Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

Cabaran 30 Hari | Hari 1 : 1 Gambar Terbaru Anda Dan 5 Fakta Tentang Diri Anda

$
0
0
Cabaran 30 Hari | Hari 1 : 1 Gambar Terbaru Anda Dan 5 Fakta Tentang Diri Anda | Mesti korang tak tahu banyak lagi tentang diri MY kan. Kalau macam tu ni 5 fakta yang MY nak kongsikan.

GAMBAR TERBARU

Foto Potia Casadelarossa
5 FAKTA TENTANG DIRI

1. Memiliki nama yang unik "Mawardi" dan sudah biasa mendapat soalan "Ketururan Jawa ke?". Dan ia juga menjadi salah satu benda paling MY paling malu bila hendak sebut nama sendiri di khalayak ramai. *kau ghaser?

Tapi sekarang masa dah membawa kita kepada perubahan yang ketara. Dan MY bangga menyebut "MAWARDI YUNUS" di mana-mana. Dan  sekarang, setiap kali MY perkenalkan diri dengan seseorang yang baru kenal. Mereka akan berkata "Mawardi Yunus, macam pernah dengar nama ni". Yes, kenapa harus kita malu dengan kelebihan yang kita ada.

2. Tidak mempunyai ketinggian yang sepatutnya bagi seorang model. *eh kbai. Dengan ketinggian yang MY miliki, ia menggagalkan diri untuk MY menyertai kadet polis apatah lagi untuk menjadi seorang Inspektor polis berjaya. huhu.

Tapi agak musykil di benak fikiran ini bila semalam ada polis berpakaian uniform lalu disebelah MY memiliki ketinggian lebih rendah dari diri ini? *petanda apakah? krik krik krik. Sesungguhnya aku tidak berdiri di atas kerusi pada saat dan waktu ketika itu. hurmmmm.

3. Tidak merokok, malah alergic pada asap. Bukan kerana asap rokok je. Jika ber BBQ pun boleh fening dan fitam, tapi ayam BBQ MY tak alergic ya. ehhehehe. 

Jadi awas kalu ada teman-teman yang mahu merokok berhampiran dengan gue. #rokokseludup. *eh kbai

4. Anak bongsu dari 7 orang adik beradik. *sila jangan carut kata kita manja. Hakikatnya kita memang manja. *eh lalalalala. Tak malu kalau nak mengaku masih makan bersuap dengan Mek (Ibu) kalau balik kampung. *pitam bangun, pitam bangun, pengakuan ekslusif.

Memandangkan lahir dari sebuah keluarga yang bukan berada. Tapi sangat kagum dengan Ibu Ayah yang mampu menyara dan  mendidik kami 7 beradik sehingga berjaya sepertimana kami sekarang. :")

5. Mempunyai keinginan dan bercita-cita untuk mengelilingi dunia mengenal setiap erti dan budaya hidup. Tapi, tempat paling jauh setakat ni yang MY pernah pergi, hanyalah Indonesia dan Thailand. 

Alhamdulillah, walaupun hanya sekadar itu, MY yakin masih ramai yang tidak mempunyai nasib baik seperti MY. Insyaallah, jom doakan MY semoga terpilih sebagai pemenang my-airasia-free-seats [KLIK].

Ok cukup 5. Kalau nak tahu lebih lanjut korang leh follow Instagram MY di  @mawardiyunus [KLIK] . Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat malaysia. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359