Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

LUNCH DIMSUM DI THE EMPEROR, DORSETT GRAND SUBANG

$
0
0


Sebelum Chinese New Year lepas, saya dan kawan-kawan telah bersepakat untuk menikmati  makan tengahari hidangan dimsum halal dan popular di restoran The Emperior yang berada di Dorsett Grand Subang.

Ruangan Restoran Cina Terbaik di Subang Jaya, The Emperior Dorsett Grand Subang

Untuk pengetahuan korang semua, restoran The Emperior yang berada di Dorsett Grand Subang ni merupakan sebuah restoran masakan Kantonis asli dengan pelbagai menu masakan cina yang sedap. Restoran ini sesuai untuk fungsi korporat, makan santai dengan keluarga dan rakan-rakan atau makan malam.

MENU DI THE EMPERIOR DORSETT SUBANG

Antara menu yang kami oder untuk makan tengahari kami

Memandangkan kami ramai, jadi macam-macam jugaklah kami oder untuk makan tengahari kami. Jadi jom kita tengok apa makanan yang kami oder . 









Dan ini merupakan makanan yang saya paling tak boleh lupa kat sini iaitu Salted egg york bamboo charcoal bun. Khabarnya menu ni pun memang best seller dan memang jadi pilihan ramai. Memang sangat sedap, dengan bun dia yang lembut dan inti dia yang cair dalam mulut tu memang yummy umph.

Salted egg york bamboo charcoal bun
Di dalamnya, wah meleleh telur asin berwarna kuning
Macamana, menarik bukan? Semua menu yang kami oder memang sangat menyelerakan. Memang tak rugi oder, malah ada antaranya kami repeat oder sebab tak cukup dan berebut-rebut ya. haha. Jadi kalau korang teringin dan mengidan nak makan dimsum ataupun makanan cina, saya recommend korang untuk ke restoran The Emperior yang berada di Dorsett Grand Subang ni. Selain dari makanan yang sedap, suasana kat sini pun cukup exclusive dan menarik.


BUTIRAN

Lunch:
  • 12:00 noon – 2:30p.m. (Mondays to Saturdays)/
  • 10:00a.m. – 2:30p.m. (Sundays & public holidays)
Dinner: 
  • 6:00p.m. – 10:00p.m.
Alamat : 
  • Dorsett Grand Subang, Jalan SS12/1, Subang Jaya 47500, Malaysia
Telephone : 
  • 03–5031 6060
Website :

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359