Pesta Makanan Laut di Tengah Bandaraya | Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL | Wallaweh !!! pengalaman yang cukup hebat bila dikelilingi dengan makanan laut yang cukup segar dan paling penting ianya bersaiz gergasi *hahahaha. sangat teruja. Kalau sebelum ni hanya mampu rasa makanan laut yang bersaiz biasa dan sederhana. Kali ni, suasana cukup berbeza, pelbagai jenis makanan laut dari pelbagai negara terhidang di depan mata *rasa nak pitam kejap tengok.
![]() |
mempunyai 11 jenis makanan laut yang segar |
Secara tepatnya, dengan bertemakan "Oceans 11", Seafood Buffet Dinner ini mempunyai 11 jenis makanan laut yang segar. *tersedia untuk dimakan
![]() |
makanan "main courses", pembuka selera, salad, sup dan pencuci mulut yang merupakan pilihan antarabangsa |
Hidangan yang cukup besar seolah-olah makanan laut yang segar terdampar di lautan yang luas. Bayangkan semua menu makanan laut yang cukup menggoda selera anda dengan oysters, rare treasured Alaska king crabs, slipper lobsters, yabbies, flower crabs, tiger prawns, scallops, mussels dan clams yang semuanya semua diisi penuh sesak dalam mangkuk perak yang cukup "exclusive". Anda kini boleh merasainya sendiri di The Mill Café. *pergh.. mohon sediakan tisu sebelum lihat gambar-gambar kat bawah nie.
Semua makanan laut dibawah ini sudah tersedia untuk dimakan kerana ianya sudah masak.
Semua makanan laut dibawah ini sudah tersedia untuk dimakan kerana ianya sudah masak.
![]() |
variety of shrimps and crayfish |
![]() |
shellfish |
![]() |
Mussels |
Sangat suka dengan perapan dan rasa "mussels" yang berwarna hitam di sebelah kanan tu. Rasa yang cukup sedap dan berempah. Tapi mengikut kata chef, ianya hanya resepi biasa tanpa ada bahan yang rahsia. *tapi apa yang diceritakan tidak seperti apa yang kami rasa. Rasanya sangat mengujakan. ![]() |
Crab |
Ketam dengan beberapa menu berbeza, boleh dipilih mengikut citarasa diri sendiri. *tersedia untuk makan.
![]() |
Alaska king crabs |
Alaska king crabs cukup besar dan menjadi salah salah satu makanan laut istimewa di sini. Bukan sahaja segar, isinya cukup sedap dan banyak. Dan yang paling penting, ia tidak susah untuk dimakan seperti ketam biasa di malaysia. ![]() |
Cold prawns and Fresh raw oysters |
![]() |
Seafood Hot Plate (on ice & cooked a la minute) |
Selain dari jenis menu makanan laut seperti diatas. Pelbagai jenis masakan makanan laut lagi ada di Ocean 11 nie. Bagi penggemar Seafood Hot Plate (on ice & cooked a la minute). Antara jenis makanan laut yang ada ialah seperti Salmon Filet, Ikan Pari , Squid, Prawn, Scallop dan Slipper Lobster.
![]() |
pelbagai jenis masakan makanan laut mengikut citarasa |
![]() |
Pelbagai jenis masakan |
Selain dari itu, pelbagai jenis masakan makanan laut mengikut citarasa seperti Seafood citarasa Melayu, Seafood Citarasa Barat, Seafood Citarasa Cina dan banyak lagi ada menanti korang.
![]() |
Pilihan seafood terbaik |
Dengan harga yang menarik iaitu RM 138 ++ untuk dewasa dan RM69 ++ bagi kanak-kanak. Selain itu, *berita baik bagi penggemar Lobster pengunjung boleh top up pada harga bufet mereka untuk menambahkan lagi pengalaman makan mereka dengan Boston Lobster dengan hanya RM108 ++ tambahan setiap lobster. The buffet includes free flow of chilled juices priced only at RM15++ per person.
![]() |
Boston Lobster with Mango Salsa Sauce |
Bagi MY, Boston Lobster with Mango Salsa Sauce ini sangat sedap dan sesuai dengan selera rakyat malaysia. Cukup rasa masam manis yang natural membuatkan korang tak akan rasa muak walaupun sudah kenyang. Dan ia merupakan Lobster [klik] yang diterbangkan khas dari Amerika.*I highly recommended. Selain dari Boston Lobster with Mango Salsa Sauce, mereka juga mempunyai satu lagi pilihan menu Lobster, iaitu Boston Lobster with Cheesy sauce. Sangat sesuai bagi penggemar masakan berkeju.
![]() |
Fusili Marinara |
Bukan sekadar segar, makanan laut di sini juga disediakan dalam pelbagai jenis masakan *boleh pilih sendiri ikut citarasa korang. Makanan "main courses", pembuka selera, salad, sup dan pencuci mulut yang merupakan pilihan antarabangsa.
![]() |
Bersama Chef Nazari Amir |
![]() |
Bersama rakan media |
For more information, call 03 2117 4163 or email mill.gmkl@millenniumhotel.com. For a comprehensive look at menu, you may download it from slideshare by clicking on these links below:
![]() |
Alternatively, you may also refer to this brandsite http://www.millenniumhotels.com/grandmillenniumkualalumpur/dining-specials/seafood-buffet-dinner.html
Pesanan: Tempat letak kereta percuma hanya 3 jam pertama untuk tetamu makan di restoran sahaja. Sila tunjukkan tiket parkir di kaunter restoran untuk mendapatkan cop yang disahkan.
--------------------------------------------
Grand Millennium Kuala Lumpur
160 Jalan Bukit Bintang
Kuala Lumpur, 55100
Malaysia
T. +60 3 2117 4888
F. +60 3 2142 1441
"Ocean 11" Seafood Dinner Buffet :
Every Friday and Saturday
From October 17th - December 13th 2014
"Ocean 11" Seafood Dinner Buffet :
Every Friday and Saturday
From October 17th - December 13th 2014
Thank you Grand Millennium Kuala Lumpur for having me. Also special thanks to Miss Sharmila, MieraNadhirah dan Penaberkala.