Puasa dah makin hampir, jadi bermulalah episod membuat persiapan raya kerana tempoh sebulan sebelum raya sudah semestinya sibuk dengan hal-hal lain lagi. Nak-nak hal tempahan kuih raya dan sebagainya. Kalau bercerita berkenaan kuih raya ni, bagi mereka yang pandai masak dan ada banyak masa mestilah tidak menjadi masalah kan.
Bagi mereka yang bekerjaya hanya mampu beli jelah kan, termasuklah saya sendiri. Tapi kalau nak beli kuih raya ni kena hati-hati, make sure sedap dan berkualiti. Silap beli tabur belakang rumah pun ayam tak makan.
Kalau korang pernah ke menara mara / Busana Menara MARA, mesti korang perasan ada satu booth yang jual pelbagai jenis biskut dan kuih raya berdekatan dengan lift kan. Saya sendiri pun perasan, kalau pergi sana je, nak naik lift mesti akan terdetik kat fikiran "sepanjang tahun ke dia jual kuih raya ni".
MY DELICACIES
Kalau korang nak tahu, booth tersebut merupakan booth MY DELICACIES dari Suriniaga. MY DELICACIES ada menjual lebih kurang 100 produk makanan kering termasuk serunding, kuih muih raya, kudap kudapan seperti kerepek/maruku, sambal hitam dan lain lain lagi.
MY DELICACIES mula ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Puan Suhaily Hamzah bagi membantu usahawan usahawan kecil diluar sana untuk memasarkan produk mereka. Untuk pengetahuan korang, pengasas MY DELICACIES iaitu Puan Suhaily adalah seorang yang sangat teliti dalam pemilihan produk produk yang bakal dipasarkan di kedai beliau.
Ini adalah untuk memastikan pelanggan yang membeli produk makanan di MY DELICACIES berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkan oleh mereka. Tidak hairanlah sejak MY DELICACIES dibuka, mereka telah memiliki ramai pelanggan tetap dari seluruh malaysia termasuk dari negara Brunei.
1.0 MAJLIS PELANCARAN "SHOPLOT"
Pada hari sabtu yang lepas iaitu bertarikh 12 Mei 2018, mereka telah mengadakan majlis pelancaran sempena pembukaan 'shoplot' baru mereka di Busana @ Mara. Ini merupakan outlet ke dua (2) mereka yang terletak di Busana Menara MARA.
Membuka cawangan baru di Busana menara MARA menunjukkan bahawa perniagaan mereka kini sedang berkembang pesat dan makin berjaya. Untuk pengetahuan korang, cawangan pertama MY DELICACIES terletak di Jakel Mall. Mereka juga membuka booth di kedua dua tempat ini untuk memudahkan pelanggan membeli produk produk mereka.
Dengan memegang tagline "Hari Hari Rasa Raya" mereka menjanjikan jualan kuih raya pada sepanjang tahun untuk pelanggan-pelanggan mereka. Konsep yang cukup menarik kerana pelanggan mereka boleh menikmati biskut atau kuih rasa sepanjang tahun tanpa perlu menunggu musim perayaan tiba.
Jadi, sekiranya korang ingin mendapatkan produk produk makanan yang pelbagai dan sedap ini bolehlah berkunjung ke MY DELICACIES di cawangan Jakel Mall dan Busana menara Mara. Rujuk info info dibawah untuk maklumat lanjut berkaitan MY DELICACIES.
My Delicacies Busana menara Mara
Lot No. 01-03 Aras 1,
Busana@Menara MARA,
232 Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
My Delicacies Jakel Mall
Lot G04 (Ground Floor),
Signature A&B Lot 159,
Jakel Square Persiaran Capsquare,
Off Jalan Munshi Abdullah,
50100 Kuala Lumpur
Facebook
Instagram