![Santan AirAsia Santan AirAsia]() |
Santan AirAsia |
NASI DAGANG MENU TERBARU AIRASIA DAN AIRASIA X | MY telah berpeluang ke majlis pelancarkan menu dalam pesawat terkini AirAsia dan AirAsia X yang diberikan nama "SANTAN", dengan pengenalan baru bagi kedua syarikat penerbangan bagi pembelian dalam pesawat atau pra tempah.
![WOLO Bukit Bintang WOLO Bukit Bintang]() |
WOLO Bukit Bintang |
Majlis pelancaran "SANTAN" ini telah diadakan di Penthouse WOLO Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lokasi hotel ini sangat stategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur malah sangat dekat dengan stesyen Monorail Bukit Bintang.
PENERBANGAN AIRASIA BERHAD | Antara hidangan terbaru yang sudah tersedia di dalam penerbangan AirAsia Berhad (AK) bagi pembelian dalam pesawat ialah Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan dihidangkan bersama Dodol, Nasi Kepal Ayam Teriyaki dan Sandwich Pizza Ayam Salai.
![Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan dihidangkan bersama Dodol Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan dihidangkan bersama Dodol]() |
Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan dihidangkan bersama Dodol |
Sementara untuk menu pra tempah pula ialah Nasi Tomato dengan Ayam Percik, Balutan Satay Ayam dan Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang.
PENERBANGAN AIRASIA X BERHAD | Bagi penerbangan Air Asia X Berhad (D7) pula, menu pra tempah yang boleh dinikmati oleh pelanggan ialah Kombo Nasi Dagang dan Kombo Mee Goreng Mamak yang mana ianya termasuk dengan 350ml air mineral. Nasi Dagang juga tersedia bagi pembelian dalam penerbangan AirAsia X.
Pelanggan bagi kedua-dua syarikat AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad sudah boleh mula menikmati menu tambahan baru ini bermula dari sekarang.
Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia | Pasukan pendapatan sampingan kami sentiasa melihat cara bagaimana kami dapat menambah baik pengalaman penerbangan bagi tetamu kami. Makanan semestinya memainkan peranan penting tetapi kami tidak hanya mahu menjual makann tetapi juga menggunakan pengalaman dalam penerbangan bagi mengenalkan hidangan Asean bagi kesemua tetamu kami. Kami berbesar hati memperkenalkan Nasi Dagang terlebih dahulu, yang mana adalah hidangan terkenal di Malaysia sebagai pengenalan, dan kami akan melihat memperkenalkan hidangan lain dari pelbagai tempat di Asean dalam pusingan Menu Asean"Santan" yang seterusnya.
Roti canai juga merupakan salah satu menu popular di negara kita yang mana korang harus cuba ketika terbang bersama AirAsia.
![Roti Canai AirAsia Roti Canai AirAsia]() |
Roti Canai AirAsia |
Banyak lagi hidangan best yang boleh dinikmati di dalam pesawat
AirAsia. Selain pra tempah makanan dalam penerbangan
AirAsia, pelanggan juga kini boleh menambah pencuci mulut yang manis dengan pilihan
"Maximise Your Meal"yang termasuk
Salted Caramel Cookie Bar dan
Kit Kat untuk hanya RM 7.
![]() |
Pemanis mulut |
Bagi mereka yang bersama kanak-kanak, untuk kedua penerbangan AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad kini boleh menikmati pra tempah hidangan kanak-kanak yang terdiri dari dua Burger Ayam Mini dan Ribena.
![Burger Ayam Mini Burger Ayam Mini]() |
Burger Ayam Mini AirAsia |
Jadi apa tunggu lagi, buat tempahan awal sebelum terbang bersama AirAsia untuk lebih banyak penjimatan.