Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

BOAT NOODLES PERKENALKAN EMPAT MENU BAHARU


Sudah lama rasanya tak lepak makan kat Boat Noodles, dah hampir setahun rasanya! Tempoh hari sempat jugak lepak di Boat Noodles di Empire Damansara pekena menu baharu mereka. Untuk pengetahuan korang, 4 menu baharu yang mereka perkenalkan ini bukanlah kekal dan sentiasa ada seperti menu-menu lain mereka sebelum ini kerana ianya terhad sehingga hujung bulan februari (2018) ini sahaja.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Bersama rakan blogger

1.0 MENU BAHARU BOAT NOODLES

Empat (4) menu baharu yang dimaksudkan itu meragkumi dua (2) jenis minuman iaitu Blue Butterfly, Mango Smoothie, dan dua (2) jenis makanan iaitu Prosperity Yum (Beef/Chicken) dan Thai Fried Chicken.

1.1 BLUE BUTTERFLY

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Blue Butterfly
Blue Butterfly
Minuman yang cukup unik berperisa soda dan lemon. Apa yang menariknya, saya difahamkan bahawa air ini diperbuat daripada pewarna bunga telang. Keunikannya, apabila jus lemon dicampurkan kedalam ke dalam gelas, air yang berwarna biru terang bertukar menjadi warna unggu dengan sekelip mata.


1.2 MANGO SMOOTIES

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Mango Smooties
Sekarang ni cukup popular dengan kehadiran jus mangga / mangga susu. Memandangkan ianya merupakan salah satu minuman yang cukup popular di Thailand, Boat Noodles juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan Mangga Smooties versi mereka. Dengan menggunakan buah mangga yang fresh ianya dikisar halus menjadi minuman jus yang cukp enak.

1.3 PROSPERITY YUM

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Prosperity Yum
Kali ini Boat Noodles memperkenalkan hidangan mee berperisa tomyam. Korang boleh membuat 2 pilihan mee iaitu  Thai Rice Noodles dan juga Springy Noodles. Saya lebih suka perisa tomyam ni berbanding dengan perisa lain yang boat noodles ada sebelum ni. Rasa tomyamnya yang bersantan tu memang sangat menyelerakan.


1.4 THAI FRIES CHICKEN

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Thai Fried Chicken
Antara kesemua menu baharu ni Ayam goreng ini paling saya suka. Kami sendiri makan berpinggan-pinggan masa ke sini tempoh hari. Rasa rempah dia tu memang sebati, kalau tak cicah sos pun dah okay. Kalau tanya saya, sepinggan ni memang cukup saya makan sorang je kot. hehe


Tak rugi kalau nak cuba semua menu baharu dari Boat Noodles ni. Kalau nak cuba kena cepat-cepat sebab menu ni hanya terhad sampai hujung Februari 2018 ni sahaja.

Apapun, untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Boat Noodle ini, korang boleh terus layari medium social media mereka di:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359