Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all 1359 articles
Browse latest View live

KALAU GATAL, JANGAN GARU!! CUBA SAPU PROCELL SKIN & NAIL CREAM

$
0
0
Bila gatal je mesti tangan laju je nak garu, walaupun tahu tindakan tu boleh buat masalah tu lagi teruk. Bagi korang yang mengalami masalah gatal-gatal badan, kurap ke, kayap ke meh cuba satu produk baru ni iaitu PROCELL SKIN & NAIL CREAM. Sebuah produk menggunakan ekstrak KULIT RAMBUTAN, satu-satunya produk berteknologi yang menggantikan bahan sintetik bagi membantu merawat masalah fungal. Pergh.. pertama kali dalam sejarah saya tengok buah rambutan dijadikan bahan dalam perubatan ni. Memang menarik.


Kalau sebelum ni, saya selalu akan beli Econazine jika menghadapi masalah gatal terutama berkaitan dengan fungal atau sebagainya. Tapi kali ni, saya nak cuba pula PROCELL SKIN & NAIL CREAM ni, kalau betul-betul bagus boleh lah recommand kat mak untuk guna sekali kan.Untuk pengetahuan korang, PROCELL SKIN & NAIL CREAM ni memiliki bahan aktif Polyphenols untuk melawan jangkitan kulat tau.

4 Khasiat Buah Rambutan Untuk Kesihatan 

Buah rambutan sebenarnya bukan sahaja sedap untuk dimakan sahaja malah, ia juga mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan kesihatan kita. Nak tahu lebih lanjut boleh baca info kat bawah ni:
  • Antioxidant yang tinggi
Karbohidrat dan protein dalam rambutan membantu untuk meningkatkan tenaga dan mengelakkan kembung perut. 
  • Membunuh Parasit
Selain faedah nutrisi, rambutan juga menawarkan fungsi teraputik. Pengambilan buah rambutan boleh membantu membunuh parasit yang ada pada usus dan membantu melegakan gejala cirit birit.
  • Melembapkan Kulit
Rambutan mempunyai kandungan vitamin A yang dapat merawat kekusaman kulit. Kandungan air yang tinggi di dalam rambutan juga dapat berfungsi untuk menghidratkan kulit sekaligus menjadikan kulit lebih lembap. 
  • Meningkatkan Metobolism
Vitamin B yang terkandung dalam rambutan sangat berguna untuk meningkatkan metabolisma dalam badan.

PROCELL SKIN & NAIL CREAM ini dikatakan dapat membantu merawat beberapa jenis penyakit berkaitan seperti :
  • Penyakit gatal pada kulit 
  • Kurap
  • Panau
  • Jangkitan pada kuku
  • Kayap
  • Ruam
  • Kudis
  • Bisul
  • Jerawat
  • Ruam Lampin

Apa yang menarik perhatian saya tentang produk PROCELL SKIN & NAIL CREAM ni, pertama sekali adalah kerana baunya yang wangi dan sangat menyenangkan. Teksturnya pula sangat lembut dan ringan mudah meresap terus ke dalam kulit apabila di apply.

Korang boleh dapatkan PROCELL SKIN & NAIL CREAM ini dalam bentuk tiub kecil seberat 15 gram dan sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana walaupun travel jauh. Harga untuk tiub seberat 15 gram ini cumalah  RM40.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan krim ini boleh la menghubungi pihak Procell PLT :

Alamat : MDTC Management Office,
Level 1, Block B, UPM-MTDC Technology Centre lll,
University Putra Malaysia, 43400 Serdang.

Website : procell.com.my
Whatsapp : 6013-6746064 (Irfan)
Whatsapp : 6017-5138788 (Hidayah)
Whatsapp : 6013-4449531 (Aira)

PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL DORSETT GRAND SUBANG DENGAN PROMOSI HEBAT

$
0
0



Kali ni saya nak kongsi dengan korang semua berkenaan pengalaman saya menginap di HOTEL DORSETT GRAND SUBANG, yang terletak di Subang Jaya Selangor. Untuk pengetahuan korang, hotel ini merupakan hotel mewah yang bertaraf 5 bintang ya. Jadi kita boleh agaklah bagaimana service dan kemudahan yang mereka tawarkan tu.

Apa yang lebih menariknya, HOTEL DORSETT GRAND SUBANG ada menawarkan promosi menarik untuk pelanggan mereka yang membuat tempahan secara atas talian bermula 1 April 2019 sehingga 31 Disember 2021 nanti!

PROMOSI HOTEL DORSETT GRAND SUBANG




PENGINAPAN SELAMA 26 JAM

Kebiasaan hotel cuma menawarkan masa penginapan kurang dari 24 jam walaupun diistilah kan sebagai (sehari). Untuk promosi kali ini HOTEL DORSETT GRAND SUBANG, akan membenarkan pelanggan mereka untuk menginap lebih dari sehari iaitu selama 26 jam. Dan apa yang menariknya lagi, masa check in korang pun boleh flexible mengikut kekosongan bilik yang ada. Sebagai contohnya, sekiranya korang check-in pada pukul 2 pm, korang boleh check-out pada pukul 4 pm keesokkan harinya. Seronok kan? Promosi ini hanya available untuk Dorsett Grand Subang,  Dorsett Sri Hartamas dan Dorsett Kuala Lumpur sahaja.


Untuk dapat tempahan bagi penginapan selama 26 jam ni korang kena penuhi syarat-syarat berikut tau. Tak banyak cuma ada 2 syarat je, dan syaratnya adalah seperti berikut :
  • Tempahan mestilah melalui laman web rasmi hotel
  • Tempahan mestilah dibuat 72 jam sebelum tarikh penginapan

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi penginapan selama 26 jam di HOTEL DORSETT GRAND SUBANG ni korang boleh rujuk link di bawah ni.



DORSETT 3 WISHES

Bukan hanya sekadar penginapan penuh selama 26 jam sahaja tau, HOTEL DORSETT GRAND SUBANG juga turut memberikan kepada pelanggan mereka yang membuat tempahan secara atas talian dengan "Dorsett 3 Wishes"di mana pelanggan boleh membuat pilihan 3 permintaan kepada pihak hotel berdasarkan dari senarai 6 permintaan yang ada. 6 permintaan tersebut adalah seperti berikut :
  1. PERCUMA Menaik taraf bilik Dorsett ke Bilik Deluxe untuk setiap penginapan
  2. PERCUMA Satu kanisten Dorsett Signature Cookies untuk setiap penginapan
  3. PERCUMA Sarapan pagi untuk 2 orang di Terazza Brasserie (Harian)
  4. PERCUMA Perkhidmatan Iron untuk 2 pakaian untuk setiap penginapan
  5. PERCUMA Dorsett Mocktail untuk 2 orang di Piano Lounge dari jam 5 petang - 8 malam
  6. PERCUMA Perkhidmatan Satu Minibar untuk setiap penginapan. *tertakluk kepada minimum 2 malam menginap 
Jadi, pelanggan membuat tempahan secara atas talian ni bukan sahaja menikmati 25% dari Best Available Rate (BAR) yang dah ada, tetapi mereka juga boleh menikmati 3 pilihan permintaan lagi dari senarai di atas.

Untuk "Dorsett 3 Wishes" ni saya telah memilih Menaik taraf bilik Dorsett ke Bilik Deluxe, Satu kanisten Dorsett Signature Cookies dan Dorsett Mocktail untuk 2 orang di Piano Lounge :

Menaik taraf bilik Dorsett ke Bilik Deluxe
Satu kanisten Dorsett Signature Cookies
Dorsett Mocktail untuk 2 orang di Piano Lounge
Pakej ini hanya sah untuk tempahan melalui laman web rasmi hotel dan tertakluk kepada Terma & Syarat. Pengurusan hotel berhak untuk meminda, memadam dan / atau menggantikan tawaran / pakej tanpa notis terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk link di bawah ni.


LUNCH DIM SUM HALAL DI THE EMPEROR

Kalau korang stay di HOTEL DORSETT GRAND SUBANG ni, saya cadangkan kat korang untuk cuba makan tengahari dim sum di The Emperor Restorant. Saya sendiri dah tiga (3) kali makan dim sum di sini. Yang penting ianya HALAL. Memang berbaloi-baloi.




KARI KEPALA IKAN TERBAIK PENAH SAYA MAKAN ADALAH DI PHILEA MINES RESORT

$
0
0
Siapa sangka di tengah-tengah bandar boleh ada resort bertemakan "beach" kan? Tapi ianya benar-benar wujud ya, dan ianya adalah Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan yang berada di belakang pusat membeli belah The Mines. Resort ini bukanlah berada benar-benar di tepi pantai sebenar, namun pantai yang ada merupakan pantai buatan yang seolah-olah seperti yang betul nak-nak apabila waktu senja.


Tujuan artikel kali ni bukan saya nak cerita mengenai pantai buatan tersebut, tapi ianya adalah untuk berkongsi dengan korang tentang promosi makan tengahari yang sedang mereka tawarkan di Philea Mines Beach Resort ni.

SET MAKAN TENGAHARI

Untuk pengetahuan korang, Philea Mines Beach Resort ada menawarkan harga promosi bagi menu set Kari Kepala Ikan Merah yang disediakan oleh Chef Roslan. Pengunjung yang datang ke sini, boleh mendapatkan harga promosi ini pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 12PM-3PM. Saya juga difahamkan bahawa promosi ini akan berlansung sehingga hujung tahun ini (2019).


Terdapat 3 jenis set kombo yang boleh dipilih dengan harga istimewa iaitu Kari Kepala Ikan Kombo A, Kari Kepala Ikan Kombo B dan Set Ayam Tempayan. Dalam set kombo ini terdapat 7 lagi menu hidangan lain. Jom tengok apa yang ada dalam set makan tengahari di sini.

1. Kari Kepala Ikan Kombo A
Harga: RM 79.00 (2-3 pax)


Menu:
1. Steamed White Rice
2. Fish Head Curry
3. Stir Fried Cabbage 
4. Fried Lady Finger 
5. Stir Fried Long Bean 
6. Papadom
7. Sirap Selasih
**air sirap selasih unlimited refill
**tambah RM1 untuk teh tarik

2. Kari Kepala Ikan Kombo B
Harga: RM 248 (6 pax) + 1 Bilik Deluxe untuk 2 orang


Menu:
1. Steamed White Rice
2. Fish Head Curry
3. Stir Fried Cabbage 
4. Fried Lady Finger 
5. Stir Fried Long Bean 
6. Papadom
7. Ayam Tempayan
8. Sirap Selasih
**air sirap selasih unlimited refill
**tambah RM1 untuk teh tarik

CARA REDEEM BILIK | Bagi yang beli set Kombo B, korang akan menerima 1 bilik deluxe untuk 2 orang stay. Redemption bilik kena buat reservation sebelum 7 hari. Kalau korang nak redeem bilik semasa hari yang sama, korang perlu membuat tempahan awal dengan bayaran penuh seawal 7 hari. Voucher bilik yang korang dapat adalah vaild untuk 1 bulan dari tarikh pembelian.

3. Set Ayam Tempayan 
Harga: RM20 (1 pax)


Menu:
1. Ayam Tempayan
2. Steamed White Rice
3. Crackers + Pickles
4. Sirap Selasih

REVIEW

Semasa kunjungan tempohari, saya dan rakan-rakan (5orang) telah menikmati hidangan Kari Kepala Ikan Kombo B di Laman Tun Teja yang mana ianya betul-betul berdekatan dengan pantai buatan ni.


Jujur saya katakan, ni merupakan kali pertama saya makan Kari Kepala Ikan boleh menambah nasik. Awalnya saya mengambil Set Ayam Tempayan untuk diri saya, tapi disebabkan termakan kata-kata Sis Lin untuk mencuba Kari Kepala Ikan dia saya terus menambah nasi. Kalau food review sebelum ni yang melibatkan Kari Kepala Ikan, saya hanya ambil gambar dan mampu rasa secubit je. Tapi kali ni memang cukup berbeza. Bagi saya, Kari Kepala Ikan mereka boleh pergi jauh. Kami pun dah mula bincang bila lagi nak repeat ni. Kalau datang beramai-ramai pun berapa sangat sorang kena keluarkan duit untuk Set B tu.


Memang sangat berbaloi kalau ambil Set B tu. Harga dah murah, siap boleh dapat percuma bilik lagi untuk 2 orang stay. Bilik dia pun luas dan selesa, bertemakan english style. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan penyaman udara, TV satelit skrin-rata, peti sejuk kecil dan kemudahan membuat kopi/teh. Bilik mandi yang disediakan memang selesa, besar dan dilengkapi dengan pancuran mandian, bath tub dan peralatan mandian yang lengkap. Paling best kalau dapat bilik yang menghadap pantai buatan tu, bila senja tiba je memang cantik sangat-sangat pemandangan dia. Memang terasa seolah-olah berada di pulau betul pulak.

Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan sangat sesuai nak dijadikan tempat honeymoon bagi mereka yang tak mempunyai banyak masa untuk bercuti jauh-jauh. Nak shopping, jalan tak sampai 5 minit dah sampai.

Nak datang kesini, korang boleh waze Philea Mines Beach Resort. Sebagai landmarknya, ia terletak bersebelahan The Mines Shopping Mall dan bersebelahan MIEC (Mines International Exibition Center).

Philea Mines Beach Resort
Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor

FAM' FRIES KITCHEN DAN AYO FRIED CHICKEN ADA DI FOOD MONGER CYBERJAYA

$
0
0

Kalau bercerita berkenaan makanan di kawasan Cyberjaya, mesti akan terlintas dengan Nasi Arab! Orang kata, kalau ke Cyberjaya ni hanya nampak benda tu aja lah kan? Tapi untuk pengetahuan korang, sekarang kat Cyberjaya dah ada buka satu food court tertutup yang diberi nama Food Monger. Ianya bertempat di Tamarind Square iaitu betul-betul berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya .


Menurut pemiliknya Mohd Naufal Abd Latif, Food Monger akan dibuka setiap hari kecuali hari raya aidilfitri dan raya haji. Waktu operasi mereka pula adalah seawal 8 pagi dan akan ditutup pada 2 pagi. 

Pemilik Food Monger En. Mohd Naufal Abd Latif

Menurut beliau lagi, menu yang akan mereka sediakan adalah sesuai untuk semua lapisan iaitu bermula dari menu ekonomi sehingga menu premium seperti stik, lobster dan sebagainya. Kini Food Mongger sudah mempunyai lima (5) vendor makanan yang sudahpun mula beroperasi di sini.



MENU MENARIK DI FOOD MONGER CYBERJAYA

Apa yang menariknya di Food Monger ni, ia merupakan sebuah mini food court yang mempunyai vendor-vendor makanan yang cukup hebat, dan ada diantaranya merupakan makanan yang pernah viral dan mendapat sambutan yang cukup bagus di tempat lain. Apa yang saya maksudkan adalah seperti jenama hebat Fam' Fries KitchenAyo Fried Chicken dan lain-lain.

Pemilik Fam' Fries Kitchen (Aedy Ashraf ) & Ayo Fried Chicken (Zahiruddin Ariffin)

Fam' Fries Kitchen


Mesti ramai dah cuba makan kentang goreng dari Aedy Ashraf ni kan? Apa yang menarik sangat dengan kentang goreng beliau ni? Mereka ada menawarkan tiga (3) pilihan iaitu Chili Cheese Fries, Beef Bacon Cheese Fries dan Melted Cheese Fries dengan pilihan tahap rasa original, spicy dan very spicy. Nak EXTRA!! boleh dengan hanya tambah RM3 untuk setiap satu seperti Double Trouble Cheese, Extra Beef Bacon atau Extra Chili.


Pemilik Fam's Fries Kitchen Aedy Ashraf

Dalam tempoh 3 bulan beroperasi, pelakon dan juga usahawan muda Aedy Ashraf mampu membuka 2 cawangan Fam' Fries Kitchen . Ini membuktikan bahawa produk yang dikeluarkan oleh beliau merupakan produk yang berkualiti dan disukai ramai. Beliau sendiri sangat serius dalam menjadikan perniagaan Fam' Fries Kitchen ini sebagai punca pendapatan beliau.

Ayo Fried Chicken


Ayo Fried Chicken merupakan Ayam Goreng Cheese yang cukup popular. Rasanya cukup berbeza dengan mana-mana ayam goreng lain kerana ianya merupakan resepi dan ramuan tepung cheese yang dicipta sendiri (homemade) oleh pemiliknya. Mereka ada jual 3 jenis set Ayo Fried Chicken di Food Monger ni iaitu set 12pcs, set 9 psc dan set 6 pcs.

Pemilik Ayo Fried Chicken En. Zahiruddin Ariffin

Harganya tidak terlalu mahal dan bagi saya ianya harga mampu milik. Harga untuk set 12pcs + Cheese hanya RM15, Manakala untuk set 9pcs + Cheese pula RM13 dan harga untuk set6pcs pula adalah RM10. Kalau korang rasa ayam tu tak cukup, korang boleh oder tambahan RM0.99 untuk setiap 1pcs. Amacam, murah kan?


Mungkin baru pertama kali saya dengar dan cuba, tapi siapa sangka ini merupakan cawangan ke-5 Ayo Fried Chicken . Menurut kata En. Zahiruddin Ariffin, mereka telah memulakan perniagaan mereka di Shah Alam dan oleh kerana sambutan yang sangat bagus kepada Ayo Fried Chicken, mereka telah mempunyai 6 cawangan dalam masa 8 bulan. Ini cukup-cukup luar biasa bagi saya.

311 SATAY


Ada pelbagai jenis satay yang ditawarkan oleh 311 Satay ni. Bukan sekadar satay biasa seperti satay ayam dan daging, mereka juga ada menawarkan satay kambing, rusa dan perut untuk pelanggan-pelanggan Food Monger di Cyberjaya. Satay mereka mempunyai texture dan rasa yang menarik, dan yang lebih penting ianya besar dan gebu.

MENU DAN HARGA MAKANAN DI FOOD MONGER 


Selain dari makanan-makanan yang saya nyatakan di atas ni, korang juga boleh cuba set nasi dan nasi goreng dari Food Mongerni. Korang juga boleh menikmati pelbagai jenis minuman dari Pastel Juice Bar.


Food Monger Cyberjaya
C-01-03, Tamarind Square, 
Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 
63000 Cyberjaya, Selangor


MENONTON FILEM BLOCKBUSTER BERSAMA JACK ‘N JILL CALBEE

$
0
0
Januari lalu, URC Snack Foods Malaysia yang terkenal dengan jenama "Jack ‘n Jill" telah bekerjasama dengan pengeluar rangkaian kerepek kentang terkemuka di Jepun, Calbee dengan melancarkan Jack ‘n Jill Calbee di Malaysia.


URC Snack Foods Malaysia ini merupakan sebuah syarikat mengilang dan mengedar kerepek kentang Jack ‘n Jill yang popular di Malaysia. Selain megeluarkan produk berasaskan kerepek kentang, terdapat pelbagai lagi snek makanan lain yang berada di bawah penjenamaan Jack ‘n Jill. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama Roller Coaster, Potato Chips, Jigs, Corn Curls dan Chiz King. Selain itu, URC juga turut menghasilkan produk-produk lain seperti coklat Cloud 9, NIPS, biskut Cream-O, Magic, serta gula-gula Cloud 9 dan Dynamite. Untuk pengetahuan, URC Malaysia juga mengeksport produknya ke 15 buah negara di Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Snek kentang baru Jack ‘n Jill Calbee kini bukan sahaja menawarkan para peminat snek peluang untuk merasai keenakan kerepek kentang tahap luar biasa malahan peluang menikmati pengalaman menonton filem blockbuster yang eksklusif. Jun ini, Jack ‘n Jill Calbee bakal memikat hati setiap kaki wayang dengan hadiah-hadiah peraduan yang diilhamkan daripada tayangan filem, berserta promosi jualan di pasar raya dan tayangan perdana eksklusif pada awal Julai nanti.

Classic SaltedSmokey BBQ dan Flamin’ Chilli 
Sejak dilancarkan, keluaran tiga variasi perisa terbaru Jack ‘n Jill Calbee iaitu Classic Salted, Smokey BBQ dan Flamin’ Chilli telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan dari peminat snek. Emmanuel B. Puno, SVP URC Indonesia, Malaysia dan Singapura berkata "2019 dijangka menjadi tahun untuk filem ‘blockbuster’. Memandangkan para penonton wayang dan video sentiasa menginginkan snek berkualiti serta enak dimakan, kami berharap Jack ‘n Jill Calbee akan menjadi pilihan utama snek yang dinikmati ketika menonton filem kegemaran mereka.”


Jack ‘n Jill Calbee akan memberikan tiket TGV Beanie kepada 200 pemenang bertuah bagi menikmati pengalaman eksklusif menonton filem, serta Hadiah Utama yang merupakan pakej percutian ke Universal Studio Singapura untuk 2 orang. Untuk menyertai peraduan ini dan berpeluang memenangi hadiah tersebut sangat mudah.

Macammana nak sertai peraduan Jack ‘n Jill Calbee?
  1. Peminat snek kentang hanya perlu membeli Jack ‘n Jill Calbee bernilai RM8.
  2. Tag nama seorang rakan baik di bahagian komen Facebook peraduan Jack ‘n Jill Calbee.
Buat peminat wayang dan filem adiwira pasti tak nak melepaskan peluang menyertai peraduan ini.


Pada awal Julai nanti, Jack 'n Jill Calbee juga akan menganjurkan “Movie Premiere Night” dengan tayangan eksklusif filem adiwira di IMAX TGV One Utama, di mana penggemar snek kentang yang dijemput akan menikmati sesi menonton wayang yang mengagumkan. Bagi menebus tiket ke “Movie Premiere Night”Jack ‘n Jill Calbee, peminat snek boleh mengunjungi lokasi promosi Jack ‘n Jill Calbee di pasaraya Aeon sekitar Lembah Klang yang terpilih. 

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang yang tertera di bawah:

TEMPAH KATERING ODEN HALAL DENGAN TEKUN MART TBS

$
0
0

Bagi korang yang pernah ke Terminal Bersepatu Selatan atau lebih dikenali sebagai TBS mesti sedar akan kewujudan TEKUN Mart yang berada di aras 4 bangunan ni, ianya betul-betul berada berhadapan dengan Food Court. Untuk pengetahun korang, TEKUN Mart ni dimiliki penuh oleh KOPERASI RAKAN TEKUN BERHAD dan ini merupakan cawangan pertama mereka.



Apa yang menariknya kat TEKUN Mart ni, mereka ada jual Oden! Dan Oden mereka adalah yang Halal kerana 100% menggunakan produk muslim. Harga Oden yang mereka jual adalah Rm2 untuk satu cucuk.


Kat sini korang boleh dapat oden dengan 2 jenis kuah iaitu sup biasa dan tom yam. Memandangkan saya tak boleh makan pedas, saya pilih suplah. Tapi ramai kawan-kawan saya lebih memilih oden tom yam. 


Untuk pengetahuan korang, TEKUN Mart juga ada menerima tempahan katering Live Stall Oden Halal. Jadi, kalau korang nak oder untuk apa-apa majlis bolehlah contact mereka untuk urusan tempahan. Paling penting Oden kat sini dijamin Halal yang disediakan oleh usahawan muslim sendiri. Insyaallah, korang boleh makan tanpa was-was.

Untuk tempahan Oden Halal dari TEKUN Mart ni, korang boleh rujuk details di bawah ni.
Tel : 016-9645544 (Kak Wani)
Email : tekunmart@gmail.com

Selain dari Oden, di bahagian mini bar mereka juga korang boleh dapat pelbagai jenis makanan lain seperti Jagung Manis, Pau, Spaghetti, Dim Sum, Meatball/chickenball, Thai Red Tea/Thai Green Tea, Bomboloni dan lain-lain.

Jagung susu/cheese - RM3.50

Pau - RM1 - RM1.80

Spaghetti - RM6

Dim Sum (6pcs) - RM5


Meatball/chickenball - RM6


Thai Red Tea/Thai Green Tea - RM3

TEKUN Mart ni boleh dikatakan sebuah kedai yang berkonsepkan kedai serbaneka yang mengutamakan produk tempatan dan juga yang Halal. Barang-barang yang dijual disini pon banyak dan pelbagai. Kebanyakan dari produk-produk yang dijual adalah produk makanan dan minuman dari usahawan tempatan







Kalau ke TBS jangan lupa tau singgah ke Tekun Mart ni tau, tempat nya mudah nak lepak sebab depan dia ada meja dan kerusi. Jadi boleh la makan oden dulu sebelum naik bas kan? Bagi yang datang nak sambut orang pun boleh lepak sini menunggu. Sambil menunggu boleh makan-makan dulu.


TEKUN Mart
Waktu operasi : 7 pagi hingga 11 malam (dibuka setiap hari)
Tel : 016-9645544 (Kak Wani)
Email : tekunmart@gmail.com

SEKITAR OPEN HOUSE DAN ZIARAH HARI RAYA 2019

$
0
0
Kalau raya tak sah kalau tak jalan-jalan menziarahi kawan dan saudara kan. Orang kata masa ni la nak bersua muka, nak bermaaf maafan sesama. Setahu sekali tu mesti buat. Memandangkan tahun ni saya sudah berpindah ke Kelantan, tak banyak rumah terbuka kawan-kawan di Kuala Lumpur saya sempat pergi. Tapi hujung-hujung syawal yang lepas sempat juga ke Kuala Lumpur untuk ziarah kawan-kawan kan. Sambil-sambil ada kerja yang nak di setelkan.

Open House Media Prima di Hotel Hilton KL Sentral
Ni merupakan tahun ke-2 saya dan kawan-kawan ke rumah terbuka Media Prima. Tapi tahun ni rakan-rakan blogger yang hadir tak ramai sangat. Jadi kurang meriah lah nak bergambar tu. Kalau tidak memang tak muat framelah kan.

Gathering rakan blogger di Kaki Lima NU Sentral
Sempat bersua muka dengan Pojiegraphy dan Neysa. Bukan senang nak curi masa diorang berdua ni. Alhamdulillah, dapat jugak jumpa lepaskan rindu walaupun seketika.

Ziarah Raya di rumah Momi di Bangsar
Dekat KL ni diorang ni dah macamkeluarga sendiri. Orang kata ada masa susah dan senang. Alhamdulillah berkesempatan ziarah keluarga momi yang berada di Bangsar. Sedap betul Che Esah masak ya. Nasib baik lepas tu nak pergi rumah terbuka lain, kalau tak mungkin kami berkampung sapai malam kot. hehehe

Ziarah Raya di Rumah Boss Ady Soleh di Bangsar
Dah sampai Bangsar tak sah kalau tak singgah rumah boss kita. Tuan rumah bersahaja je pakai baju t-shirt, kami pulak over berbaju melayu bagai. hahaha. Yang penting datang beraya rumah orang dok seronok main dengan kucing dan game yang ada.

Sebenarnya ada beberapa buah rumah terbuka lagi yang saya sempat pergi. Tapi lupa nak bergambar. Apapon terima kasih kepada semua yang jemput dan yang sudi menerima kunjungan kita.

SAYA DAHPUN CUBA KITKAT POPCORN EDISI TERHAD NI, KORANG BILA LAGI?

$
0
0


Mesti ramai diantara korang kat sini pernah makan KitKat kan? Saya sendiri pun memang penggemar KitKat ni. Macam-macam perisa KitKat saya dah cuba, dan semuanya tidak mengecewakan. Kini  KitKat  telah melancarkan perisa baharu iaitu karamel popcorn dan pastinya gabungan rasa antara rasa manis dan masin serta coklat wafer yang rangup akan memukau anda. Untuk pengetahuan korang, KitKat perkenalkan KitKat Popcorn edisi terhad ini adalah bersempena dengan Hari Coklat Sedunia.


Korang boleh beli kitkat ni dengan harga RM1.50 untuk KitKat pek kecil dan RM6.50 untuk pek kongsi. Anda boleh dapatkan KitKat ini di pasaraya berhampiran anda dan ia hanya boleh didapati dalam tempoh terhad iaitu sehingga bulan Ogos ini sahaja.


Jadi tunggu apa lagi, cepat dapatkan  KitKat Popcorn edisi terhad ini segera sebelum kehabisan stok ya. Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke Facebook rasmi KitKat Malaysia.


BURGER AYAM PORTUGAL BAHARU MCDONALD'S DI MALAYSIA

$
0
0
Sebelum ni McDonald's di Malaysia telah membawa citarasa Korea menerusi Spicy Korean Burger (Burger Korea Pedas), kini mereka telah kembali lagi dengan membawakan hidangan menarik dari negara lain pula kepada rakyat Malaysia iaitu Portuguese Chicken Burger (Burger Ayam Portugal) terbaharu! 


Burger Ayam Portugal ini merupakan item menu menarik yang kedua diperkenalkan oleh  McDonald's Malaysia sempena kempen "Discover the World 2019". Burger lazat ini dimantapkan dengan kepingan daging ayam yang digoreng enak, dicelup ke dalam sos piri-piri unik, dihidangkan bersama campuran sayur-sayuran dan salad segar, dan kesemua ini diapit oleh ban mengandungi emping cili terbaharu. Hasilnya, satu hidangan yang mengecurkan air liur, kaya dengan pelbagai letusan perisa dan rempah-ratus yang menyerlahkan cita rasa ala Portugal.


Set hidangan Burger Ayarn Portugal disajikan dengan French Fries (kentang goreng) dan pilihan sama ada Fanta Grape McFreeze atau Coke biasa, dengan harga bermula dari RM16.99. lanya boleh didapati di semua restoran McDonald's untuk masa yang terhad dan sementara stok masih ada.

PELANCARAN BURGER AYAM PORTUGAL MCDONALD'S 

Pada 1 Julai 2019 yang lepas, saya dan rakan-rakan telah berpeluang ke majlis pelancaran Burger Ayam Portugal ni yang telah diadakan di McDonald's Kota Damansara. Selepas majlis berlansung, kami sendiri diberi peluang untuk rasai sendiri keunikan Burger Ayarn Portugal ni.

"Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menyajikan cita rasa menarik dari negara-negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand kepada pelanggan kami, di mana kami menerapkan perisa unik dari negara-negara tersebut ke dalam menu kami di Malaysia melalui kempen 'Discover the World. Kali ini, kami menghasilkan sesuatu yang lebih istimewa dan memperkenalkan Burger Ayam Portugal baharu, yang disajikan bersama sos istimewa kami,"kata Eugene Lee, Pengarah Pernasaran, McDonald's Malaysia 
"Apabila menghasilkan item-item menu yang inovatif. McDonald's sentiasa mengutamakan keceriaan para pelanggan kami dan rnemberi kejutan kepada mereka dengan memperkenalkan perisa-perisa hebat terbaharu dan burger ini pastinya akan membuka selera dengan cita rasa yang lain daripada apa yang telah kami sajikan sebelum ini,"tambah Eugene.

CARA DAPATKAN DISKAUN PEMBELIAN BURGER AYAM PORTUGAL

Bagi menambah keseronokan sempena pelancaran Burger Ayam Portugal baharu ini, McDonald's Malaysia akan memperkenalkan satu permainan 'Augmented Reality' baharu yang dinamakan Catching Nonando, di mana pelanggan perlu 'menangkap' sebanyak mungkin ayam Nonando dalam tempoh 60 saat untuk mengumpul mata. Pelanggan akan diberi ganjaran serta-merta berupa diskaun untuk pembelian Burger Ayam Portugal, bergantung kepada bilangan Nonando yang ditangkap .


Dan untuk menjadikannya lebih menarik, satu'leaderboard' akan diperkenalkan di seluruh negara untuk menjejaki para pemain yang berada pada kedudukan teratas, di mana pemenang tempat pertama akan memenangi sehingga 50,000 Air Asia BIG Points!


Untuk bermain permainan ini, pelanggan hanya perlu klik pada pautan Facebook yang terdapat di laman web korporat McDonald's Malaysia atau halaman Facebook rasmi mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran pelbagai menu menarik McDonald's, sila lawati www.mcdonalds.com.my.

NASSAR - SEPERTI MATI LAMPU (REMIX COVER)

$
0
0

SEPERTI MATI LAMPU
(FANDI X YOGIE X GIO WITH CONRAD GOOD VIBRATION COVER)

Janganlah kau tanyakan besarnya cintaku
Ku persembahkan untukmu, hanya kepadamu
Oh dan janganlah kau ragukan luasnya cintaku
Yang putih tulus untukmu, hanya kepadamu

Luasnya laut tak seluas cinta yang ku punya
Tak sedalam cinta yang ku rasa, cintaku satu untukmu
Tingginya langit tak setinggi kasih yang ku punya
Tak setinggi kasih yang ku rasa, cintaku satu untukmu..

Seperti mati lampu ya sayang, seperti mati lampu
Cintaku tanpamu ya sayang bagai malam tiada berlalu
Seperti mati lampu ya sayang, seperti mati lampu
Cintaku tanpamu ya sayang bagai malam tiada berlalu

Janganlah kau ragukan luasnya cintaku
Yang putih tulus untukmu, hanya kepadamu..

Luasnya laut tak seluas cinta yang ku punya
Tak sedalam cinta yang ku rasa, cintaku satu untukmu..

Seperti mati lampu ya sayang, seperti mati lampu
Cintaku tanpamu ya sayang bagai malam tiada berlalu
Seperti mati lampu ya sayang, seperti mati lampu
Cintaku tanpamu ya sayang bagai malam tiada berlalu

(seperti mati lampu ya sayang, seperti mati lampu
cintaku tanpamu ya sayang bagai malam tiada berlalu)

Seperti mati lampu ya sayang, seperti mati lampu
Cintaku tanpamu ya sayang bagai malam tiada berlalu
Seperti mati lampu ya sayang, seperti mati lampu
Cintaku tanpamu ya sayang bagai malam tiada berlalu


SEDAPNYA AIR BUBBLE TEA DABOBA NI ! SIAP ADA CHEESE BAKAR KAT ATAS NI

$
0
0

Kemunculan Bubble Tea di Malaysia bukanlah perkara yang baru. Ingat lagi masa saya mula-mula kenal minuman bubble tea ni dengan Chat Time kalau tak silap, tapi sekarang ni ianya menjadi satu fenomena yang sangat dasyat sehinggakan banyak kedai berunsurkan minuman Bubble Tea ni wujud seperti Tiger Sugar Malaysia, The Alley, Xing Fu Tang, Daboba, Tea Live, Family Mart, dan banyak lagilah termasuk Starbuks tak terkecuali. Untuk pengetahuan korang, senarai yang saya mention ni merupakan restoran atau cafe Bubble Tea yang sangat popular dan sentiasa jadi buah mulut orang. Jadi ada banyak lagi ya yang saya tak mention kat sini.

Apa citer sampaikan Secret Recipe's pun ada keluarkan minuman berunsurkan Bubble Tea kan? Ikut dialah lah kan, ni antara marketing diorang. Sementara musim masih hangat ni. Paling tidak boleh naikkan sale masa ni. Naik jugak tekanan darah ni bila tengok harga minuman Boba masing-masing. Tapi disebabkan trending dan keinginan untuk mencuba tu tinggi, saya pun terjebak jugak. Takkan nak tengok orang je kan, kita pun nak jugak.


Kalau nak cerita, di SS15 tu dah jadi lubuk dia dah. Banyak giler jenama kedai Bubble Tea kat sini. Dan yang paling mengujakannya, semua kedai Bubble Tea ni akan dipenuhi manusia. Semuanya beratur berjela sampai luar kedai. Whatt!!!


Sejujurnya dalam banyak-banyak brand yang aku cuba, aku lebih suka pada minuman boba dari Daboba. Bagi aku rasa dia stabil dan manis dia more to datang dari roasted brown sugar tu, dan ianya tidak terlalu manis. Atasnya pulak diorang ada letak burnt cheese. Nyummeh. Nanti korang cubalah.

Jadi, korang pulak pilih yang mana? Kongsilah kat sini.

MAHU LEBIH FOKUS PADA YOUTUBE

$
0
0

Tahun 2019 ni nampak gayanya orang lebih selesa kearah pemasaran produk menggunakan video. Salah satu cara pemasaran paling cepat dan sesuai untuk menyakinkan target user / pembeli. Jadi saya sendiri pun tak nak lepaskan peluang yang ada untuk menyertainya memandangkan chanel youtube memang dah ada lama cuma aktifnya yang tidak. huhu

Banyak hal lagi yang perlu dipelajari untuk set up chanel you tube ni. Tapi tak salah untuk kita belajar sikit-sikit dari tak peduli lansung kan. Alhamdulillah minggu ni saja nampak berubah sikit you tube chanel yang saya ada. Orang kata dari kosong (0) tu dah nampak lah seakan sepatutnya kan. haha


Orang kata You Tube ni boleh jana income. Jadi tak salah untuk saya cuba memandangkan minat tu dah lama ada, cuma mungkin perlukan usaha saja untuk pergi lebih jauh. Diharapkan dengan usaha yang berkekalan ada rezeki saya disini, memandangkan saya sekarang memang tidak mempunyai pendapatan dan kerja yang tetap. Jadi, saya nak ajak rakan-rakan untuk subscribe youtube chanel saya dan jangan lupa untuk klik butang loceng disebelah butang subscribe untuk notification video baru. Insyaallah banyak lagi video akan saya upload untuk tontonan umum. Terima kasih saya ucapkan.

INFO PERCUTIAN MUSLIM DI MACAO !

$
0
0
Ramai kawan-kawan saya tegur buat apa di Macao sampai 4 hari tu? Sedangkan dengan keluasan Macao yang kecil tu, mereka boleh  explore hanya dalam masa sehari sahaja.


Kalau difikir secara logik dengan keluasannya yang kurang dari 30kmkita boleh explore Macao dalam masa sehari sahaja. Tapi, korang kena tahu bahawa walaupun Macao ni kecil, tapi ianya sangat padat dengan lokasi dan tarikan-tarikan yang menarik.
❝ Macao merupakan suatu wilayah kecil di selatan China yang merupakan salah satu daripada dua Kawasan Pentadbiran Khas. Ditadbir oleh Portugal sehingga tahun 1999, ia merupakan koloni Eropah yang tertua di China dan diasaskan pada abad ke-16. Hak memerintah Macao telah dipindah-milik ke Republik Rakyat China pada tahun 1999.❞
Macao memainkan peranan unik sebagai penghubung antara China dan Barat terutama dalam hal-ehwal perdagangan pada pertengahan abad ke-16 sehingga abad ke-19.
BAHASA KOMUNIKASI | Apa yang menariknya, penduduk Macao menggunakan bahasa Kantonis, Mandarin, Portugis untuk berkomunikasi. Orang Macao (Macanese) merujuk kepada penduduk tetap wilayah ini, akan tetapi secara khusus merujuk kepada etnik campuran Portugis dan Han.


Secara pentadbirannya, Macao terbahagi kepada dua bahagian:
"Daerah Utara" terlalu dekat dengan jirannya iaitu bandar Zhuhai di tanah besar China. Dalam pada ini, penduduk berulang-alik dari tanah besar ke Macao dengan melalui daerah utara.

CUACA | Macao mempunyai iklim sub tropika dengan empat musim.
  • Musim bunga (Mac ke Mei); Suhu purata ; 12 - 26 C
  • Musim Panas (Jun ke Ogos); Suhu purata : 26 - 31 C
  • Musim Luruh (September ke November); Suhu purata : 19 - 28 C
  • Musim Sejuk (Disember ke Februari); Suhu purata : 12 - 20 C
Jadi, sebelum ke sini sila bawa baju yang bersesuaian dengan iklim di sana ya.

MATA WANG | Dalam urusan jual beli, macao mempunyai matawang sendiri iaitu Macanese Pataca. Selain Macanese Pataca, mereka juga menerima mata wang Hong Kong Dollar dalam urusan perniagaan dan jual beli yang dikira dalam 1:1.
  • RM 1 = 1.88 MOP (Macanese Pataca)
  • RM 1 = 1.80 HKD (Hong Kong Dollar)

MASA | Tiada masalah dengan masa di sini kerana Macao dan Malaysia dalam jalur yang sama. Jadi  korang tak perlu pun tukar masa di jam korang kerana masa di Malaysia sama dengan masa di Macao.
  • Masa di Malaysia = Masa di Macao

MAKANAN HALAL| Ramai yang tanya saya berkenaan restoran makanan halal yang ada di sekitar Macao. Disini saya sertakan beberapa info restoran yang mempunyai Halal Certificate dan mesra muslim yang korang boleh cuba.



Jadi itulah serba sedikit perkongsian saya berkenaan info yang korang perlu tahu jika korang nak datang Macao. Nantikan article saya yang seterusnya berkenaan tempat-tempat menarik di Macao.

CAFE 2D BUBBLE TEA SUBANG | LOKASI INSTAGRAMMABLE ALA KOMIK DI MALAYSIA

$
0
0

Mesti korang pernah lihat atau dengar berkenaan dengan sebuah cafe yang berada di Korea  Selatan yang berkonsepkan komik 2D hitam putih. Memang cantik bukan? Untuk pengetahuan korang, sekarang ni kita tidak perlu lagi pergi ke Korea Selatan semata hanya untuk pengalaman itu. Ada sebuah kafe di Malaysia juga telah diwujudkan dengan konsep yang sama. Kafe yang saya maksudkan itu adalah Cafe 2D Bubble Tea bertemakan komik hitam putih yang terletak di Sunway Geo Avenue, Subang.



Kafe 2D Bubble Tea ini mempunyai ruangan bertemakan Jepun-Barat, dengan tempat duduk tatami dan "onsen" yang benar-benar sebuah bathtub yang dipenuhi dengan bola putih untuk mensimulasikan "buih".



Kat sini saya nak kongsi beberapa tips penting kalau korang nak datang ke kafe 2D Bubble Tea ni.
  1. Saya nasihatkan korang supaya pandai pilih masa yang sesuai untuk ke sini kerana kalau hujung minggu, kafe ini akan dipenuhi dengan orang. Jadi ruang untuk mengambil gambar dan berootd juga akan terbatas.
  2. Berpakaian yang sesuai dan berwarna terang digalakkan jika korang berniat untuk datang bergambar dan berootd.
  3. Tidak datang berseorangan kerana mudah untuk tolong mengambil gambar korang kerana kafe ni tidak menyediakan pembantu untuk layan kehendak korang bergambar.
  4. Bertolak ansur semasa bergambar. Cuba elakkan buat orang sekeliling dari tidak selesa dengan cara korang.
  5. Ada diantara tetamu datang semata untuk bergambar sahaja. Bagi pendapat saya, paling tidak beli sesuatu yang mereka ada jual sebagai contoh minuman Boba mereka. Paling tidak korang tidak segan nak bstay dan bergambar lama-lama kat sini.
  6. Kalau dah puas bergambar kat dalam tu boleh ajak kawan lepak minum kat bahagian luar. Bagi peluang pengunjung lain pulak untuk bergambar dengan selesa kat dalam. Bahagian luar pon diorang ada sediakan meja dan kerusi.



Saya sendiri dah cuba Brown Sugar Fresh Milk diorang. Rasanya not bad juga, dan botol dia pun comel je siap boleh bawak balik simpan buat koleksi hehe.

2D Bubble Tea
Address: F-03-10, 
Sunway Geo Avenue, 
Jalan Lagoon Selatan, 
Subang Jaya, Selangor

Waktu beroperasi : 
11 am to 10 pm setiap hari

Facebook Page : 2D Bubble Tea

MAKAN-MAKAN DI GOOBNE CHICKEN MYTOWN

$
0
0
Delicious UFO cheese fondue

Sekarang ni makin banyak pulak restoran-restoran makanan berkonsepkan makanan korea diwujudkan di Malaysia. Antara salah satu darinya adalah GOOBNE CHICKEN yang ada di MyTown . Kalau tak silap saya, GOOBNE CHICKEN yang ada di MyTown ni merupakan outlet sulung dan satu-satunya cawangan mereka yang ada di Malaysia.

Untuk pengetahuan korang, Goobne itu bermaksud ketuhar panggang. Jadi kesemua resipi ayam-ayam yang ada dijual kat sini dipanggang di dalam ketuhar selama 13minit pada 195º tanpa menggunakan setitis minyak pun untuk memelihara rasa asli ayam itu sendiri. Jadi terdetik jugak nak rasa macamana hidangan ayam diorang kan!

Alang-alang nak cuba kami ambik set UFO ni haha. Dapat 2 jenis ayam dan mozarella cheese

Tempohari kami sempat oder dan rasa dua jenis menu popular diorang iaitu FRUITY SOY GARLIC CHICKEN dan PEPPER CRISPY CHICKEN. Kedua-dua ni kami pilih sebab tak nak pedas sangat. Selain dari jenis-jenis ni ada lagi yang lain seperti VOLCANO CHICKEN, GOOBNE DIP CHEESE CHICKEN dan ORIGINAL CHICKEN. Kalau korang nak yang super pedas saya cadangkan korang ambik VOLCANO CHICKEN tu.

RITA - Shark Blood

Untuk minuman, kami tertarik dengan RITA - Shark Blood ni. Saje oder satu nak cuba kan. Tapi sebenarnya kehendak tu lebih pada nak ambil gambar. hehe. Untuk pengetahuan korang, RITA ni merupakan Goobne Khas Non-Alcohol mocktail yang boleh korang oder tanpa ragu-ragu. Persembahannya cukup instagrammable dan sesuai bagi mereka yang suka bergambar sebelum makan. Sebaik sahaja korang mengeluarkan jerung, terdapat sos raspberi seakan darah akan mengalir keluar dari mulut jerung. Sangat cool bukan!!


Selain dari tu kami oder jugak fries cheese berlambak ni. Lupa pulak apa nama dia. Rasa dia pon not bad jugaklah. Memang berbaloi kalau korang nak oder.


Untuk maklumat lanjut mengenai menu korang boleh layari:

INFO LENGKAP MENGENAI NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI

$
0
0
Kredit photo : zine.my

INFO LENGKAP MENGENAI NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI | Pernah sekali beberapa tahun yang lalu saya mengidap Demam Denggi. Bagi mereka yang pernah mengalaminya mesti tahu bagaimana peritnya Demam Denggi ni. Jadi jangan ambil ringan kalau demam dan ada tanda-tanda terkena dengan Demam Denggi ni kerana ianya cukup merbahaya. Semua orang tahu bahawa Demam Denggi ni adalah disebabkan oleh Nyamuk Aedes. Jadi jom kita baca beberapa fakta ringkas mengenai Nyamuk Aedes dan Demam Denggi ni.

FAKTA RINGKAS BERKENAAN NYAMUK AEDES
  • Mengigit siang hari dan dengan kepadatan tinggi pada senja dan subuh.
  • Nyamuk aedes bertelur dalam air jernih lebih kurang 200 biji telur.ia bertelur di tepi dinding bekas.
  • Jarak terbang nyamuk aedes adalah antara 200 hingga 400 m.
  • Telur nyamuk boleh tahan sehingga 6 bulan tanpa air.
  • Nyamuk dewasa boleh hidup sehingga sebulan dan jikaterdapat virus dalam badan maka iaakan mati lebih cepat

TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendisendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.


PENCEGAHAN

  • Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
  • Elakkan gigitan nyamuk dengan: Gunakan ubat nyamuk & Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30pagi, 8.00pagi dan 5.30petang - 8.00malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.


CARA KENCING YANG BETUL MENURUT SUNNAH

$
0
0

Pernah ke korang ada masalah tidak dapat membuang air kecil dalam tempoh beberapa hari. Hilang satu nikmat kesihatan yang ada bukan? Kencing merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan Allah SWT yang patut kita syukuri. 

Disini saya nak kongsikan dengan korang tentang Cara kencing yang betul ialah mengikut cara Sunnah Nabi SAW. Mungkin ramai yang memandnag ringan tentang hal ni, tapi kita harus sedar bahawa setiap yang Nabi SAW buat mesti ada sebabnya. Semasa kencing, kita perlu mengikut adab yang telah digariskan dalam Islam kerana kebanyakan manusia mendapat azab kubur hanya akibat kencingnya tidak sempurna (percikan air kencing kena pada pakaian). Sebagaimana sabda Rasullullah SAW :
“Sucikanlah dirimu dari air kencing, kerana sesungguhnya sebahagian besar seksa kubur itu disebabkan olehnya”. (Hadits Riwayat Ad-Daruquthni)

TATACARA KENCING MENURUT SUNNAH

  1. Digalakkan menggunakan jamban cangkung untuk memudahkan kita ikut cara dalam ilustrasi di atas ni.
  2. Seeloknya menggunakan kain untuk menutup kepala sebelum masuk ke dalam tandas.
  3. Duduk seperti yang ditunjukkan di dalam ilustrasi di atas iaitu dalam keadaan sedikit tunduk. Tapak kaki kanan rata dan tumit kaki kiri terangkat. Gunakan tangan untuk menekan sedikit pada bahagian perut.
  4. Selepas air kencing berjaya dibuang, picit-picit sikit kemaluan tu sambil goyang-goyang sikit badan sambil berdehem tiga kali supaya sisa-sisa air kencing dapat dikeluarkan sepenuhnya. Barulah masalah kencing tak tos dapat diatasi.
Selepas itu, basuh kemaluan dengan air mutlak yang mengalir. Kemudian, keringkan dengan tisu. Akhir sekali sila flush tandas yang anda guna supaya ianya bersih .

SEDAP PULAK NASI GORENG NI BILA GUNA PERENCAH INNNI

$
0
0

Bila kita berbicara bab masak, sayalah orang pertama akan naikkan bendera putih. Bukan apa, kadang-kadang tu nak masak nasik pun boleh berdebar-debar takut air yang dimasukkan tu memadai atau tidak. Ini memang serius tak tipu tau.

Kalau masa stay kat Kuala Lumpur dulu bila lapar je memang mudah sangat nak dapat makanan, kedai makan, kedai runcit ada kat bawah rumah je. Lepas tu nak makan apa cakap je semuanya dekat. Tapi bila balik rumah ni walaupun stay dengan mak, kalau nak makan ke apa kenalah masak jugak. Nak nak kalau perut buat hal malam-malam kan.

PERENCAH SERBAGUNA INNNI

Memandangkan keterpaksaan tu ada, jadi kenalah belajar masak juga sikit-sikit kan. Jadi memandangkan takut sangat makanan yang dimasak tu tak sedap aku belilah Perencah Serbaguna Seasoning dari Innni ni.

Kenapa aku tak guna perasa lain yang tersedia ada kat pasaran yang sudah semestinya semua orang tahu boleh sedapkan makanan tu (Ajinomoto)? Oh memang tidaklah!! Untuk pengetahuan korang, keluarga saya memang anti produk penambah rasa Ajinomoto ni. Memang Mak saya sendiri tak pernah guna penambah rasa Ajinomoto dalam masakan dia. Semua orang sedia maklum bahawa Ajinomoto tu tidak sihat untuk kita kerana ianya mengandungi MSG atau nama panjangnya Monosodium Glutamate. Makanan memang akan sedap, tapi untuk jangkamasa panjang memang tidak bagus untuk tubuh badan kita.

Ok berbalik pada Perencah Serbaguna Seasoning dari Innni  ni ianya perencah serbaguna yang bebas dari MSG. Jadi saya boleh guna tanpa was-was. Apa yang menariknya lagi tentang Perencah INNNI ni, ianya dicipta dari resipi istana tau. Ini kerana, pengasas Perencah INNNI ni sendiri iaitu Allahyarham Ungku Mohd Ariff (Pak Ungku) merupakan kerabat diraja yang dari kecilnya memang tinggal di istana. Pak Ungku dikatakan sangat menggemari sajian mee hailam yang disediakan tukang masak istana & sejak itu Pak Ungku berusaha untuk mendapatkan resipi yang sama macam masakan tukang masak istana.

Memandangkan dalam Perencah INNNI ni telah mengandungi segala bahan-bahan asas untuk memasak seperti bawang, serbuk lada, tepung dan menjadikan ikan bilis sebagai bahan perisa maka isteri Allahyarham Pak Ungku telah memasukkan perencah ni dalam setiap masakannya dan ternyata makanan menjadi lebih sedap dari biasa. Maka dari situlah penggunaan Perencah INNNI bukan sekadar untuk mee hailam sahaja malah sesuai untuk semua jenis masakan.


Rupa-rupanya dah lama Perencah INNNI ni ada kat pasaran, sejak 1986 lagi tu. Dah macam macam design pakaging dah diorang pakai. Tapi produk INNNI kini telah diusahakan sepenuhnya oleh En. Ungku Zubir bagi meneruskan legasi produk Perencah INNNI setelah pemergian ayahandanya Allahyarham Pak Ungku pada tahun 2012.

Untuk pengetahuan korang, Perencah INNNI telah mendapat pensijilan HALAL JAKIM pada tahun 2006 dan seterusnya mendapatkan pensijilan MESTI dari kementerian kesihatan. Jadi korang pun tak perlu nak was-was dengan produk ni.

Adoi tetiba excited lebih pulak bercerita tentang produk Perencah INNNI ni. Tapi biarlah, benda bagus memang patut di kongsi kan.

GORENG NASI DENGAN PERENCAH SERBAGUNA SEASONING INNNI

Memandangkan Perencah Serbaguna Seasoning dari Innni ni dah dibeli, tetiba pulak dirini rajin nak masak. Perasaan takut nak masak tu terus tak ada ya sebab apa? Sebab ramai sangat orang kata kalau guna produk Innni ni masakan mesti jadi sedap. 

Nasi Goreng hasil guna perencah Serbaguna Seasoning Innni

Jadi, sebagai permulaan tu kita cubalah masak nasi goreng dulu. Resipi biasa-biasa je, orang panggil Nasi Goreng Bodo. hahaha. Maaflah tak sempat nak ambik gambar masa penyediaan, bukan apa dirini tetiba je excited sangat nak goreng nasik guna Perencah Serbaguna Seasoning dari Innni ni.

Resipi Nasi Goreng pun mudah sangat sekadar guna, Bawang Merah tiga (3) biji, Bawang Putih dua (2) ulas, lada kering, Ikan Bilis, Telur, kicap dan Sayur Sawi. Apa yang paling penting adalah serbuk Perencah Serbaguna Seasoning dari Innni. Saya guna kicap tu sebab tak suka nasi tu tak ada warna sangat.

Setelah bertungkus lumus berperang di dapur maka terhasillah nasi goreng bujang ni. Walupun nasi goreng biasa je, resipi tetap di google ya. hahaha. Bila dah siap semua bagi mak makan, dia agak terkejut ya masakan anak bongsu dia sesedap ni. Boleh nampak dia makan banyak malam ni. Ahaks.


Malam ni jugak Mak saya masak Jantung Pisang goreng, jadi alang-alang tu saya cuba masukkan Perencah Serbaguna Seasoning dari Innni ni sekali. Memang sedap weh. 


Memandangkan perencah dari Innni ni memang boleh menyedapkan makanan, jadi esok nak cuba goreng ayam pulak menggunakan Perencah Goreng dan Panggang Innni. Ohoiii tak sabarnya. 

Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut mengenai Perencah Innni :

Facebook : Perencah Inni
Instagram : Perencah Inni
Email : umarialenterprise2@gmail.com
Tel : 019-2870474

TERIMA KASIH TUNE TALK UNTUK VIVO V15 PRO CORAL RED

$
0
0


Alhamdulillah !! Rezeki dapat smartphone dari Giveaway yang dianjurkan oleh Tune Talk. Smartphone tersebut adalah VIVO V15 PRO yang berwarna CORAL RED . Kalau tak silap model VIVO V15 PRO ni telah dilancarkan dan mula di Malaysia pada hujung Februari lepas  (2019) dengan harga RM 1799.


VIVO V15 PRO dijana dengan cip pemprosessan Snapdragon 675, skrin 6.4-inci Super AMOLED ‘Full View’ bebas takuk dan juga rekaan bingkai skrin yang lebih nipis. Dengan trend butang fizikal Google Assistant. Memang cukup selesa.


Fokus lain kepada peranti ini adalah kameranya, ia menawarkan kamera periskop seakan Vivo Nex.  Kamera hadapan yang terangkat apabila diperlukan. Sensor kamera periskop ini adalah 32 Megapixel dan ia adalah untuk mengambil gambar swafoto yang berkualiti. Kamera Utama terdapat tiga lensa, di mana lensa Utama adalah sensor 48 Megapixel + 8 Megapixel sensor ultra-lebar dan sensor 5 Megapixel untuk butiran bokeh yang lebih kemas. Saya beruntung kerana pihak Tune Talk telah memberi VIVO V15 PRO yang berstoran dalaman 128GB. Dapat storage besar, so tak perlu berkira-kira lagi kalau nak install apa-apa. Yang lebih penting boleh rakam video untuk bahan YouTube banyak-banyak.


Ciri menarik lain pada smartphone ini adalah pengimbas cap jari bawah skrin generasi yang kelima, bateri 3700mAh dengan pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging. Cuma kekurangannya bagi saya adalah, Vivo masih mengekalkan port pengecasan mikro-USB dan bukannya USB-C. Bahan binaan adalah plastic dengan kemasan Spectrum Ripple yang kelihatan seakan kaca. Sistem operasi yang dijalankan pada peranti ini adalah Funtouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie.

Selain dari warna Coral Red, VIVO V15 PRO juga hadir dengan warna lain iaitu Topaz Blue.

Btw saya nak puji sikit dengan Tune Talk ni. Sangat cekap handle hadiah giveaway diorang. Harini bagi details, dua (2) hari kemudian hadiah sampai di tangan. Tahniah dan terima kasih Tune Talk.

4 JENIS PASSPORT YANG ADA DI MALAYSIA YANG PERLU KORANG TAHU

$
0
0
Bila kita nak ke luar negara, kita perlukan dokumen pengenalan diri seperti pasport. Tapi, tahukah korang bahawa pasport untuk rakyat Malaysia ni ada banyak je nis rupanya. Bukan hanya yang berwarna merah tuje, tapi ada juga berwarna biru, hijau dan biru tua. Kesemuanya ada fungsi tersendiri mengikut keperluan mereka yang apply.

1 : BUKU MERAH - PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA


Pasport Malaysia Antarabangsa adalah satu dokumen perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara. Kelayakan untuk memohon adalah terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk ke luar negara dan boleh memohon di semua Pejabat Imigresen di Malaysia dan sekiranya berada di luar negara, boleh memohon di Pejabat Perwakilan Malaysia. Pasport ini berwarna merah. Tempoh sah Lakunya ialah selama 5 tahun.
  1. Kadar bayaran adalah RM200 untuk tempoh 5 tahun
  2. Tempoh siap dalam masa 1 jam
  3. Boleh buat di mana2 imigresen
  4. Pastikan expired date Pasport tidak kurang dari 6 BULAN dari tarikh perjalanan
  5. Boleh digunakan untuk ke semua negara KECUALI I5rae
  6. SUMBER : www.imi.gov.my

2 : BUKU BIRU - PAS SEMPADAN

Buku biru ini merupakan pas sempadan, atau dikenali juga sebagai pas lintas sempadan, pas lintas batas atau boarder pass. Walaubagaimanapun fungsinya sama saja iaitu dokumen ini membolehkan seseorang dari Malaysia melintasi sempadan negara yang bersempadan dengan Malaysia mengikut syarat-syarat tertentu. Bukan semua rakyat Malaysia layak memohon pas sempadan ini. Pas sempadan terbahagi kepada dua iaitu Pas Sempadan Malaysia-Thailand dan Pas Lintas Batas Malaysia-Indonesia.

PAS SEMPADAN MALAYSIA- THAILAND
Menurut Jabatan Imigresen Malaysia, Pas Sempadan Malaysia Thailand dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap Malaysia yang berketurunan Thai yang menetap lebih dari tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak. Tempoh sah lakunya ialah selama 6 bulan dari tarikh yang dikeluarkan dan tidak boleh dilanjutkan tempoh sah lakunya. Boleh digunakan beberapa kali selagi dalam tempoh sah laku tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat-syarat am dan bayarannya, boleh klik di sini, Pas Sempadan Malaysia- Thailand.
  1. Pasport gantian untuk penduduk sempadan yang ingin masuk ke Thailand sehingga wilayah Hatyai SAHAJA
  2. Kadar bayaran adalah RM 10 
  3. Sah untuk enam (6) Bulan Sahaja bagi beberapa kali perjalanan
  4. Selepas luput, TIDAK boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya
  5. Boleh buat di mana-mana cawangan imigresen sempadan iaitu Kedah, Perak, Perlis & Kelantan
  6. SUMBER : www.imi.gov.my
PAS LINTAS BATAS MALAYSIA -INDONESIA
Ianya merupakan satu bentuk dokumen yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap melebihi tempoh enam (6) bulan dalam Daerah Pentadbiran, Pensiangan, Tenom, Sipitang dan Tawau dalam negeri Sabah dan Lundu, Bau, Kuching, Serian, Simanggang, dan Lubok Antu dalam negeri Sarawak.

Tempoh sah lakunya ialah satu tahun dari tarikh yang dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Kebenaran berada di Indonesia tidak melebihi 30 hari pada setiap kali masuk.
  1. Kadar bayaran adalah RM 20 
  2. Sah untuk satu (1) Tahun sahaja
  3. Boleh buat di mana-mana cawangan imigresen sempadan berkaitan
  4. SUMBER : www.imi.gov.my
3 : BUKU HIJAU TUA - DOKUMEN PERJALANAN BERKUMPULAN

Dokumen Perjalanan Kumpulan menggantikan pasport merupakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia untuk perjalanan secara berkumpulan (had minima 5 hingga had maksima 20 orang) ke negara-negara ASEAN sahaja, kecuali negara Filipina dan Indonesia. Tempoh sah lakunya pasport berkumpulan ini ialah sembilan (9) bulan dari tarikh yang dikeluarkan dan hanya untuk sekali perjalanan sahaja.

Penggunaan pasport berkumpulan ini adalah lebih menjimatkan kerana kosnya boleh dikongsi bersama. Tapi jika ada dari senarai yang berdaftar di dalam pasport tersebut tidak ikut serta semasa travel, pasport tersebut tidak dapat digunakan.
  1. Kadar bayaran adalah RM200 satu dokumen untuk sekali masuk (per entry)
  2. Sekali masuk tetapi valid selama sembilan (9) Bulan
  3. Minimum lima (5) orang untuk satu (1) dokumen
  4. Maksimum dua puluh (20) orang untuk satu (1) dokumen
  5. Tempoh siap dalam satu (1) minggu dari tarikh permohonan
  6. Semua orang yang terlibat dalam pasport itu kena pergi bersama. Sebab perlu cop jari ( biomatric )
  7. Boleh buat di mana-mana cawangan imigresen
  8. Jika seorang tidak dapat ikut travel, pasport tersebut tidak boleh digunakan (not valid)
  9. Hanya valid untuk Singapore & Thailand sahaja
  10. SUMBER : www.imi.gov.my
Cara buat Pasport Kumpulan
  1. Pemohon MESTI hadir. Semua person kena hadirkan sebab cap jari diperlukan.
  2. Isi Borang H (Im.101A). Borang boleh di download atau ambil di kaunter imigresen.
  3. Bawa gambar 2 keping setiap orang. Gambar berlatarbelakangkan putih. Kena seragam semua.
  4. MyKad atau Kad Pengenalan Tentera/Polis. Kalau MyKad hilang, bawa Kad Pengenalan Sementara (JPN KPPK 09)
  5. Sijil kelahiran bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun
  6. Kebenaran ibubapa bagi pemohon di bawah 18 tahun (borang IM.42A).
  7. Duit RM 200
  8. Bila nak collect pasport ni, cukup hanya Ketua Kumpulan sahaja yang datang. Tidak boleh wakil kepada ahli kumpulan yang lain.

3 : BUKU BIRU TUA - PASPORT TERHAD KE BRUNEI


Pasport ini hanya dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk perjalanan ke Brunei Darussalam. Permohonan boleh dilakukan di pejabat- pejabat Imigresen di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh sah lakunya ialah lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan.
  1. Kadar bayaran adalah RM50 
  2. Sah untuk lima (5) Tahun
  3. Boleh buat di mana-mana cawangan imigresen sempadan seperti di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
Jadi jangan lupa sebelum merancang perjalanan ke luar negara pastikan dokumen perjalanan anda masih dalam tempoh sah iaitu 6 bulan sebelum tarikh luput dan yang paling penting status kita bersih dan tiada sekatan untuk ke luar negara.
Viewing all 1359 articles
Browse latest View live