Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

Harga Sepasang Baju Melayu Raya RM 25 | Baju Melayu Super Murah

$
0
0
Harga Sepasang Baju Melayu Raya RM 25 | Baju Melayu Super Murah | Memandangkan harga baju melayu kat Alamanda memang super mahal. Memang tak berbaju melayu baru la wa tahun ni. Genap 3 tahun la wa tak berbaju melayu baru. Tapi tu tak memberikan apa-apa erti pun untuk wa. Cukup dapat bersama keluarga dan ibuayah tercinta sudah memadai buat wa.

Cerita pasal baju Melayu ni! kenapa sekarang harga begitu menteri sangat? Huh. Tapi wa sempat jugak merasakan suasana shopping raya dengan +MK Syahir dan +Shawn Razaleigh  aritu kat Jalan TAR. Pergh memang meriah dihari raya la .kikiki. Selain dari tu, wa juga sempat bershopping raya kat kampung halaman wa kat Kelantan dengan mak dan abng wa. Saja follow diorang menyesakkan keadaan yang dah tentu nya sesak. huhuhu. Tapi ada sesuatu yang wat gua terkejut beruk. nak tahu apa?

klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas


Nampak tak? Baju Melayu sepasang weii RM 25!! memang bukan pattern baju baru tahun ni. Ni pattern yang lepas-lepas punya. Nak habiskan stok tahun lepas gamaknya. Kain lebih kurang je kualiti. Kualiti ok. Huh berpeluh wa tengok. Rasanya berbaloi je beli yang ni kalau nak buat beraya. Jangan dok sembang kata nak baju yang tahan lama la. Macam nak pakai hari-hari kan.  Kalau beli mahal-mahal pun nak pakai sekejap jekan, tahun depan kompom nak cari baju raya lain pula kan.

Huh tak habis-habis wa dengan isu baju raya ni kan ngeee. Apapon Hari Raya kat Malaysia ni sebulan lamanya. huhu. So pandai-pandai la bawa diri ye. kikiki.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359