PISANG GORENG SAMBAL KICAP DI JOHOR BAHRU | MY difahamkan bahawa PISANG goreng merupakan salah satu kudapan 'wajib' dan menjadi identiti rakyat Johor. Apa yang menariknya lagi, pisang goreng ini akan dimakan bersama sambal kicap. *agak aneh, tapi ternyata ianya sangat sedap.
![]() |
Pisang Goreng Mawar |
LOKASI PISANG GORENG POPULAR | Alang-alang MY dah berada di Johor Bahru, haruslah kena cari 'port' goreng pisang yang terkenal kan? Rezeki MY barangkali bila berkesempatan untuk singgah dan rasa sendiri pisang goreng ni di gerai yang cukup popular di Johor Bahru ni.
Apa yang lebih menarik port goreng pisang popular dan menjadi tarikan pelancong adalah Mawar Cafe di Jalan Sungai Chat, berhampiran Hotel Thistle (iaitu hotel dimana kami menginap) dan ianya betol-betol menghadap Pantai Lido.
Apa yang lebih menarik port goreng pisang popular dan menjadi tarikan pelancong adalah Mawar Cafe di Jalan Sungai Chat, berhampiran Hotel Thistle (iaitu hotel dimana kami menginap) dan ianya betol-betol menghadap Pantai Lido.
Mawar Cafe |
Gerai Mawar ini diberi dipanggi kerana dahulunya ia terletak berhampiran bangunan Majlis Wanita Johor (Mawar) dan mempunyai tarikan tersendiri iaitu menjual pelbagai jenis pisang yang menjadi teras perniagaannya. Jadi sehingga sekarang nama itu menjadi ikutan kepada semua pelanggan-pelanggan yang datang.
Address :
Banana Fritters Mawar 888,
Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru,
Johor Malaysia
GPS :
N01 27.767′ E103 44.474′
Anak pemilik, Noraznia Rasid, 25, berkata, antara jenis pisang yang digunakan untuk membuat pisang goreng di kafenya adalah pisang nipah, tanduk, nangka dan paling eksklusif adalah pisang raja.
HARGA PISANG GORENG | Dari segi harga, untuk pisang biasa RM 1 untuk 2 manakala untuk pisang raja, ianya hanya digoreng jika dioder khas dan ianya berharga RM2 untuk sebiji pisang.
![]() |
dapur terbuka |
![]() |
pelanggan boleh melihat sendiri cara penyediaan |
![]() |
juga boleh dibungkus untuk bawa balik |
Untuk melengkapkan pisang goreng ini, ia disediakan bersama sambal kicap cair. *nampak biasa, tapi korang kena rasa sendiri.
disediakan dengan sambal kicap |
Selain pisang goreng, pihaknya juga menjual kuih-muih tradisional dan moden, nasi lemak, pelbagai jenis mi dan roti berlauk yang turut menjadi tarikan pengunjung ke situ. Gerai ini dikatakan mula beroperasi pada tahun 2003. Waktu perniagaan ialah bermula pada 11.00 pagi sehingga 7.30 petang. Mereka beroperasi setiap hari kecuali hari sabtu.
![]() |
Rakan media |
Gerai ini dikatakan sentiasa penuh dengan pelanggan. *korang boleh tengok sendiri dalam foto. Tidak hanya dari penduduk setempat, mereka juga menerima kunjungan dari orang kenamaan dan artis. Jadi, korang pun kalau turun Johor Bahru ni kena datang dan rasa sendiri pisang goreng disini.
Foto www.feeqsays.com