Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

BUKAN SENANG UNTUK AKU SAMPAI KE TAHAP INI WALAUPUN IANYA HANYA PENCAPAIAN KECIL

$
0
0
BUKAN SENANG UNTUK AKU SAMPAI KE TAHAP INI WALAUPUN IANYA HANYA PENCAPAIAN KECIL | Jika dulu MY hanya mampu melihat dan menanam impian, untuk megembara ke negara orang dek kerana MY ini bukan datangnya dari keluarga yang senang. Tapi kini Alhamdulillah, peluang datang melimpah ruah. Rezeki dari Allah, mungkin berkat dari doa, usaha dan kesabaran selama ini.


Bukan senang untuk MY sampai ke tahap ini. Walaupun hanya pencapaian kecil dan baru. Aku tetap yakin, rezeki Allah ada dimana-mana. Yang penting, ingat dan amal semua pesanan yang mak ayah. 

Jika dulu, pada awal ketika MY mula menceburkan diri dalam dunia blogging, semuanya kosong. Tiada apa - apa, hanya kesorangan tanpa arah tujuan. Hanya terdetik untuk berblog kerana tertarik dengan perkongsian hidup seorang kawan melalui blog. Dan blog terbina atas semua usaha sendiri.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Keinginan MY makin menebal untuk mendalami ilmu blogging. Sehingga MY cuba untuk mencari network di dalam media sosial. *ya itulah yang terbaik sebagai permulaan. MY pernah dicemuh oleh rakan-rakan kerana terlalu taksub dengan blog. MY sedar blog MY suatu ketika dulu tiada apa. Ianya cuma sekadar masa untuk aku belajar mengenainya lagi. 

Dan sekarang, kawan yang dulu pernah mencemuh, datang untuk megajarnya berblogging. *cheit porah. Apa yang MY nak pesan. Jika kesenangan MY sekarang yang membawa korang untuk menjadi seorang blogger. Tinggalkan angan-angan itu. MY pasti, ianya tak akan lama. Sesungguhnya MY masih tidak senang. Cuma sudah bersyukur dengan apa yang MY dapat. Perjalanan masih jauh. Ilmu masih terlalu banyak untuk dicari. *ya.. janganlah terlalu rasa senang dengan apa yang kita dapat. Bersyukur dan majulah terus ke hadapan mencari redha ALLAH dalam apa yang kita lakukan. Insyaallah

Terima kasih kepada semua yang pernah membantu MY. Semoga Allah permurahkan rezeki kalian sekeluarga. Insyaallah Amin #MuhasabahDiri


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359