DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR | Terletak di tepi tebing Sungai Selangor, De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan kepada anda suasana percutian yang cukup tenang. Untuk pengetahuan korang De Palma Eco Resort Kuala Selangor ini terletak dekat dengan pusat bandar Kuala Selangor hanya dalam beberapa minit perjalanan. Jadi secara tidak lansung ianya memakan masa hanya beberapa minit dari lokasi popular Bukit Malawatiiaitu sebuah lokasi bersejarah dimana berdirinya sebuah rumah api, muzium sejarah dan rumah-rumah kolonial lama yang dibina pada zaman British dahulu kala.
De Palma Eco Resort Kuala Selangor ini merupakan sebuah tempat percutian berkonsepkan chalet yang menawarkan aktiviti team building dan mendekati alam flora dan fauna. Mereka mempunyai 48 buah chalet dan 12 buah villa untuk disewa. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV plasma, bar mini di suite, telefon.
Bilik yang saya dan rakan blogger Rafzan Tomomi inap pada tempoh hari adalah Deluxe (Triple Sharing) dimana harga asalnya ialah RM295.00++ dan harga promosinya boleh mencecah sehingga RM 165.00++. Bilik jenis ini merupakan bilik paling murah diantara bilik-bilik jenis lain.
Oleh kerana mereka kearah resort patuh syariah (shariah compliant), Al-Quran, sejadah dan buku islamik turut disediakan di dalam bilik. Selain itu mereka juga mempunyai sebuah surau dimana mempunyai Imam dan bilal tetap untuk meyempurnakan setiap waktu solat wajib.
Kemudahan lain di De Palma Hotel Kuala Selangor adalah seperti berikut:
- Surau (bersama Imam tetap)
- Kolam renang
- Bilik-bilik mesyuarat / jamuan
- Kemudahan Wi-Fi percuma (hanya di lobi hotel)
- Perkhidmatan dobi
- Keselamatan 24 jam
- Bilik-bilik
- Perkhidmatan Shuttle
- City Tour (atas permintaan)
AKTIVITI DI DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR
Aktiviti menunggang kuda
Aktiviti team building
De Palma Hotel Kuala Selangor
Alamat:
Jalan Tanjung Keramat,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603-3289 7070
Fax: +603-3489 7080
Email: info@depalmahotel.com
LOKASI YANG MENARIK DI BOLEH DILAWATI SEKITAR DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR
Selain dari beraktiviti di sekitar resort, banyak lokasi menarik yang boleh korang kunjungi berdekatan dengan De Palma Hotel Kuala Selangor ni. Antaranya seperti Bukit Malawati, Taman Alam Kuala Selangor, Kelip-kelip Kg. Kuantan, Sasaran (Skymirror), dan Pasar Basah & Kering Pasir Penambang.