MENGENAI IRDKL MALL SHAH ALAM
Pusat hiburan keluarga ini dimiliki sepenuhnya oleh syarikat hartanah IRDK Land Sdn Bhd, dan juga merupakan di bawah pimpinan IRDK Land Group Of Companies. Antara perkhidmatan yang disediakan IRDKL Mall Shah Alam ini ialah Karaoke, Wayang (TSR Cinemax), Virtual Arcade Games, Digital Dart, British Pool dan Children Arcade.
Untuk pengetahuan korang, walaupun ia dikenali sebagai "IRDKL Mall" ianya bukanlah seperti pusat membeli belah yang biasa kita kunjungi. Apa yang saya faham ianya merupakan lokasi sesuai untuk dijadikan tempat lepak dan berhibur bersama keluarga dan kawan-kawan.
HIBURAN DI IRDKL SHAH ALAM
HIBURAN DI IRDKL SHAH ALAM
TSR Cinemax (Tingkat 10, 11 & 14)
Kami berkesempatan untuk menonton wayang filem 'Abang Long Fadil 2' di dalam panggung wayang TSR Cinemax. Untuk pengetahuan anda, TSR Cinemax dilengkapi dengan projektor 4K dengan bahagian atas garisan Harkness, teknologi audio Dolby Atmos, Auromax, DTSX, Klipsch yang pasti memberi impak dan kesan bunyi khas sewaktu menonton wayang.
Satu perkara yang menariknya tentang TSR Cinemax ini, part makanan memang lain dari yang lain sebab menghidangkan nugget tempura, burger dan hot dog. Harga pula memang sangat murah dari mana-mana wayang yang pernah saya pergi, Nugget Tempura (15 ketul) hanya RM12 sahaja. Selain itu, seperti biasa mereka juga menjual popcorn, kudapan dan air dengan harga yang berpatutan. Jika anda berminat nak tengok wayang di TSR Cinemax, anda boleh muat turun aplikasi TSR Cinemax di Google Play Store. Boleh tengok filem yang ditayangkan serta boleh beli online lagi tau.
Virtual 9D Arcade (Tingkat 13)
Seterusnya, pemainan Virtual Reality 9D yang menjanjikan keseronokan kepada anda. Dengan hanya RM13, anda dapat merasai dua kali pengalaman menonton video dalam versi 9D. Terdapat lebih dari 50 video VR yang anda boleh pilih. Selepas pilihan video VR pilihan anda, anda akan duduk dan dipasangkan alat VR dikepala.
Saya sendiri berpeluang mencuba Virtual Reality 9D. Macamana agaknya perasaan kita menaiki roller coaster di dalam gua arang batu? memang best!!
Video Simulator (Tingkat 13)
Tahukah anda? Dengan RM10.00 anda boleh cuba permainan Video Simulator kereta lumba yang memberi kepuasan seperti menaiki kereta lumba yang sebenar. Saya dan afzal sempat merasa naik kereta lumba ini, ternyata memang terasa gegarannya.
Katanya permainan Video Simulator kereta lumba ni adalah paling laris kat sini. Jadi korang pun patut cuba okay.
Karaoke Keluarga - Melody (Tingkat 12 & 15)
Bagi penggemar karaoke, korang wajib untuk datang ke sini. Di IRDKL Mall Shah Alam, turut disediakan Karaoke Keluarga-Melody. Setiap bilik karoke mereka merupakan kedap bunyi. Harga bermula RM25/jam untuk sebilik. Untuk info harga bilik Karaoke Keluarga - Melody, sila klik sini.
Children Arcade Games (Tingkat 13)
Nak bawa anak jalan-jalan? Mungkin anda boleh cuba ke sini, Children Arcade Games. Disini anda dihiburkan dengan permainan-permainan arcade yang mencuit hati anak-anak anda serta menggamit memori anda masa kecil dulu. Ada game tembak, game racing motor dan kereta serta banyak lagi. Purata harga untuk setiap game ialah RM3.00. Menarik kan?
Digital Darts (Tingkat 10 & 13)
Permainan Dart pon best juga. Kepada penggemar pemainan dart, IRDKL Mall menyediakan 7 mesin dart digital untuk anda dan ia selamat digunakan kerana tiada penggunaan logam di penghujung dart.
KEMUDAHAN LAIN
Kalau lepak disini jangan lupa untuk check in dan update media sosial korang kerana IRDKL Mall juga ada menyediakan perkhidmatan WIFI PERCUMA untuk para pengunjung. Selain dari itu, IRDKL Mall juga ada menyediakan perkhidmatan seperti Foodcourt dan Dewan (TSR Hall) yang sangat besar untuk disewa. Bagi pengunjung muslim, korang tak perlu risau kerana surau untuk lelaki dan wanita juga ada disediakan.
TSR Conference Hall (Tingkat 16 & 17)
TSR Conference Hall adalah dewan (hall) yang sesuai untuk majlis-majlis keramaian atau majlis perkahwinan. Ianya cukup besar dan kelihatan cukup mewah dengan hiasan lampu yang sangat cantik. Di Dewan ini juga boleh diadakan kursus, seminar, team building , pelancaran produk dan sebagainya. Harga kos sewaan di TSR Conference Hall ini ialah RM25,000 (untuk dewan sahaja untuk satu hari).
Di TSR Conference Hall juga turut disediakan VVIP Lounge untuk mereka yang ingin meraikan vip-vip, harga bermula dari RM2000-3000. Saya sendiri berpeluang melihat VVIP Lounge ni, memang mewah dan selesa tau. Turut disediakan surau dibahagian VVIP ini.
Siapa dekat area Shah Alam ni wajib datang kesini tau kalau nak menonton wayang. Ramai diantara kawan-kawan saya sendiri yang tinggal di area Shah Alam menjadikan TSR Cinemax sebagai lokasi favourite mereka untuk menonton wayang.
Alamat:
IRDKL Mall, Shah Alam
No.1, Jalan Serai Wangi M 16/M,
Alam Avenue 2, Seksyen 16,
40000 Shah Alam,
Selangor Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai IRDKL Mall, Shah Alam, sila layari :
atau, sila hubungi :
Tel: (+603) 5522 2229
Email : enquiry@irdklmall.com