seakan galeri seni.
![]() |
Lukisan-lukisan dan seni untuk dijual |
Lukisan-lukisan dan hasil karya seni yang dipamerkan di sini adalah bukan saja-saja untuk pameran. Semua karya seni ini adalah bertujuan untuk dijual. *jadi sambil-sambil makan tu boleh la cuci-cuci mata tengok hasil kreativiti ni. Kalau ada yang berminat untuk letak lukisan, arca atau hasil seni mereka kat sini untuk di jual, memang dialu-alukan.
![]() |
Ruang luar untuk pengunjung |
LeGEO ART RESTAURANT menyediakan ruang makan yang sangat kondusif kepada para pengunjungnya samada diluar mahupun didalam restoran. Kedua-duanya adalah sangat selesa. *okay kita stop bercakap tentang kondisi restoran ni.
Jom kita tengok menu apa yang special kat LeGEO ART RESTAURANT ni. *mohon sediakan tisu untuk kesat air mata korang. ekekek.
![]() |
Nasi Lemak Chicken Rendang |
![]() |
Nasi Lemak |
![]() |
Italian Omelette |
![]() |
White Sauce Chicken Slice Spaghetti |
![]() |
Nasi Goreng Tomyam |
![]() |
Fried Noddle Chicken Chop |
![]() |
Portugal Chicken Rices |
![]() |
Deep Fried Russet Potato with Spring Onions, Smoked Chicken Sandwich, Deep Fried Otak Otak, Cheese roll with sausage |
Seriusly MY cakap, makanan kat sini memang tidak mengecewakan. Untuk pengetahuan korang, sempena ramadhan ni LeGEO ART RESTAURANT SETIAWANGSA ni juga ada menyediakan menu berbuka dalam bentuk buffet.
Bagi korang yang ingin rasa sendiri pengalaman di Art Restaurant ni korang boleh ke:
LeGEO ART RESTAURANT
1-G, Jalan Jelatek 1, Jelatek Business Centre,
54200 Ampang, Kuala Lumpur
Instagram: #legeoartrestaurant #legeo