Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

CUBA PRODUK PENCUKUR SHAVES2U YANG EXCLUSIVE SECARA PERCUMA

$
0
0

Ramai lelaki diluar sana memuji dan teringin untuk memiliki jambang seperti saya. Tapi mereka tidak tahu akan kerumitan yang saya selalu hadapi kerana memiliki jambang. Jambang yang kemas memang cantik, tapi mereka perlu tahu bahawa untuk kearah itu kita perlu ada komitmen yang tinggi untuk menjaga supaya ia kelihatan kemas sentiasa.

Masalah akan timbul apabila jambang terlalu subur dan cepat memanjang. Oleh kerana itu, saya perlu ke barbershop sekerap dua (2) kali sebulan untuk merapikannya. Bukan itu sahaja, isu pada barbershop juga ada kerana bukan semua barbershop mampu untuk kemaskan jambang seperti yang saya nak, malah ada barbershop yang tidak tahu dan tidak mampu untuk memenuhi permintaan saya. Oleh kerana beberapa faktor termasuk masa dan harga, saya rasa saya perlu mencari solution terbaik untuk mengelakkan saya hadapi masalah yang sama ketika nak kemaskan jambang saya.

SHAVES2U

Saya telah diperkenalkan dengan satu plan yang diperkenalkan oleh satu brand iaitu Shaves2u yang mana menawarkan produk pencukur dalam servis "shave plan". Plan ini menawarkan pemilihan 3 jenis pisau 3 mata, 5 mata dan 6 mata dan selang penghantaran (2, 3 atau 4 bulan) bergantung pada keperluan pencukuran pelanggan. Plan ini tidak mengikat anda dengan syarat yang berat kerana korang sentiasa dapat mengawal dan menentukan pelan yang korang mahu. Ini bermakna, korang boleh tukar atau batalkan plan korang bila-bila masa sahaja.



Ianya agak menarik kerana mereka menawarkan produk dengan trial pack, yang mempunyai Premium Handle bersama pilihan Blade Cartridge dan Shave Creamsecara percuma sebelum kita melanggan pada plan yang mereka tawarkan. Untuk trial pack ini, korang hanya perlu bayar kos penghantaran yang berharga RM6.50 sahaja. Shaves2u ada menawarkan 3 jenis Blade Catridge iaitu 3 mata, 5 mata dan 6 mata.
Langganan boleh dilakukan secara atas talian di laman sesawang mereka iaitu www.shaves2u.com. Bagi saya, plan ini cukup mudah dan menjimatkan masa. Tidak perlu buang masa untuk keluar membeli kerana pelanggan hanya perlu plan dan terus langgan secara atas talian.

PERCUBAAN PERCUMA SHAVES2U

Alang-alang mereka nak bagi cuba free tu, tak salah untuk saya cuba kan? Paling tak dapat rasai sendiri sejauh mana kualiti yang ditawarkan keatas produk Shaves2u ni. Mana tau sesuai boleh la terus melanggan kan. Tempoh percubaan PERCUMA yang mereka berikan untuk kita pun cukup lama juga sehingga 14 hari. Jadi cukuplah nak tahu bahawa produk ni bagus atau tidak kan.

Secara jujurnya dari hari pertama saya terima produk ni lagi saya dah cukup teruja. Mana taknya, beli pencukur pun nak secara online kan. Tapi tak ada salahnya, zaman sekarang semua kearah ini. Lebih jimat kos, lebih mudah dan yang paling penting menjimatkan masa.




Walaupun ianya merupakan set percubaan, ia tetap hadir dengan krim pencukur yang berkualiti tinggi. Apa yang saya suka berkenaan dengan handle produk Shaves2u ni kerana ianya mempuanyai Rubberised grip yang mana dapat memberi keselesaan kepada pengguna seperti saya semasa proses mencukur. Bagi saya ianya cukup mesra pengguna dan ergonomik. Jadi tiada masalah untuk saya melakukan aktiviti ini secara lebih kerap.

Selain dari handlenya yang sangat ergonomik, pilihan mata pencukur juga amat penting bagi saya yang mempunyai jambang. Saya memilih mata pencukur klasik 5 Razor Blade kerana ia merupakan bilah pencukur yang dilengkapi jalur pelincir Aloe yang dapat membantu memudahkan proses mencukur. Dengan bilah berlapis berganda ini, ianya mempunyai sistem Accublade® Trimmer sesuai untuk janggut dan keperluan bercukur Sideburn. Setiap blade yang Shaves2u tawarkan adalah kualiti dari US dan Jerman.

Apa yang saya boleh cakapkan ianya merupakan produk pencukur yang sangat berkualiti dan bagus untuk saya guna. Kalau ditanya pada saya, saya akan kata bahawa saya akan terus melanggan produk ini.

Bagi korang yang nak rasai pengalaman percubaan produk ni secara PERCUMA seperti saya, korang boleh ke laman sesawang mereka iaitu www.shaves2u.com. Korang boleh gunakan promo code S2UMAWARDIYUNUS untuk lebih penjimatan untuk bayaran langganan pertama. Jadi apa korang tunggu lagi!!

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke social media handle mereka di Instagram @shaves2u dan Facebook Shaves2u.


    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 1359