Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

6 TIPS JIMAT TRAVEL KE BALI INDONESIA

Bercuti dengan bajet yang rendah dan best adalah impian setiap orang. Lagi best kalau ianya merupakan percutian yang ditanggung sepenuhnya dan bercuti secara percuma. Tapi sejauh mana bernasib baiknya diri kita untuk semua itu kan? Tapi kalau tidak bernasib baik terpaksalah menabung untuk realisasikan impian percutian kita tu.

Ramai diantara kita takut untuk bercuti di luar dari Malaysia kerana memikirkan tentang kos yang bakal mereka keluarkan jika berada di sana nanti. Terlalu banyak hal yang perlu difikirkan termasuk penginapan, kenderaan, makanan dan sebagainya. Tak perlu terlalu takut untuk travel kerana ada banyak tempat yang korang boleh pergi tanpa memerlukan kos yang tinggi.

BALI

Jika bercerita mengenai BALI, ianya merupakan sebuah destinasi yang cukup popular bagi mereka yang sedang berpacaran dan suami isteri kerana ianya dikatakan sebuah lokasi yang sangat unik dan romantik. Secara geografinya, BALI terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok, dan mempunyai banyak sangat lokasi-lokasi yang menarik. Selain dari itu ia juga sering dikaitkan sebagai salah sebuah destinasi percutian exclusive di Asia Tenggara. Walaubagaimanapun, ada caranya untuk bercuti ke bali dengan kos yang sangat rendah.


Mungkin dulu boleh digunakanlah term "destinasi percutian exclusive" ini. Sekarang ianya sudah tidak valid dan sudah ramai berjaya melancong ke BALI dengan kos yang rendah. Bagaimana caranya tu? Jom baca perkongsian saya dibawah.

1# TIKET PROMO

Hal yang utama kalau ingin bercuti keluar negara adalah membeli tiket pesawat atau pelbagai kenderaan lain yang sesuai mengikut tempat. Ramai diantara kita akan putus asa bila melihat harga tiket pesawat khususnya yang terlalu tinggi.


Jangan terlalu kecewa, untuk pengetahuan korang harga tiket pesawat adalah tidak tetap dari masa kesemasa. tengok pada nasib anda atau tunggu waktu mereka membuat promosi. Kebiasaannya harga akan jatuh jauh berlipat kali ganda dari harga asal. Jadi inilah peluangnya untuk korang beli.

2# TRAVEL SECARA BERKUMPULAN

Banyak kelebihan yang boleh korang dapat jika travel secara berkumpulan lebih dari 2-3 orang. Yang pasti ianya cukup menjimatkan kerana harga penginapan, kenderaan atau supir sudah boleh dibahagi-bahagi. Jadi lagi ramai lagi jimat bukan?


3# ITINERARY DAN SUPIR

Pentingnya itinerary adalah dapat membantu korang dalam pengurusan masa. Selain dari itu ia juga dapat mengelakkan korang dari membazir menggunakan duit oleh kerana kesilapan kecil yang tidak sepatutnya berlaku semasa dalam proses perjalanan korang menggunakan khidmat supir.

Supir juga perlu dicari dan dipilih dengan teliti, cuba minta cadangan dari kawan atau saudara anda yang pernah kesini. Kebiasaannya perkhidmatan supir hanyalah 10-12 jam sehari dengan nilai yang dipersetujui untuk sehari. Pemilihan supir ini sudah termasuk dengan kos kenderaan. Jadi jika korang mempunyai satu itinerary perjalanan yang bagus, ianya sudah semestinya menjimatkan dan memudahkan.

Jika anda ingin melakukan aktiviti malam di sekitar area hotel selepas khidmat masa supir anda tamat. Korang juga boleh cuba alternatif lain seperti perkhidmatan Grab untuk kemana-mana. Tapi korang perlu berhati-hati, jika ingin menggunakan perkhidmatan Grab kebanyakkan destinasi popular di BALI dikawal ketat oleh kumpulan pemandu teksi rata-ratanya tidak membenarkan Grab untuk mengambil penumpang di kawasan mereka. 

5# PENGINAPAN

Jika bercerita mengenai hal penjimatan semasa travel, hostel murah cukup sinonim bagi mereka yang bergelar backpackers dan traveller kos rendah. Mungkin bagi mereka sebagai backpackers sudah terbiasa dan okay dengan keadaan hostel berkos rendah itu, tapi bagi sesetengah orang pula sangat cerewet dan perlukan privacy pada hal-hal sedemikian. Tapi ada ke hotel biasa yang selesa dan tidak perlu berkongsi bilik dan bilik air dengan kos rendah? Kalau korang tak baca artikel ni mungkin korang tak tahu.

Sebenarnya ada, dan salah satu cara untuk mendapatkan bilik hotel yang murah adalah melalui Zenrooms.com misalnya kerana mereka merupakan rangkaian hotel bajet pilihan ramai! 

BALI - ZEN Rooms Uluwatu Complex


BALI - ZEN Rooms Uluwatu Complex

BALI - ZEN Premium Batu Belig


BALI - ZEN Premium Batu Belig

Tengok pada kondisi biliknya sangatlah bagus dan yang paling penting harga yang ditawarkan pun memang paling murah terutamanya di sekitar Asia Tenggara. Selain dari Bali Zenrooms.com juga ada di beberapa negara lain seperti Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura, Hong Kong, dan Sri Lanka.

6# MAKANAN

Jika dulu, pelancong yang beragama Islam akan mengalami sedikit kesukaran dari segi mendapatkan makanan HALAL oleh kerana  majoriti dari penduduk BALI adalah pemeluk agama Hindu. Dan ianya menjadi salah satu sebab kenapa ramai rakyat Malaysia bercuti di bali membawa makanan kering sendiri dari Malaysia, ini sudah menjadi salah satu tips untuk lebih jimat jika travel di BALI.


Tapi, jika anda di bali pada masa sekarang, masalah untuk mencari restoran sudah tidak lagi berlaku kerana banyak restoran-restoran yang halal boleh korang jejaki sekitar BALI. Jadi bagi mereka yang malas untuk membawa makanan kering dari Malaysia, mereka boleh ke mana-mana restoran masakan padang yang halal kerana mereka sudah semestinya menawarkan makanan dengan harga (untuk rakyat tempatan) yang sangat murah. Selain dari itu, korang boleh ke Cafe Seafood Muslim yang berlokasi di Jalan Kediri No. 60 D, Kuta untuk menikmati seafood yang murah.

Jadi bagi korang yang mempunyai bucket list ke BALI, sudah tak perlu risau lagi tentang kos yang korang bakal keluarkan. Saya yakin!! kalau kena pada gayanya, korang hanya perlu berbelanja bawah RM1000 untuk trip 4-5 hari di BALI. Apapon selamat bercuti.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359