Apa yang lebih menariknya, HOTEL DORSETT GRAND SUBANG ada menawarkan promosi menarik untuk pelanggan mereka yang membuat tempahan secara atas talian bermula 1 April 2019 sehingga 31 Disember 2021 nanti!
PENGINAPAN SELAMA 26 JAM
Kebiasaan hotel cuma menawarkan masa penginapan kurang dari 24 jam walaupun diistilah kan sebagai (sehari). Untuk promosi kali ini HOTEL DORSETT GRAND SUBANG, akan membenarkan pelanggan mereka untuk menginap lebih dari sehari iaitu selama 26 jam. Dan apa yang menariknya lagi, masa check in korang pun boleh flexible mengikut kekosongan bilik yang ada. Sebagai contohnya, sekiranya korang check-in pada pukul 2 pm, korang boleh check-out pada pukul 4 pm keesokkan harinya. Seronok kan? Promosi ini hanya available untuk Dorsett Grand Subang, Dorsett Sri Hartamas dan Dorsett Kuala Lumpur sahaja.
Untuk dapat tempahan bagi penginapan selama 26 jam ni korang kena penuhi syarat-syarat berikut tau. Tak banyak cuma ada 2 syarat je, dan syaratnya adalah seperti berikut :
- Tempahan mestilah melalui laman web rasmi hotel
- Tempahan mestilah dibuat 72 jam sebelum tarikh penginapan
Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi penginapan selama 26 jam di HOTEL DORSETT GRAND SUBANG ni korang boleh rujuk link di bawah ni.
DORSETT 3 WISHES
Bukan hanya sekadar penginapan penuh selama 26 jam sahaja tau, HOTEL DORSETT GRAND SUBANG juga turut memberikan kepada pelanggan mereka yang membuat tempahan secara atas talian dengan "Dorsett 3 Wishes"di mana pelanggan boleh membuat pilihan 3 permintaan kepada pihak hotel berdasarkan dari senarai 6 permintaan yang ada. 6 permintaan tersebut adalah seperti berikut :
- PERCUMA Menaik taraf bilik Dorsett ke Bilik Deluxe untuk setiap penginapan
- PERCUMA Satu kanisten Dorsett Signature Cookies untuk setiap penginapan
- PERCUMA Sarapan pagi untuk 2 orang di Terazza Brasserie (Harian)
- PERCUMA Perkhidmatan Iron untuk 2 pakaian untuk setiap penginapan
- PERCUMA Dorsett Mocktail untuk 2 orang di Piano Lounge dari jam 5 petang - 8 malam
- PERCUMA Perkhidmatan Satu Minibar untuk setiap penginapan. *tertakluk kepada minimum 2 malam menginap
Jadi, pelanggan membuat tempahan secara atas talian ni bukan sahaja menikmati 25% dari Best Available Rate (BAR) yang dah ada, tetapi mereka juga boleh menikmati 3 pilihan permintaan lagi dari senarai di atas.
Untuk "Dorsett 3 Wishes" ni saya telah memilih Menaik taraf bilik Dorsett ke Bilik Deluxe, Satu kanisten Dorsett Signature Cookies dan Dorsett Mocktail untuk 2 orang di Piano Lounge :
Menaik taraf bilik Dorsett ke Bilik Deluxe
Satu kanisten Dorsett Signature Cookies
Pakej ini hanya sah untuk tempahan melalui laman web rasmi hotel dan tertakluk kepada Terma & Syarat. Pengurusan hotel berhak untuk meminda, memadam dan / atau menggantikan tawaran / pakej tanpa notis terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk link di bawah ni.
LUNCH DIM SUM HALAL DI THE EMPEROR
Kalau korang stay di HOTEL DORSETT GRAND SUBANG ni, saya cadangkan kat korang untuk cuba makan tengahari dim sum di The Emperor Restorant. Saya sendiri dah tiga (3) kali makan dim sum di sini. Yang penting ianya HALAL. Memang berbaloi-baloi.