Siapa yang tidak kenal dengan
Stephen Chow (53), yang mana beliau merupakan seorang pelakon yang sangat popular dengan gelaran
“Raja Komedi”. Beliau pernah berlakon di dalam banyak filem komedi lama dan baru antaranya termasuk
Shaolin Soccer,
Kungfu Hustle,
CJ7 dan banyak lagi. Tapi setelah film
CJ7 di tahun 2008, Stephen mula tidak melibatkan diri di dalam berlakon dalam mana-mana filem
*korang perasan tak? , tetapi beliau telah menjadi produser, koreografer aksi, dan penulis naskah film
Journey to the West: Conquering the Demons.
Kini beliau telah muncul dengan filem komedi terbaru iaitu Filem The Mermaid. Sebenarnya di dalam film The Mermaid, beliau ada menyatakan hasrat untuk berlakon semula dan memegang watak sebagai Sotong Kurita (Octopus). Tetapi watak tersebut telah diambil alih oleh Show Luo atas sebab-sebab tertentu.
Konsep penceritaan film
The Mermaid ini mengingatkan
MY pada cerita tempatan yang dilakonkan oleh
Saiful Apek dan
Maya Karin iaitu
Duyung pada tahun 2008 dulu yang mana
merupakan sebuah filem cereka fantasi arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Jalan cerita yang hampir sama iaitu berkaitan dengan alam sekitar dan kisah percintaan.
Filem
The Mermaid ini bagi
MY sangat menghiburkan. Aksi komedi yang cukup membuatkan kita tidak henti untuk ketawa. Apa yang
MY kecewa sedikit kerana effect graphic yang mereka buat agak kurang menjadi.
*kurang nampak real. Tetapi dari segi jalan cerita, ia sangat menghiburkan dan mempunyai nilai-nilai pengajaran.
Filem
The Mermaid ini telah dilakonkan oleh Deng Chao, Show Luo, Kitty Zhang, dan pendatang baru industri lakonan iaitu Lin Yun,
The Mermaid telah mula ditayangkan di Malaysia sejak 8 Februari 2016 yang lepas.