Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

Berus Cat Dari Bulu Babi | Cara Mengenal Bulu Babi


Berus Cat Dari Bulu Babi | Cara Mengenal Bulu Babi| Produk berasaskan bulu Babi pula boleh dikenal pasti secara Visual, Kedudukan susunan berus itu bersilang antara satu sama lain dan bercabang pada hujungnya. Kalau susah sangat nak kenal pasti, bakar sedikit hujung berus, kalau bau rambut terbakar maknanya bulu binatanglah. Lazimnya berus yang dibuat dari bulu babi dilabelkan sebagai PURE BRISTLE. Disini wa berikan contoh berus yang mungkin korang pernah lihat :

Types Of  Hair & Bristle No 10 = Bulu Babi ( Hujungnya Bercabang )


PERHATIKAN berus colour yang digunakan anak2 anda dirumah ??

Bagaimana berus ini? Digunakan oleh kaum ibu untuk kek atau bakeri?

Bagi kaum Bapa pula… berus ini untuk memberus kasut atau songkok????

Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir; hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)

2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.

3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.

4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.


Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil Bristle kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi, berhati-hatilah.. Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi.

sumber Facebook.



p/s : asudah... sebelum-sebelum ni aku rasa macam dh terkena je... kalau beli berus je main hentam je..ayarkkkkkkkkkkk


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359