Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

TRAGEDI 6 BOMBA LEMAS DI PUCHONG

$
0
0

Semalam kita dikhabarkan tentang tragedi 6 anggota bomba mati lemas ketika operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir, ketika memancing di lombong Taman Putra Perdana, Puchong.

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎

Sungguh mulianya mereka, meninggal ketika bekerja dan menyelamatkan nyawa orang. Mereka adalah wira sebenar negara. Salam takziah buat keluarga dan waris mereka. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aamiin


KRONOLOGI TRAGEDI 6 ANGGOTA BOMBA LEMAS

Berikut merupakan kronologi tragedi 6 anggota bomba lemas :

6.30 petang

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke Lombong Taman Putra Perdana selepas menerima panggilan kecemasan berhubung seorang remaja lemas.

8.55 malam

Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), empat daripadanya dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua dari Shah Alam tiba di lokasi mencari dan menyelamat (SAR).

9.15 malam

Pasukan PPDA selesai menyiapkan kelengkapan dan mula turun untuk selaman di lombong bagi mencari mangsa.

- Anggota mengikat tali panjang antara satu sama lain.
- Tali dihulurkan perlahan-lahan dari tebing ketika pihak scuba merapatkan diri di tempat mangsa jatuh.
- Arus aliran air lombong kuat secara tiba-tiba menarik seorang demi seorang ke dalam arus itu.

9.45 malam

Anggota penyelamat yang berada di tebing berusaha lebih 30 minit untuk menyelamatkan mereka dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR)

9.50 malam

Pasukan perubatan dari Putrajaya yang berada di tempat kejadian mengesahkan enam anggota bomba meninggal dunia akibat lemas

11.30 malam

Enam jenazah anggota bomba dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Dua kejadian lemas membabitkan anggota bomba


18 Jun 2009

Seorang anggota Bomba, Aladi Hassan, 41, maut dalam operasi mencari mangsa lemas di Pulau Terengganu Mati, Tasik Kenyir, Terengganu.

Mangsa dipercayai lemas akibat tali pada badannya tersangkut dan tangki oksigen yang dipakai tercabut.

19 Mei 2000

Seorang anggota Unit Penyelam Bomba dan Penyelamat, Mohd Nor Harun, 40-an disyaki lemas, ketika menyertai gerakan mencari rakannya yang hilang di perairan antara Pulau Lalang dan Pulau Saga di gugusan Pulau Sembilan, Lumut.

Sumber gambar : www.utusan.com.my

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359