28 Disember 2017 yang lepas, saya dan beberapa rakan telah memenuhi jemputan KFC Malaysia di KFC CHIZZA CHICKEN X PIZZA FANS PARTY. Majlis ini adalah sempena mempromosikan produk terbaru mereka iaitu KFC Chizza. Produk terbaru ini telah menampilkan adunan citarasa ayam goreng bersama pizza yang unik dan menyelerakan. Majlis tersebut telah berlansung di GSC NU Sentral.
1.0 KFC CHIZZA CHICKEN X PIZZA FANS PARTY
Berbeza seperti sebelum-sebelum nya, untuk kali ni KFC Malaysia telah menganjurkan KFC Bloggers Party dengan kerjasama GSC dengan menonton filem Pitch Perfect 3. Untuk kali ni, jemputan adalah bersama plus 2. *jadi total jemputan adalah 3 orang.
Seawal jam 6.30 petang lagi pendaftaran telah dibuka, terdapat juga photbooth untuk bergambar sementara menunggu masuk ke pawagam. Kami juga telah dibekalkan dengan KFC Chizza, wedges popcorn dan air mineral sebelum masuk ke pawagam.
Sebelum tayangan filem Pitch Perfect 3 bermula pada jam 8.00pm, kami telah dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti teka lagu dan persembahan koir. Pemenang pertandingan teka lagu menerima hadiah berupa voucer dari KFC.
KFC Chizza Chicken Pizza Party merupakan acara eksklusif meraikan KFC Fans dengan hidangan terkini KFC Chizza.
1.1 KFC CHIZZA
KFC Chizza - “Piza Sedap Hingga Menjilat Jari”, kombinasi sempurna filet ayam Hot & Spicy bersama isi pizza dengan ramuan seperti ketulan nanas, bawang, herba, keju mozarela dan sos pizza tomato.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
KFC Chizza |
KFC Chizza masih mengekalkan ayam goreng sebagai ciri utama hidangan tetapi disuntik dengan sedikit kelainan yang harus dicuba oleh semua penggemar KFC dan pizza. Gabungan terbaik 2 hidangan kegemaran ramai. Isi piza ditampilkan bersama filet ayam Hot & Spicy sebagai pelengkap kerak piza.
KFC Chizza boleh didapati secara a la carte bermula hanya RM7.90. Ia juga boleh didapati di dalam kombo yang didatangkan bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbonat. Anda juga boleh menikmati Chizza Box untuk pilihan yang lebih mengenyangkan, bersama seketul ayam goreng KFC Original atau Hot & Spicy, Crispier Fries dan air minuman ringan berkarbonat. Ia kini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara sementara stok masih ada.
Layari maklumat lanjut KFC Malaysia korang boleh rujuk di laman sesawang mereka di www.kfc.com.my.