Kini korang boleh balik ke kampung atau kemana-mana destinasi termasuk ke Singapura dan Thailand lebih mudah dengan adanya sistem tempahan tiket bas secara atas talian. Antara salah satu website yang boleh korang cuba adalah BusOnlineTicket.com. Selain dari perkhidmatan tiket bas, mereka juga ada menyediakan perkhidmatan tempahan tiket lain seperti keretapi (train) dan feri (ferry).
Selain dari memanfaatkan penggunanya untuk membeli tiket dengan mudah dan cepat, ianya juga merupakan website beli tiket bas secara online tanpa cas tambahan kerana harga yang ditawarkan di BusOnlineTicket.com adalah sama seperti harga tiket di kaunter. *jadi ia lebih memudahkan dan menjimatkan bukan? Tak perlu lagi susah-susah buang masa keluar dan beratur di kaunter semata-mata untuk membeli tiket kerana ianya boleh dilakukan dimana-mana dan semudah pembelian di hujung jari sahaja.
Sempena musim perayaan ini, mereka telah mengadakan road show (BotFunRaya) ke beberapa lokasi terpilih di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Road show ini adalah untuk memperkenalkan fungsi dan manfaat yang korang boleh dapat jika membuat tempahan dan pembelian tiket bas melalui laman web ini.
Banyak aktiviti-aktiviti dan hadiah menarik termasuk duit raya yang mereka sediakan untuk sesiapa yang bertuah di booth mereka. Antara aktiviti yang korang boleh join adalah baling dadu, pertandingan makan kuih raya paling cepat, dan banyak lagi. Apa yang bestnya yang kalah pun masih berpeluang dapat goodie dari mereka.
Selain dari itu, kalau korang tak berkesempatan untuk join aktiviti yang mereka sediakan dan inginkan goodie dari mereka, korang boleh mendaftar keahlian BusOnlineTicket secara percuma .
Mereka juga ada anjurkan "Duit Raya Giveaway" yang mana pemenangnya bakal menerima duit raya sebanyak RM500. Korang hanya perlu selfie atau wefie dengan booth mereka di mana-mana lokasi road show mereka dan muat turun di Facebook / Instagram dengan caption yang menarik dan #BotFunRaya. Pemenang akan diumumkan di Facebook mereka [klik] . Ianya tertakluk pada terma dan syarat.
Jangan lepaskan peluang ni, RM500 tu bukan sikit ya. Siapa tahu rezeki korang kan. Tak salah untuk cuba. Jadi, korang hanya perlu ikut langkah-langkah yang dah dinyatakan untuk join giveaway ni. Semoga berjaya saya ucapkan.
Antara lokasi-lokasi road show yang bakal mereka pergi adalah seperti berikut:
01/06/2018 (Fri) 9pm - 12am
Uptown Puchong
01/06/2018 (Fri) 4pm - 6.30pm
Bazar Ramadhan Kelana Jaya
02/06/2018 (Sat) 4pm - 6.30pm
Bazar Ramadhan Bandar Tun Abdul Razak
02/06/2018 (Sat) 9pm - 12am
Uptown Permaisuri
03/06/2018 (Sun) 4pm - 6.30pm
Bazar Ramadhan TTDI
03/06/2018 (Sun) 9pm - 12am
Uptown Seri Kembangan
08/06/2018 (Fri) 4pm - 6.30pm
Bazar Ramadhan Shah Alam
08/06/2018 (Fri) 9pm - 12am
Uptown Shah Alam
09/06/2018 (Sat) 9pm - 12am
Uptown Bangi
10/06/2018 (Sun) 9pm - 12am
Uptown Kajang
Jangan lupa untuk follow update di social media mereka.
Facebook :
Instagram :