Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

ASAM PEDAS SEBAGAI JUADAH BERBUKA PUASA DI SWISS GARDEN HOTEL KUALA LUMPUR

$
0
0


Agak kelewatan kami sampai di preview ramadhan di SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES KUALA LUMPUR memandangkan jalan dari Damansara menuju ke Kuala Lumpur jammed teruk tambah pula dengan hujan yang sangat lebat.

Alhamdulillah, kami sampai dengan mudah mungkin kerana lokasi SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES KUALA LUMPUR itu sendiri tidak terlalu susah untuk dijejaki. Bagi mereka yang menggunakan public transpot, ianya mudah dijejaki kerana berdekatan dengan stesyen Hang Tuah dan Pudu Raya.


Tetamu yang hadir pada preview buffet ramadhan ni sangat ramai walaupun hujan lebat. Ini mungkin petanda bahawa semua orang tidak mahu melepaskan peluang untuk menjamu selera dengan hidangan hebat dari dapur Swiss Garden ni barangkali. *ya memang tidak salah.

Untuk pengetahuan korang, Buffet Ramadan di SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES KUALA LUMPUR ini ada menyediakan lebih dari 100 jenis pilihan menu berupa salad & kerabu, sup, makanan panas, pencuci mulut dan pelbagai minuman penghilang dahaga untuk berbuka puasa.


Hidangan tradisi yang boleh korang dapat di sini pula adalah seperti Asam Pedas Melaka, Rendang Kambing Tok, Tempoyak Ikan Patin, Laksa Buyong dan pelbagai pilihan menu lagi. *asam pedas dia korang kena cuba, tak cuba menyesal tau.


Bagi mereka yang sukakan makanan kelantan, boleh rasai sendiri keenakan Nasi Dagang Kelantan yang mana ianya menggunakan beras hitam dengan 2 pilihan lauk berbeza iaitu gulai ayam dan ikan tongkol. *memang sedap, saya sendiri tambah 2 kali kot. huhuhu

Nasi Dagang Kelantan

Diruangan ini ada tersedia pelbagai jenis makanan laut seperti Siakap BakarIkan Pari BakarKupang dan lain-lain yang sangat segar. Keenakan menu yang dibakar di dapur mereka lagi memberi kesan bila dicicah dengan air asam yang betol-betol mengancam.

Fresh  Seafood

Bagi penggemar sup, pelbagai jenis sup boleh korang rasa disini. Pilih sahaja apa yang diinginkan, dari daging, tulang, perut, ayam dan pelbagai lagi.

Pelbagai jenis pilihan sup

Hidangan pencuci mulut pula sangat lengkap dengan adanya Bubur cha-cha Nyonya Melaka, Serawa Durian, Kuih-Muih Nyonya, Pengat Pisang dan pelbagai menu lain. Jangan lupa untuk rasa Homemade Creme Caramel atau Ais Kacang sebagai penutup hidangan bebuka puasa korang.


Apa yang lebih menjadi perhatian kami di sini ialah Kek Durian yang mana ianya dikatakan sangat popular dan menjadi signature kepada Swiss Garden ni. Memang tidak tipu, ianya sangat sedap seolah-olah korang sedang menikmati durian sebenar yang lembut dan sejuk. *tak hairan kek durian ni habis dimakan oleh kami je. eh eh




Untuk maklumat harga korang boleh rujuk dibawah ni. Pastikan korang membuat tempahan awal untuk mendapatkan harga diskaun sebanyak 30%.


Untuk menempah early bird promo korang boleh terus akses ke link Tempahan “Online” [KLIK] ni atau terus hubungi mereka di 03-27851111 ext 1190 atau email ke ashvini.munusamy@shrkl.swissgarden.com / flavors@shrkl.swissgarden.com.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359