Pada dasarnya mata kasar kita hanya mampu melihat sesuatu yang normal dan logik. Tapi, melalui persembahan silap mata pula, kita akan mampu melihat sesuatu itu sebagai perkara luar kebiasaan, walaupun ianya hanyalah sekadar muslihat dari mereka dalam melakukan persembahan, perkara tersebut cumalah ilusi yang dibayangi gerak tangan yang pantas, alat-alatan khas serta latihan yang secukupnya.
Pernah ke korang menontoh persembahan silap mata secara live? Kalau belum, peluang terbuka kepada korang yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa lokasi lain untuk menyaksikannya kerana The Magic Library akan mengadakan persembahan mereka di lokasi terpilih dengan menawarkan persembahan silap mata yang bertaraf dunia secara lansung di hadapan korang.
THE MAGIC LIBRARY : NEW CHAPTER
The Magic Library : New Chapter adalah persembahan silap mata dan ilusi bertaraf dunia oleh sekumpulan ahli silap mata muda serta kontemporari di bawah bimbingan Master Leow Fee Loong yang merupakan orang penting di sebalik Perfect Illusions dan lagenda dalam dunia silap mata di Malaysia.
Bagi yang tak tahu, Master Leow Fee Loong ini adalah pemenang anugerah ahli silap mata professional bertaraf dunia yang mempunyai pengalaman selama lebih 50 tahun dalam persembahan ilusi dan silap mata.
Untuk pengetahuan korang, The Magic Library : New Chapter telah mendapat tajaan utama dari Dato' Sri Dr Darren Yaw iaitu pengasas World Crypto Asset Blockchain Alliance (WCBA). Persembahan ini akan diadakan di Town Park, MyTOWN Shopping Centre bermula 19 Julai ini sehingga 26 Ogos 2018.
SEKITAR MAJLIS PELANCARAN THE MAGIC LIBRARY
Majlis Pelancaran The Magic Library : New Chapter telah berlangsung di level 3 MyTOWN Shopping Centre. Memorandum Of Understanding turut dimeterai antara pihak The Magic Library, Master Leow Fee Loong dan pihak penaja.
Ketika majlis pelancaran tempoh hari, beberapa persembahan silap mata memukau turut dipersembahkan kepada hadirin yang hadir. Bagi mereka yang berada disekitarnya juga dapat melihat persembahan silap mata secara percuma. Memang menarik dan sangat luar biasa. Bukan persembahan silap mata biasa-biasa, tapi memang layak digelar bertaraf dunia.
Persembahan penuh akan berlangsung pada 19 Julai ini sehingga 26 Ogos 2018. Ketika persembahan penuh nanti, The Magic Library : New Chapter akan melakukan persembahan selama 1 jam tanpa henti!
Jadi jangan lupa untuk beli tiket cepat-cepat dan datang beramai-ramai ke MyTOWN Shopping Centre pada 19 Julai - 26 Ogos 2018 nanti bagi menyaksikan persembahan yang sungguh mengagumkan ini.
Jadi jangan lupa untuk beli tiket cepat-cepat dan datang beramai-ramai ke MyTOWN Shopping Centre pada 19 Julai - 26 Ogos 2018 nanti bagi menyaksikan persembahan yang sungguh mengagumkan ini.
WAKTU PERSEMBAHAN & TIKET
Waktu persembahan dan harga tiket masuk The Magic Lirary : New Chapter adalah seperti berikut :
8.30 malam (Isnin - Rabu)
8.30 malam & 10.30 malam (Khamis, Jumaat & Cuti Umum)
4.00 petang, 8.30 malam & 10.30 malam (Sabtu & Ahad)
Pembelian tiket boleh didapati daripada Box Office Booth, Level 1, MyTOWN Shopping Centre atau dapatkan secara online menerusi www.ticketpro.com.my
Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh berhubung melalui email : info@themagiclibrarymsia.com
Facebook : http://www.facebook.com/themagiclibrarymsia
Instagram : http://www.instagram.com/themagiclibrarymsia
Website : http://www.themagiclibrarymsia.com