CABAR DIRI MAKAN OYSTER | KONTIKI RESTAURANT FEDERAL KL | Pertama kali MY nak ucapkan terima kasih kepada blogger makanan kita saudara MahaMahu , kerana sudi menjemput MY ke event food review di KONTIKI RESTAURANT, FEDERAL HOTEL KL .
![]() |
KONTIKI RESTAURANT, FEDERAL HOTEL KL |
Restoran Kontiki ini ada menyediakan menu citarasa antarabangsa dan hidangan tempatan asli dengan makanan-makanan yang segar, dan menyelerakan. Buffet Kontiki mempunyai pelbagai pilihan campuran unik masakan asia dan juga eropah bersama hidangan masakan tradisional.
Artikel berkaitan : KONTIKI RESTAURANT | FEDERAL HOTEL KUALA LUMPUR
Apa yang MY paling terkesan adalah bila ternampak himpunan makanan laut yang sangat segar dan menarik. Apa yang MY maksudkan adalah Ketam, Lobster, Udang Galah, Kupang dan Oyster.
![]() |
Oyster |
Bila tersetuh cerita pasal OYSTER nie. Kepala otak ni terus mengigatkan kisah Mr. Bean.*oh damn you. Kisah apa tu? MY yakin korang pun tahu hahaha. Tetapi dengan keyakinan kesegaran makanan laut yang terjamin kat KONTIKI RESTAURANT FEDERAL KL ni, MY tak takut untuk mencabar diri sendiri untuk rasa sendiri OYSTER tu.
![]() |
Hidangan Oyster |
Dengan bantuan chef yang ada, MY cuba mendapatkan sebanyak info mengenai haiwan laut yang digeruni ini. ekekekek. Termasuklah cara untuk memakannya. *almaklumlah pertama kali nak mencuba.
![]() |
Cara Memakan OYSTER |
Bak kata chef, Oyster ni biasa di makan dengan bantuan tambahan Lemon dan tabasco. Lemon tu biasalah untuk hilangkan bau hanyir dan tabasco tu rasanya pedas dan dapat membantu kurangkan rasa muak dan geli bila kita makan Oyster tu.
Okay, tulis saja tak guna. ni video bukti MY makan Oyster tu. hahahah.
Okay, seriusly MY kata, rasa dia not bad. Ya memang betol kata chef tu. Lemon dan Tobasco tu sangat-sangat membantu. Apapon MY dah, korang bila lagi? hehhehehe.