Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

Apa Itu Tonsil | Dugaan Hari Pertama Puasa

Apa Itu Tonsil | Dugaan Hari Pertama Puasa | Hari pertama puasa, hmmm banyak dugaan yang Allah bagi kat aku. Dan Alhamdulillah semua aku hadapi dengan tenang. Dan yang paling besar wa kena Tonsil. Dari semalam selepas sembahyang tarawikh dah mula rasa tanda-tanda ada tak kena di bahagian anak tengkuk wa di bahagian kiri. Semalaman wa tak dapat tidur sebab makin ke pagi, makin sakit. Rupanya wa baru sedar yang wa kena Tonsil. Persoalannya Apa Itu Tonsil? rupanya ramai yang tak tahu kan Apa Itu Tonsil. Kalau nak tahu google la.


Bila dah buntu, tak tahu nak wat apa, cuba juga tanya teman-teman kat Facebook kalau lah ada ubat yang mudah untuk merawat Tonsil dan tak perlu pergi klinik.


Hmm, kata orang Tonsil ni merbahaya, sampai ada yang leh membawa maut. Bila pergi jompa dokter tadi macam-macam dia tanya.


Doktor tu check dan kata Tonsil aku dah besar giler sampai dah bam bam huhu (sempat lagi bergurau ye). Pastu dia kata ada putih-putih. Mungkin jangkitan bakteria. Nasib baik sebelah kiri je yang kena Tonsil. Takdela teruk sangat kan. Kalau tak tak tahu la apa wa nak cakap. Harap-harap tak berjangkit  Tonsil tu ke kanan pulak.

Bila selesai , doktor suruh wa turun ambil ubat, bukan main lama wa tunggu giliran. Rupa-rupanya nombor giliran wa naik kat bahagian bill. Pergh dah makin cuak dah. Pergi je kaunter dia mintak RM71. Wallaweh rupanya wa ni dah tak dapat perkhidmatan seperti student-student dulu. Kena daftar sebagai pesakit luar. ngeee. 

Mahal giler weh. wa terkejut. Maklumla dalam poket ada RM15 je. Cukup-cukup nak beli lauk berbuka. Nurse tu kata ubat RM60. Wa dah tak ada pilihan terpaksa bgtau la wa takada duit dan tak ambil ubat tu. Pastu dia cakap, kalau tak nak ambil ubat takpe tapi wa kena jugak bayar RM10 untuk charge perkhidmatan. Hmmm. Tetiba wa terfikir. baik wa pergi klinik swasta je tadi. Memang nasib badan la.

Memandangkan ramai kawan-kawan cakap suh makan ice cream vanilla untuk meredakan Tonsil tu, nampak gayanya malam ni wa kena pergi beli la. huhu. Insyaallah hope boleh reda.

.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359