MAKMAL KIMIA YANG MEMBENARKAN PEGUNJUNGNYA MAKAN DAN MINUM DIDALAMNYA | Ada ke antara pembaca blog MY ni mempunyai latarbelakang dalam bidang sains? Kalau ada mesti korang tahu kan? Setiap makmal sains memang tidak dibenarkan untuk membawa masuk makanan apatah lagi makan dan minum di dalamnya. Tapi sebuah makmal yang MY nak cerita kat korang kali ini cukup berbeza. *ya, korang dibenarkan makan dan minum di dalam makmal kimia ni.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
Lunch bersama rakan blogger di Chemistry Café+Lab |
Tempat yang MY maksudkan tu ialah Chemistry Café+Lab yang mana ianya beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam. Chemistry Café+Lab ini merupakan cafe berkonsepkan makmal kimia pertama yang ada kat Malaysia ni.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
buat oder di kaunter |
Mungkin terlalu awal kami sampai untuk menikmati hidangan untuk makan tengahari kat Chemistry Café+Lab ni. Makanan yang available pada masa tu hanya sekadar pastry. MY nak nasihatkan, kalau sampai ke Chemistry Café+Lab ni, korang kena criport yang sesuai untuk korang duduk untuk makan, kerana cafe ni kebiasaannya sesak dengan orang. Kalau korang buat oder dulu tanpa cari tempat duduk dulu dikhuatiri seat penuh.*ha lepas tu nak makan mencangkung kat mana? ahhahaha Clik here to view. ![]() |
tunggu makanan dengan sabarnya |
Lepas buat oder leh la lepak-lepak sambil ketip-ketip gambar dan upload kat instagram tu. Jangan lupa plak hashtag #ChemistryLabCafe #ChemistryCafe. Yang pasti cafe ni memang unik dengan pelbagai tarikan hiasan termasuk mural art dan pelbagai hiasan yang mencerminkan sebuah makmal kimia seperti periodic table.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
hidangan di dalam bekas ujikaji dalam makmal |
Untuk memastikan korang dapat feel betol-betol kat makmal kimia, hidangan korang terutama air akan dihidang dalam bekas ujikaji kimia. huhu. * macam dalam gambar kat atas tu. Jangan takut, dijamin selamat. *tak ada lagi orang berbuih mulut bila lepas makan dan minum kat sini. ehhehe. Clik here to view. ![]() |
Lepak sambil layan makanan dalam bekas ujikaji makmal |
Apa yang MY boleh katakan, makanan dia agak mahal la. Tapi bagi mereka yang inginkan sesuatu yang baru boleh datang kesini. *tak hairanlah kalau orang ramai, rakyat Malaysia ni suka sesuatu yang baru walaupun mahal. Kalau nak diceritakan mengenai rasa, memang kena dengan hargalah. Sedap!
Foto_ NisaKay dan Penaberkala
___________________________________
Chemistry Café+Lab
26 Jalan Kristal J7/J
Seksyen 7, Shah Alam, Malaysia
Waktu Operasi:
10:00am - 2:00am
No Telefon:
+601762627979
Instagram:
Facebook: