Baru-baru ini saya telah menulis satu artikal berkenaan dengan PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2018). Untuk pengetahuan korang semua, pertandingan ini telahpun bermula pada 7 April 2018 yang lepas.
1.0 PENCARIAN WANITA MELAYU 2018
Untuk pengetahuan korang, tahun 2018 merupakan tahun kelima penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2018) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk merebut gelaran Ikon Wanita 2018. Apa yang lebih istimewa kali ini, pihak Plaza Shah Alam sebagai penganjur utama membuka peluang buat gadis “Curvy” untuk turut serta mencuba nasib bergelar Ikon Wanita Melayu.
Penyertaan secara dalam talian telah dibuka untuk peserta mendaftar sejak akhir Januari 2018 lalu menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com dengan syarat lengkap penyertaan.
Sesi uji bakat bakal diadakan pada 7 April 2017 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan. Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.
1.1 “MALAY GIRLS RULE!”
Seiring dengan kempen global woman empowerment yang semakin hangat diperkatakan, pihak Plaza Shah Alam mengambil peluang serupa dangan menggunakan tag line“MALAY GIRLS RULE!” yang akan menjadi tag line rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu 2018 tahun ini.
1.2 MENTORING SESSION
Buat pertama kalinya sesi mentoring akan diadakan pada tahun ini buat 12 finalis yang terpilih. Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain pemenang Pencarian Wanita Melayu tahun lalu.
Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke sesi final PWM2018.
1.3 HABIB JEWELS SELAKU PENAJA UTAMA PENCARIAN WANITA MELAYU 2018 (PWM2018)
Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini bersama ICE-WATCH. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 adalah Elianto Makeup, ARCO.MY, D’Qapas, Original Classic (OC), NRCosmetics (NRC), Shaiful Azley Affaley dan Ani Catering & Wedding Planner.
- 5 April 2018 : Press Conference Pencarian Wanita Melayu 2018
- 7 April 2018 : Sesi Uji Bakat
- 21 April 2018 : Semi-final Pencarian Wanita Melayu 2018
- 22 April 2018 : Mentoring Session, Rock Climbing, Kelas Etika, Perundingan Imej & Sesi Fitting Acara Final, Sesi Fotografi
- 23 April 2018 : Kelas & Demo Solekan Bersama ELIANTO Lokasi: Elianto HQ, Mid Valley
- 25 April 2018 : Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)
- 26 April 2018 : Pertandingan Memasak Bersama Chef Liza Lokasi: Plaza Shah Alam
- 28 April 2018 : Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 Lokasi: Plaza Shah Alam Masa: 2 – 5 Petang
Untuk memberi kelainan, buat pertama kalinya Pencarian Wanita Melayu memperkenalkan pengacara lelaki bagi acara separuh akhir dan acara kemuncak final PWM2018. Karl Shafek diberi kepercayaan mengemudi acara ini sebagai pengacara dan bakat baru meningkat naik, Ismail Izzani akan membuat persembahan di acara kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 yang abakal berlangsung pada 28 April ini.
Semoga berjaya kepada semua finalis, untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini korang boleh ikuti di www.facebook.com/PencarianWanitaMelayu.