Rezeki urusan ALLAH | Doa Supaya Rezeki Tidak Putus | Alhamdulillah, berkat hari isnin ni pagi-pagi lagi dah dapat call dari member yang dia nak belanja PIZZA kat wa. Katanya nak membalas budi kerana tolong dia tempoh hari.
Walaupun dah berkali-kali wa menolak untuk dibelanja dia tetap jugak nak belanja wa, siap guna service delivery lagi huhu. Sangat terharu. Itulah yang dikatakan rezeki yang Allah bagi. Kata orang " Rezeki jangan ditolak, dan Musuh pula jangan dicari". Rezeki urusan ALLAH .
Apapon terima kasih buat beliau yang sudi belanja makan pizza ni. Alhamdulillah sedap sehingga menjilat jari hehe
Isra [30] Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi siapa yang Ia kehendaki, dan menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
Amalkan doa ini selalu, in shaa Allah rezeki anda tak akan putus jika.sudah berusaha dan tawakal kepadaNya.
INNA HAAZAA LARIZKHUNAA MAA LAHUU MINNAFAD
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis
Artikel berkaitan: Menjadi Orang Kaya Dengan Izin Allah | Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Waqiah
.