Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

BERBUKA PUASA DENGAN MENU LOBSTER DI GRANDMAMA’S

$
0
0
Pejam celik pejam celik Ramadan sudah menjengah kembali. Semoga kita semua bersedia untuk menempuhi bulan yang mulia ini. 

Bila berbicara pasal bulan puasa sahaja pasti kita akan terfikir nak berbuka kat mana, nak berbuka dengan apa dan pelbagai lagi persoalan lain yang muncul. Apa kata kalau Ramadan kali ini anda berbuka bersama lobster? 


Ya, walaupun jarang untuk kita berbuka bersama lobster, namun untuk kelainan bolehlah anda berkunjung ke Restoran Grandmama’s ini. Terdapat pelbagai menu menarik untuk anda cuba di samping menu utamanya iaitu lobster.

HIDANGAN LOBSTER

Untuk makluman anda semua, terdapat 2 jenis hidangan lobster yang boleh dipilih untuk set Perghhh.. Sedap! Jom Lobster ini. Hidangan tersebut adalah sama ada kari lobster ataupun lobster masak merah. Kedua-dua lobster ini terdapat kelebihan masing-masing dari segi rasa dan teksturnya.


Untuk kari lobster, bagi saya masakan ini sememangnya patut anda cuba. Kerana rasa untuk hidangan ini sememangnya lain dari kari Melayu yang biasa kita makan. Kelembutan lobster bersama rempah ratus kari tersebut membangkitkan lagi rasa hidangan ini.


Untuk lobster masam manis pula, rasanya cukup sedap dan sesuai untuk dinikmati oleh semua golongan. Anak-anak kecil juga boleh makan kerana rasa masam manisnya yang sesuai untuk selera anak kecil. Rasa masam manis menjentik deria rasa kita untuk cuba lagi dan lagi.

SEDAP DISHES

Selain hidangan lobster, terdapat juga hidangan sampingan yang boleh anda pilih bersama set yang anda inginkan. Apa yang boleh saya katakan, hidangan sampingan ini sememangnya melengkapkan hidangan utama iaitu lobster tersebut .


Hidangan yang saya telah cuba dan rasa adalah seperti berikut.

Burung Puyuh with Homemade Chili Sauce

Rendang ayam

Stir Fried Kailan

Sweet & Sour Fish Fillet


Tauhu Jepun

Harga Set Lobster

Untuk hidangan Perghhh.. Sedap! Jom Lobster ini terdapat 2 set yang para pelanggan boleh pilih, iaitu set A dan set B.


Untuk set A, anda boleh memilih hidangan lobster bersama 3 hidangan sedap dishes yang lain. Ianya sesuai untuk dinikmati oleh 2 hingga 3 pax. Untuk set ini, harganya adalah hanya RM238+.


Bagi set B pula, anda boleh memilih hidangan lobster yang anda inginkan di samping 5 hidangan sedap dishes yang lain. Untuk hidangan ini, komposisinya sesuai untuk dinikmati sehingga 5 pax. Ianya pula berharga RM388+ sahaja. *menarik bukan?

Selain daripada itu, hidangan set ini juga didatangkan dengan kuih-muih, kurma, keropok ikan, nasi dan sambal belacan. Yang menariknya, nasi boleh ditambah secara percuma. Makanlah kalian sampai puas.

Buah Kurma

Keropok Ikan

Kuih Muih

Cawangan Grandmama’s

Untuk makluman semua, promosi ini bermula dari 17 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018 dan hanya terdapat di Grandmama’s cawangan Pavilion KL dan juga di Intermark Mall.

Rancang tempahan anda supaya anda dapat menikmati hidangan yang sedap ini. Memang saya syorkan kepada anda semua untuk menikmati hidangan di sini kerana saya yakin ianya dapat memuaskan taste buds anda semua.

Tempahan

Untuk sebarang tempahan dan maklumbalas bolehlah menghubungi mana-mana medium di bawah:

GRANDMAMA'S (Intermark Mall)

Lot G-12, Intermark Mall, 
348 Jalan Tun Razak, 
50400 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2181 2839
Fax: 03-2181 2839

Email: 

GRANDMAMA'S (Pavilion KL)

Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion KL, 
168 Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2143 9333
Fax: 03-2143 9222

Email: 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359