Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

D'SAJI KL TITIWANGSA | RESTORAN TERPILIH DI KUALA LUMPUR

$
0
0



Restoran D'Saji KL Titiwangsabaru sahaja beroperasi pada tahun 2015 dimana lokasinya dulu merupakan Restoran Nelayan. Ianya mula diambil alih sepenuhnya oleh pengurusan Felda D'Saji pada bulan Mei 2015. Keunikan Restoran D'Saji KL Titiwangsa ini adalah kerana ianya merupakan sebuah restoran terapung. Lokasi Restoran D'Saji KL Titiwangsaini sangat mudah untuk dijejaki kerana ianya terletak di atas Tasik Titiwangsadan berdekatan dengan Istana Budaya.

Terapung di atas Tasik Titiwangsa
BUFFET | Untuk pengetahuan korang,  Restoran D'Saji KL Titiwangsa  mempunyai tiga jenis buffet iaitu Buffet Pagi, Buffet Tengah Hari dan Buffet Makan Malam.


BUFFET
BUFFET PAGI
Masa
7.30 pagi – 10.00 pagi (Sabtu & Ahad)
Harga
RM12+(dewasa)
Menu
Egg Counter (Omelette,Sunny Side Up), Nasi Lemak,Roti Bakar

BUFFET TENGAH HARI
Masa
11.30 pagi – 2.30 petang (setiap hari kecuali Jumaat)
Harga
RM 40+(dewasa)
Menu
Masakan Melayu seperti Telur Itik Masak Lemak, Ayam Kalio, Asam Pedas Ikan Tenggiri,Ayam Masak Lemak Cili Api

BUFFET MAKAN MALAM
Masa
6.30 petang – 10.30 malam (setiap hari)
Harga
RM45+(pemegang mykad)/ RM70+(bukan pemegang mykad)
Menu
Lamb with Kuey Teow, Live Counter Pasta, Carving Section Roasted Beef, Steamboat

A’LA CARTE |Selain konsep buffet, pelanggan juga mempunyai pelbagai pilihan makanan ala carte.


A’LA CARTE
Masa
2.30 petang – 6.30 petang (setiap hari)
Harga
*mengikut harga pada buku menu
Menu
Beef Short Rib, Lamb Bone “Gear Box”, Fried Kway Teow With Lamb

*Menu wajib rasa : Fried Kway Teow With Lamb
Pelbagai pilihan minuman
Fizzy Lime
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN | Bagi korang yang bertandang untuk makan malam, korang akan berpeluang untuk meyaksikan persembahan kebudayaan dan nyanyian akustik​. Persembahan kebudayaan akan bermula dari 8.00 malam sehingga 9.00 malam setiap hari.


ramah mesra bersama penari kebudayaan
group foto bersama penari kebudayaan
PAKEJ MAJLIS | Restoran D'Saji KL Titiwangsa juga ada menyediakan beberapa pakej seperti Pakej Pertunangan, Pakej Akad Nikah, Pakej Perkahwinan dan Pakej Aqiqah.


PAKEJ PERTUNANGAN
Harga
RM 5500 untuk 50 orang
Tempahan
Minimum 50 orang
Fasiliti



PAKEJ AKAD NIKAH
Harga
RM 6000 untuk 50 orang
Tempahan
Minimum 50 orang
Fasiliti
Bilik Persalinan, Surau Berhawa Dingin,Unit RELA Kawalan Lalu Lintas


PAKEJ PERKAHWINAN
Harga
Bermula dari RM30/seorang
Tempahan
Minimum 500 orang
Fasiliti
Bilik Persalinan, Surau Berhawa Dingin,Unit RELA Kawalan Lalu Lintas

PAKEJ AQIQAH
Harga
RM 5000 untuk 50 orang
Tempahan
Minimum 50 orang
Fasiliti


Selain dari majlis-majlis di atas, korang juga boleh sewa Restoran D'Saji KL Titiwangsa ini untuk sebarang event seperti majlis hari jadi, majlis rasmi, majlis tidak rasmi dan amcam-macam lagi. Ini kerana mereka mempunyai beberapa buah bilik dan ruang makan terbuka.



Untuk Maklumat lanjut Boleh rujuk :


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359