Siapa Sangka Restoran Semewah Ini Harga Makanannya Murah | Memang tak dinafikan, kalau bercerita sahaja tentang Cyberjaya, ianya cukup popular dengan penduduknya yang majoritinya adalah dari bangsa asing seperti arab dan lain-lain. Jadi tak mustahil kalau banyak restoran makanan arab wujud di Cyberjaya ni. Termasuklah Restoran Al-Qasr ni. *maaf bukan Restoran Saba. Jangan hanya tahu Restoran Saba aja menyajikan makanan arab di Cyberjaya ni.
MEWAH TAPI MURAH
Pertama kali lalu dihadapan Restoran Al-Qasr ni memang tiada niat langsung untuk masuk. Apatah lagi kalau nak makan di sini. *terdetik dalam hati, tentu harga dia mahal kan, restoran ni nampak mewah kot.
![]() |
Tengok dari luar pun dah terpegun dengan rekabentuk dia. *ni kalau MY masuk mau tergadai harta benda, silap-silap dirini pon turut digadaikan. eh. haha. Tapi perasaan tu tak lama. Gara-gara perasaan ingin tahu tu lagi kuat dari segalanya, MY dan beberapa orang rakan blogger telah sepakat untuk lunch di sana.
![]() |
Sejurus kami melangkah masuk ke dalam Restoran Al-Qasr ni. Secara tiba-tiba mood tertukar. Seolah-olah bukan lagi berada di Malaysia. *serius tak tipu. Ha ah, rasa seolah-olah di Istanbul, Turkey. *chewah, macam pernah pergi.
![]() |
![]() |
Arabic Bread |
Roti ni dihidangkan secara percuma kepada setiap pelanggan yang datang sementara menunggu makanan yang dioder siap. Apa yang lebih terkejut, makanan disini sangat-sangat murah. *tetiba rasa macam tak sesuai pulak dengan restoran yang macam ni gahnya. Tapi, itulah hakikatnya yang MY kena terima. Makanan dia murah. makanan dia murah.
![]() |
Spicy Mandi Chicken |
Untuk pengetahuan korang juga, Restoran Al-Qasr ni baru setahun beroperasi, tapi apa yang membanggakan mereka, Restoran Al-Qasr sudah berjaya menarik perhatian media tempatan seperti majalah Nona yang menjadikan restoran ini sebagai lokasi photoshoot mereka. Sekilas pandang, memang tak expect pun photoshoot ni dibuat dalam sebuah restoran. Memang betul-betul exclusive!
![]() |
Majalah Nona_ sumber Penaberkala |
So, kalau korang taya pendapat MY dengan restoran ni. MY bagi bintang penuh. Suasana persekitaran yang selesa, harga murah, dan yang paling penting layanan yang sangat mesra dari pekerja -pekerjanya . Pekerja-pekerjanya kebanyakan dari arab. Termasuklah chef mereka. Jadi, dengan cara ni diorang dapat pastikan yang makanan dan menu diorang memang asli dari budaya diorang. *pastikan korang bercakap dalam bahasa Inggeris ya, diorang tak tahu bahasa melayu. Maklumlah restoran timur tengah katakan.
Restoran Al-Qasr ni sangat sesuai kalau bagi mereka yang bergelar businessman yang mana perlukan tempat meeting yang sesuai dengan client. Sesuai juga untuk pasangan kekasih untuk date . hehe
![]() |
Bersama owner restoran_ sumber Penaberkala |
Tapi korang jangan terkejut kalau MY katakan bahawa owner dia merupakan orang melayu kita. *wallaweh memang tak disnagka-sangka. MY sangkakan hanya pekerja biasa, rupanya owner restoran . wuwuwuwuwu. *ampunkan saya pak cik, saya ngak tahu. huhu. Serius sangat rendah diri orangnya.
Tak salah kalau MY ingin katakan disini bahawa Restoran Al-Qasr ni merupakan restoran nasi arab terbaik pernah MY datang. Memiliki harga yang murah dan berpatutan. Apa yang paling MY suka adalah layanannya yang sangat ramah dan selesa. *restoran nasi arab murah di cyberjaya.
Bagi korang yang nak datang kat Restoran Al-Qasr ni. Ianya terletak di Street Mall , Cyberjaya. Berdekatan dengan KRU Academy dan terminal bas Cyberjaya.
------------------------------------------------
Al-Qasr,
Lot B Street Mall,
Jalan Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehs
Facebook:
No telefon:
03-8322 2220
011-1570 8721
012-313 3184
Waktu Beroperasi:
12:00pm - 12:00am
Email:
alqasr.cyberjaya@gmail.com
Marhaba Cyberjaya,
G008, Cyberjaya Commercial Center,
Jalan Multimedia,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan