BERBUKA PUASA DI BANGI GOLF RESORT | IFTAR BERSAMA SAHABAT BLOGGER | Alhamdulillah semalam 6 ramadan MY telah berbuka puasa di Bangi Golf Resort [klik] bersama-sama rakan blogger. Memandangkan ada satu voucer untuk berbuka, jadi semalam lah peluang untuk berbuka di sana.
![]() |
Sahabat blogger yang hadir |
Antara sahabat blogger yang hadir semalam. Meriah habis, semalam lebih kurang 1500 pax manusia yang hadir. *ayooooo serius ramai giler. Sampaikan ada sorang mak cik ni langgar MY dan tumpahkan kopi panas atas tangan MY. ayooooo.
![]() |
selepas berbuka |
Banyak lagi kisah mencuit hati kalau nak diceritakan. Dengan kes budak mintak TEH BUNGA dengan MY. * ayooooo mana mak ko dik?. Tertengok pakcik tua dok selfie. Hahahhaha. nak guling-guling pulak rasa. Tu tak tengok si Razi plak catwalk dengan terompah yang ada kat surau. hahahaha * kemain dia. Memang macam-macam hal lah.
![]() |
Tapi semalam MY mengaku tak makan banyak jenis makanan sangat, dok sibuk tengok gelagat orang je kan. Tambah pulak ada akak yang seakan village people makan pulak. *haru kami ahhahaha. Akak tu feeling-feeling makan sambil berkemban macam kat umah sendiri je kan. hahah.
Apapon, semalam memang seronok giler. Selamat Berpuasa :)